Thursday, January 22, 2015

PINDAHMILIK HAK STRATA

Assalamualaikum...

Aku ingatkan bila dah settle proses peguam dan lain2 untuk pembelian rumah 2 tahun lepas, semuanya akan settle dan aku boleh duduk dengan aman.. Meleset sangkaan aku. Rupa2nya bagi pemilik rumah bertingkat2 (apartment,kondo,servis apartment, pangsapuri etc), kau jangan lupa pasal pindahmilik hak strata.

Gigih aku menggoogle apa itu pindahmilik hak strata. 


Secara kasarnya, rumah bertingkat-tingkat ni geran nya adalah Master Tittle atau geran besar. Ia belum dipecah2kan mengikut lot-lot setiap rumah. Jadi, untuk menjadikan setiap lot rumah tu jadi hak milik pembeli, maka perlu dibuat pindahmilik hak strata. Ni yang aku paham hasil bacaan. Kalau silap, maafkan aku ye.


Bulan Disember 2014 lepas, dapat sepucuk surat cinta dari pemaju maklumkan pasal perkara ni. Mula2 tu macam malas nak ambik tau, tapi bila mintak nasihat dan hasil bacaan, benda ni tak boleh nak dilengah-lengahkan.


Oleh sebab tak nak bertangguh, so aku kol peguam yang dah dilantik oleh pemaju dan tanya apa2 yang patut.


Peguam mintak aku scan dan emelkan pada dia dokumen :


1. Salinan S&P page 1 dan page yang ada tandatangan pemaju, pembeli dan peguam yang uruskan S&P

2. Salinan Kad Pengenalan
3. Dokumen lampiran persetujuan yang dah diberi sekali di dalam surat pemaju

Perkara utama yang aku tanya adalah kos yang perlu aku bayar kepada peguam untuk uruskan proses ni. Peguam maklumkan dorang akan buat perkiraan dahulu, kemudian akan beri bil untuk buat bayaran. Peguam akan datang ke apartment tu untuk urusan tandatangan.


Aku risau pasal kos bayaran sebenarnya. Duit simpanan dah banyak habis untuk rumah dari mula bayar duit booking,  kos peguam, bayaran-bayaran lain, kelengkapan rumah, sampailah kos pindah masuk rumah. Bila kira-kira semua, banyak jugak tu.


10 Januari 2015 lepas, aku dah tandatangan dokumen untuk proses strata ni dan bila dapat bil, kos keseluruhan adalah RM1,962.00. Woooooo juling jugak mata aku menengok bil tu. Bagi aku, jumlah tu agak lah besar. Boleh beli tiket pergi Jepun..Hahha





Nak tak nak kena lah korek lagi duit simpanan. Tu lah pentingnya duit simpanan ye.. Nak beli rumah tu, kena ada simpanan. Alhamdulillah!!! Nasib baik aku beringat untuk menyimpan.

Kemudian, yang tak bestnya peguam cakap aku kena call peguam yang aku berurusan masa nak beli rumah (peguam yang uruskan S&P). Kiranya ada 2 peguam dalam kes ni. Kenapa aku perlu call peguam S&P?? Untuk maklumkan yang dah buat pindahmilik strata. Mungkin ada proses2 lain yang perlu dilaksanakan yang aku tak tahu. Dan kau tau apa lagi peguam tu bagitau??? Dia kata akan ada caj yang dikenakan oleh peguam S&P pada pembeli nanti..


Ok, terbeliak jap mata aku..


* tujuan entry ni just nak sharing dengan sesiapa yang nak tau serba sedikit tentang kos strata ni. Mungkin tak sama bagi setiap pembeli tapi at least boleh la jadikan guidance.

Rujukan :

khairunnisahanzahara.blogspot.com dan abangensem.com

Nota kaki:

Korek jugak mana2 duit tabungan, asalkan bukan duit untuk pergi holiday..


2 comments:

  1. complicated jugak urusan beli rumah ni ek, kalau jual tu senang bebenar la pulak

    ReplyDelete
  2. banyak simpananlah ni. rumah lain..holiday lain...untuk kahwin ada tak simpan?

    ReplyDelete