Monday, March 2, 2015

RENEW PASPORT - ALAHAI

Assalamualaikum...

28 Februari 2015 - Hari terakhir bulan Februari dan aku dah plan nak renew pasport yang akan tamat tempoh bulan Ogos 2015 nanti. Oleh sebab Mac nak berholiday, jadi kena renew cepat. Syaratnya kan 6 bulan sebelum expire kena renew. Bulan lepas aku dah check dalam portal imigresen dan maklum yang hari Sabtu Ahad Imigresen Putrajaya bukak dari pukul 8 pagi sampai 1 petang. Tapi pagi sebelum pergi dah terdetik nak check semula. Bila bukak portal, Putrajaya dah takde dalam list yang beroperasi weekend. Aiyaaakkkk...what happened Imigresen oiiii???

Aku tak puas hati, aku pergi jugak ke Menara Ikhlas tu, untuk tengok betul2 tak bukak ke apa. Masa nak sampai tu, waktu di traffic lite ada brader dengan famili dia naik kereta tanya kat mana Imigresen. So, aku cakap follow je aku sebab nak tuju tempat yang sama.

Sampai je terus aku tanyakan pengawal sama ada bukak ke tak. Pengawal tu bagitau Sabtu & Ahad dah tak beroperasi. Jadi memang sah lah tak bukak kan? Aku dengan brader tu hampa gila. Brader tu cakap dia dah pergi Imigresen Kajang. Kat Kajang penuh.

Kebetulan lah jugak member aku whatsapp ajak jumpa kat KL. Ok, otak aku dah pikirkan UTC Pudu. Tapi jam dah pukul 10.00 pagi, kau memang cari nahas lah. Pukul 10, masih kat Putrajaya, kau nak sampai ke UTC pukul berapa?

Sekadar nak cuba nasib, aku gerak jugak ke ke sana. Aku naik train je. Turun kat Plaza Rakyat. First time aku ke UTC Pudu, sesat dalam bangunan. Balik-balik aku memusing dalam Pudu Sentral je. Sampai termasuk dalam parking teksi. Last2 ada sorang brader jual tiket tanya aku nak ke mana. Dia tunjukkan jalan ke Jabatan Imigresen. Susah betul nak cari jalan masuk * tak susah pun sebenarnya..aku yang bengong

Bila aku bukak je pintu Imigresen, dah terpampang notis "HARAP MAAF. NOMBOR GILIRAN UNTUK HARI INI TELAH HABIS". Orang memang ramai. Almaklum, bulan Mac kan cuti sekolah. Orang ambik kesempatan nak bercuti ke luar negara je. Redha lah..

Tapi..tak puas hati kat Imigresen. Apsal tak beroperasi Sabtu Ahad?? Explain pelis...

Saje je tampal lambang Imigresen. Kenapa logo ada padi?

Nota kaki:
Kena ambik masa pergi Imigresen jugak. Settlekan awal2.

No comments:

Post a Comment