Thursday, March 26, 2015

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : KUTA DI AWAL PAGI

Assalamualaikum...

22 Mac 2015

Rasa macam dapat lepas dari penjara. Alhamdulillah, habis sudah seharian Hari Nyepi. Untuk pagi ni, aku masih belum ada plan nak ke mana, jadi kaki gatal nak pergi tengok apa yang menarik di Pantai Kuta di hari minggu.

Kaki melangkah di sepanjang laluan pejalan kaki. Kedai-kedai masih belum di buka. Yang ada hanya bar-bar kecil yang menyediakan menu sarapan pagi. Perut masih belum rasa nak bersarapan. 

Konon-kononnya kalau nampak kedai makan halal di tepi-tepi jalan, nak juga aku singgah tapi malangnya satu kedai makan pun aku tak nampak.


Itu adalah pintu gerbang ke Pantai Kuta. Kalau kita berjalan ke arah kanan dan sampai di hujungnya, akan nampak pintu gerbang yang sama dan itu adalah kawasan Pantai Legian. Kedua-dua pantai ini kan bersebelahan sahaja.

Bot ni akan bawa kaki surfing ke laut untuk melayan ombak


 Aktiviti bermandi-mandian pantai oleh orang-orang tempatan

 Budak tu dia tendang bola ke air pastu dia kejar balik bola tu. Tak penat ke dik? Kalau abang memang tak buat kerja bodo-bodo macam tu.. Hhahaha

Bendera penanda keselamatan melakukan aktiviti laut & pantai


Pasirnya tidak putih. Nampak macam kotor dan sememangnya kotor

 Ogoh-Ogoh yang dibawa berarak malam tadi diletakkan di tepi pantai. Dia nak suruh mandi laut kut

Jualan permainan budak-budak. Hidup lah cacing budak-budak semua ye


 Di sepanjang pantai, ramai sangat orang berjualan makanan. Nak berhenti singgah makan, tapi nanti kena duduk atas pasir. Batalkan niat terus


Masa jalan ke pantai, aku nampak ramai orang bawa anak ayam berwarna warni ni. Aku ingat ini salah satu bahan untuk pemujaan, rupanya memang ada dijual anak ayam warna warni ni. Aiyakkk...abam tertipu!!!!


 Jualan baju


Jualan hiasan

Nampaknya tak ada yang menarik perhatian sangat. Cuma rasa puas dapat tengok ombak besar. Sekali dia datang tu, rasa macam kagum sangat. Aku sorang je kut yang kagum, orang lain macam takde perasaan je.

Tu dia..sekali ombak dia mai..tengok dalam gambar macam biasa-biasa je, tapi hakikatnya lagi besar..

Kemudian, selepas di Pantai Kuta aku jalan-jalan sekitar kawasan situ. Saje mengambil angin pagi dan meninjau-ninjau kawasan.

 Di Bali, kebanyakan outletnya adalah menjual peralatan berkaitan surfing. Macam-macam brand terkenal ada di sini. Peminat-peminat surfing, inilah syurga kau.


Inilah jalan yang menghubungkan antara Legian dan Kuta

 Jalan Bakung Sari. Kalau simpang pula dipanggil gang atau shortform nya G.


Nak beli selipar ni, tapi dia tak jual pulak

Nota kaki:
Banyak kedai yang buka lewat. Mungkin sebab semalamnya Hari Nyepi

No comments:

Post a Comment