Assalamualaikum...
Bila dah balik kampung, memang ambik kesempatan berjalan je lah tapi tu pun tengok keadaan. Bila abang aku ajak baru lah aku on sebab dia je yang tau jalan area JB tu. Aku ni setakat Pasir Gudang je lah aku terror. Eh tapi pernah tersesat jugak. Macam mana tu??
Oleh sebab masa balik kampung tu sedara mara dari Batu Pahat pun follow sekali ke Pasir Gudang, jadi abang aku dengan baik atinya offer nak bawak jenjalan. Hakikat sebenarnya aku yang drive, dia cuma jadi penunjuk arah je. Habang ni kan buta jalan JB.
Masa on the way ke JB tu, ternampak signboard Senibong dan dengan pantasnya mulut aku cakap..
"Senibong tu kat mana? Tempat tu glemer dengan seafood kan?"
Dan dengan pantasnya jugak abang aku suruh belok kiri dan jalan menuju ke Senibong. Kitorang singgah sebab nak tinjau kawasan je. Takde maknanya nak gi makan pulak sebab aku awal2 lagi dah makan kat rumah.
SENIBONG
yang beratap-atap tulah restoran-restorannya
STULANG
Lepas ke Senibong kitorang gerak ke Stulang. Bila aku tanya abang aku sebab apa nak ke Stulang, jawapan dia sebab nak tunjukkan kapal laut Sultan Johor kat sepupu aku. Motip sangat kan?
Kat Stulang ni nampak pemandangan laut dan banyak kedai makan sebenarnya. Aku pun tak pandai pasal tempat-tempat kat JB ni lah. Yang aku tau bangunan dia tinggi-tinggi dan banyak sangat bangunan.
tu ha kapal Sultan Johor. Siap ada askar jaga. Ambik gambar dari jauh aje lah.
anak-anak jalanan tengah kebulor.. yang aku plak duk memikior kenapa abang aku bawak aku ke sini..
abang aku cakap KFC yang ni milik Sultan Johor.. kalau abang aku tipu, maknanya aku tipu jugak lah..
R&F TANJUNG PUTERI
Last tempat yang kitorang singgah adalah....
Tengok bawah..
Actually tempat ni selalu nampak member-member post kat FB, tapi aku duk terpikir2 jugak kat area mana tempat ni kan.. Rupanya kat Tanjung Puteri. Dari kawasan ni nampak tambak Johor dan kawasan ni dalam proses pembinaan kondominium mewah.
Mampu tak kita nak beli?
Kalau aku memang tak mampu lah..Kerja kerajaan je kut.
ni dugung tengah bersantai tepi laut
yang ni cicak tengah berlepak2.senang hidup ye?? keh3
tapak ni merupakan kawasan kastam dan imigresen lama laluan antara JB ke Singapore. Nampak tak Tambak Johor tu?? Kenderaan berderet2 nak masuk Singapore. Dari sini kita dah boleh nampak negara jiran.. Membangunnya negara dorang..
Kitorang berlegar-legar mencari pasal kat kawasan pantai je. Kalau nak ikutkan kat bahagian atas ada rumah contoh dan taman-taman yang menarik. Aku bagitau ni sebab aku baca blog orang lain. Rugi lah aku tak naik bahagian atas, tapi takpe next time kalau balik Johor lagi aku nak singgah sini lagi.
Nota kaki:
Kenapa ntah susah sangat aku nak hafal jalan JB, kalau KL tu senang je ingatnya.
cantik gak tempat ni...boleh lepak tapi, saya pun tak tau nak pegi tempat ni macam mana. mau pusing tawaf berkali2 jugak ni
ReplyDeletesnibong and stulang.. dedua ni CT baru first time dengar hahahaha..
ReplyDelete