Tuesday, December 16, 2014

THE YARD BOUTIQUE HOTEL, BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR

Assalamualaikum...

Kali ni nak tunjukkan satu lagi Boutique Hotel di Kuala Lumpur. Namanya The Yard Kuala Lumpur. Lokasinya di Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang. Bagi yang tak tahu, pasti tak perasan dengan kewujudan hotel ni.

Menawarkan hanya 11 buah bilik, kedudukannya di antara bangunan-bangunan dan bersebelahan dengan kawasan parkir yang mana dari luar tak nampak apa keistimewaan yang ada di sini.

Tapi once kaki dah melangkah masuk, akan wujud sedikit rasa kekaguman di hati. Kawasannya tidak besar, terhad. Namun dengan minimanya kawasan, pengurusan hotel mampu memberikan keselesaan kepada penghuni.


ruangan lepak-lepak..waktu ni hujan baru reda. so nampak daun-daun bersepah. nampak tak pokok besar tu? i imagine kalau ada akak ponti bergayut tengah malam kat situ..hahhaha

remang remang senja lepak kat sini sambil menyedut sebatang dua curut..sangat mendamaikan sambil melayan wifi free.. eh saya tak smoking ya..jangan salah paham..tu orang lain yang punya.

 lantai dia simen biasa je, tapi benda tu nampak berseni sebenarnya

nampak tak tingkap kayu tu?? kampung style kan?tapi tak bukak pun tingkap tu..gile kau, orang luar nampak lah apa kita buat dalam bilik nanti..

 the jambans.. selesa...

 the shower..selesa..pressure air kuat..

the sink & peti ais

Untuk backpacker tu boleh lah stay sini kalau nak. Untuk berfamili, not suggested. Anak-anak tak selesa pulak nanti. Klik THE YARD KUALA LUMPUR untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Nota kaki:
Konon2 nak celebrate New Year kt KL, tp tak jadi jugak sbb tak sanggup nak sesak2  jammed.

2 comments: