Assalamualaikum...
Dah tiga bulan aku cabar diri aku untuk program diet. Bermula 02 Disember 2014 aku mulakan cabaran sambil bersaing dengan Nija. Tak tahu pulak apa perkembangan diet dia.
Cabaran harus disambut wei, jangan buat leceh. Aku pun tak tau apa jenis diet yang aku amalkan sebab ada masa aku buat atkiens, ada masa suka hati aku je nak melantak apa yang aku nak makan.
Kiranya tak konsisten langsung. Selepas 2 bulan, aku cuma turun 5kg je. Alahai sikitnya. Ingatkan boleh turun sebulan 5kg. Tak tercapai sangat target. Cuma bila ada penurunan kg tu, rasa puas hati jugak.
Cabaran tetap aku teruskan sebab nak mencapai target turun 10kg.

Berat pada 02 Disember 2014 : 90 kg
Berat pada 02 Januari 2015 : 85 kg
Berat pada 02 Februari 2015 : 85 kg
Berat pada 02 Mac 2015 : 85 kg
Kalau baca mengenai hal berkaitan diet ni, pakar kata ada 2 kemungkinan yang akan terjadi. Pertama, kita akan kehilangan kilogram (kg) dan yang kedua akan kehilangan inci. Kalau nak ikutkan, seluar-seluar aku banyak yang dah longgar dan ada baju-baju yang masa bulan November 2014 aku pakai rasa sempit, sekarang dah longgar dan selesa untuk di pakai. Yeay!!! satu kejayaan tu.
Nanti ada masa aku share plak apa yang aku makan dan apa yang aku buat untuk cabaran ni.
Tapi..yang paling penting, aku kena konsisten. Sikap buruk aku ni, buat satu benda tak pernah konsisten. Tengoklah nanti time raya, bukan main melantak makan, selepas raya jadi malas dan berat confirm naik balik.
Nota kaki:
Umur dah meningkat, badan dah rasa lain macam. Kena mulakan dari sekarang!!!! Tiada istilah sudah terlambat
oklah tu. 5kg turun...
ReplyDelete