Assalamualaikum...
Halluuuu... salam Jumaat penuh barakoh untuk semua Muslimin dan Muslimat.
Aritu abam ada cakap dapat jemputan iftar dan abam cancel kan?
Penganjur tu contact abam semula dan ajak pergi berbuka dan suruh bawak kawan. Abam berjaya berdrama di situ.
Majlis Iftar di Suka Sucre Bistro by Fazley Yaacob. Abam pergi dengan Oey la.. Abam naik train dari Putrajaya turun TBS pastu sambung naik train ke Salak Selatan. Kat sana Oey ambik abam.
Sebenarnya macam segan jugak nak pergi tapi takpelah, orang dah jemput kan? Jangan kecewakan pelawaan orang. Tak baik.
Majlis start pukul 6.30 petang - 8.30 malam sebab ada lucky draw.
Kitorang sampai pukul 6.25 petang, ada pendaftaran dan dapat goodies.
Keluar dari kereta, wajiblah abam ambik gambor signboard ni dulu.
Bila masuk dalam bistro je, nampak Dato' Fazley tengah bergambar. Penganjur kata kalau nak bergambar kena cepat sebab Dato' ada jemputan buka puasa kat tempat lain.
Dengan muka separa tebal, abam ajak Dato' bergambar dan kelihatan abam lebih tinggi dari dia. Dari segi kekacakkan, abam kalah sikit. Eh..kalah banyak.
Kitorang pilih seat dekat dengan pintu masuk sebab bistro dia agak sempit. Tak mahu lah abam berlaga-laga punggung di bulan Ramadhan ini. Kalau bulan lain, tu namanya rezeki.
Ada satu geng dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) join kat table kitorang. Bila berborak dan risik merisik, rupanya dorang satu grup kerja dengan sorang member masa sekolah. Kecik sangat dunia ni kan??..
Kitorang duduk kat seat atas platform. Jadi view kami lebih tinggi.
Bahagian bawah ada juga sofa tapi agak susah nak makan sebab kena menunduk.
Majlis dimulakan dengan ucapan dan bacaan doa. Kemudian, masa untuk berbuka puasa.
Bercerita pasal menu pula, ada waiter yang datang dan ambil order. Dia sediakan 3 menu bagi main course.
Kalau nak tau, makanan di bistro ni adalah hasil gabungan makanan barat dan melayu.
Kurma
Sup daging
Manisan
Pasta Masak Lemak Daging Salai
Tak tau apa nama. Abam orang kampung, tak pandai nama menu pelik-pelik ni.
Menu tak banyak. Selain dari main course, disediakan juga desserts dan juga bihun goreng.
Selesai solat Maghrib, ada lucky draw. 20 cabutan keseluruhannya. Grand prizenya adalah almari baju berharga RM3800.00. Ada jugak hadiah tiket masuk USS Singapore.
Abam bertuah dapat hamper biskut raya.
Alhamdulillah.. bertuah juga rupanya walaupun aim abam adalah lemari baju atau tiket USS tu.
Siap letak dalam kotak kayu. Nanti boleh recycle masa buat hantaran kawin. Kawin??
Majlis tamat selepas 20 cabutan selesai. Plan seterusnya konon nak pergi makan durian tapi abam kan naik train. Tak nak lah cari pasal tetiba tersendawa durian kat dalam train. Jadi, no durian. Terus balik rumah.
Nota kaki:
Makanan tu tak berapa nak ok dari segi rasa. Ini pendapat peribadi.
No comments:
Post a Comment