Monday, June 8, 2015

JALAN JALAN | COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS

Assalamualaikum..

Tercapai akhirnya keinginan nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Apa yang menarik di sana? Semestinya Colmar Tropicale, yang berinspirasikan daripada senibina Perancis.

Menjejakkan kaki ke Colmar Tropicale, mengingatkan aku pada Petite France, Korea. Konsep yang sama tapi Petite France lebih kepada ala-ala muzium.

Bagaimana ke sana?

Laluannya sama macam nak ke Genting Highland. Perlu melalui Tol Gombak dengan kadar bayaran RM 5.00 dan ikut signboard Bukit Tinggi. Kemudian, akan ada signboard Berjaya Hills dan pandu terus sampai ke atas.

Bayaran masuk seorang adalah RM13.00 termasuk GST.




Masa aku sampai, hujan turun renyai-renyai. Sementara cari parkir, hujan dah reda. Alhamdulillah..

COLMAR TROPICALE.

Oleh sebab hari Sabtu (6 Jun) tu hari Cuti Keputeraan YDP Agong, masing-masing ambil kesempatan bercuti ke sini. Pengunjung memang ramai. Jadi, kalau nak bergambar tu, takyah nak segan silu. Ada peluang, posing je. Kebanyakan pelancong adalah orang tempatan.


 Laluan masuk ke Colmar Tropicale. Ramai je orang nak bergambar kat pintu masuk ni. Pandai-pandai lah ambik peluang. 

 Sempat mengabadikan sekeping gambar. Eh sebenarnya berkeping-keping tapi aku tepek 1 je la kat sini.

 Pandangan dari jambatan (laluan masuk). Bawah tu ada 2 pasang swan. Sepasang kaler hitam dan sepasang kaler putih. Nanti aku nak turun ke bawah.


Aku tengok kat blog orang, mesti snap gambar kat sini. Jadi, aku pun tak lepaskan peluang. Nak jugak tu.


Kawasan Colmar Tropicale ni takde lah besar mana. Tapi senibina bangunannya memang cantik. Warna bangunan jugak menarik perhatian. Bukan selalu datang sini kan, jadi aku memang betul-betul nak enjoy the moment dan enjoy the view. Tak kisah lah berpanas ke apa, yang penting happy!!!

 Kalau tak silap, ini hotel. Berapa harga semalam? Aku tak tahu.

Sukanya tengok tingkap berdaun macam tu.

Deretan restoran. Paham-paham sendiri lah kalau kat kawasan tinggi, harga makanan memang jauh lebih mahal


 Air pancur.

 Restoran.


Jom tengok view dari atas menara :





 Jom cuci atap genting.


 Gayat. Kat bawah tu area game yang macam kat funfair.

 Berangan macam kat obersi.

Restoran.

Tenang je mata tengok pemandangan hijau macam ni.

Turun bawah semula, pergi tengok-tengok kat bahagian game. Tinjau kawasan je, tak main pun. Kalau budak-budak mesti suka ni. Pandai ye dorang nak pancing budak-budak.

 Baling gelung kat botol.

 Pancing itik.

Bulldog. Meng"anjing" je keje ko ye.

Habis pusing kat sini, nak pegi tengok couple swan pulak..On the way tu, masih sempat singgah untuk bergambar kat mana-mana yang dirasakan menarik. Memang semua tempat menarik sebenarnya.

 Pandangan menghala keluar.


 Perigi Hang Tuah. Eh..bukan.. Jangan percaya!!!



6D Motion Adventure. Bayaran masuk RM20.00. Tak masuk pun sini. Tak nak membazir.


 Kudaku lari gagah berani.




Penjual aiskrim. Seronok lah kanak-kanak.

Photombomb oleh seorang auntie kat belakang tu.

Dah puas meronda kat bahagian dalam, kita pegi tengok swan pulak. Kena turun tangga kalau nak tengok swan ni. Swan yang bulu hitam elok je berenang-renang. Yang kaler putih waktu tu tengah bersihkan diri. Nak ambik gambor pun xdapat angle menarik. Layankan je lah.









Check Out selepas melawat swan.

Check Out dari Colmar Tropicale.

Destinasi seterusnya adalah Japanese Village. Jangan buat kerja bodoh macam aku. Actually tersilap info. Aku ingatkan Colmar dengan Japanese Village ni jaraknya dekat, so aku dengan member terlebih rajin menapak sebab aku nampak orang lain menapak jugak. Rupanya, dorang menapak sebab nak pergi ke parkir kereta.

Sudahnya, selepas separuh jalan, baru tergerak nak tanya pada Guard. Guard tu kata, kalau jalan kaki ambik masa 30 minit sebab tempat tu atas bukit. Ya Allah!!! kenapalah bijak sangat aku ni kan.. So, aku dengan member cadang patah balik dan bawak kereta naik tapi Guard tu maklumkan parkir kat atas penuh sebab tu lah dia letak kon untuk halang kereta naik.

Tapi syiok jugak berjalan kaki tu sebab dapat jugak tengok pemandangan dan snap gambor.

Nota kaki:
Buat entry baru pasal Japanese Village.

2 comments:

  1. gaya peace dari arah belakang tu memang WIN. boleh Iza tiru nanti. hahaha.
    oo skrg masuk kena bayar ke? dulu zaman belajar pergi tak yah kena bayar pun. huhu. TQ for info

    ReplyDelete
  2. saya suka pergi sini. sejuk je. tidur sedap je.hahahaha.tempat pun cantik.

    ReplyDelete