Assalamualaikum,
#sehatisejiwa
Salam Merdeka untuk Malaysia.
Cuti bersambung tiga hari. Niat asal nak balik kampung tapi rasa malas pulak. Akhirnya duduk rumah saje lah.
30 Ogos tu sempat keluar jugak. Pergi Paradigm Mall. Kononnya nak ke Kaison. Tengok-tengok apa yang ada. Kalau berkenan kat mana-mana barang, boleh lah sambar sebiji dua. Survey jugak lukisan-lukisan yang ada. Memang ada niat nak beli, tapi apa yang ada tak menepati citarasa. Mungkin next time ada yang lebih menepati.
Tambahan lagi kat bahagian lukisan ni ramai pulak orang sedang memilih. Aku malas nak tunggu lama, jadi aku blah macam tu je.
Akhirnya singgah ke Padini dan Brand Outlet. Tersambar pulak baju. Huhuhu..
Mula-mula nak ambik dua-dua tapi atas dasar tak nak membazir, aku ambik yang sebelah kiri. Nak kena kumpul baju jenis macam ni untuk persiapan ke Korea tahun depan. Keh2..over kan? Baju tu harga dia RM39.90. Kalau kat Zara, maunya cecah RM150.00-RM200.00. Sorry Zara, abam dah tak mewah macam dulu.
Aku pergi Paradigm ni dengan kakak aku. Dia beli seluar nak buat panjat broga hujung minggu ni.
Pusing-pusing dalam Paradigm tak lama pun sebab tak tau nak cari apa lagi. Sudahnya kitorang balik.
On the way tu, abang sulung aku whatsapp kata nak datang rumah. Nasib baik lah dah memang nak balik kan.
Sebelum tu, sempat singgah Cyberjaya. Niatnya nak makan kat Boat Noodle, tapi orang penuh pulak. Bila lalu kat dal.comm coffee, ternampak bingsu. Aku pernah makan/minum bingsu ni masa kat Korea dulu.
Bila sampai kaunter nak order, aku terus blur dan lupa nama benda alah tu.
Aku main tunjuk-tunjuk je dan rasa blur sekejap. Nak cover malu punya pasal, terus je order apa-apa yang aku nampak depan mata.
Then tetiba pulak terfikir nak mendongak kat papan belakang kaunter tu. Kan ada list menu yang dijual.
Demmmmm... baru teringat nama dia bingsu.
Bingsu..
Bingsu..
Bingsu..
Terus confident dan order.
Aiskrim je sebenarnya. Masa aku minum kat Korea, dia macam ABC. Siap ada kacang-kacang. Yang ni aku order coklat. Next time repeat dan dah tau nak ambik yang mana sedap.
Yang ni roti yang atas dia ada aiskrim. Ni sebab nak cover malu, tu yang terbeli. Nyesal pulak beli sebab tak sedap mana pun. Eh, gambor ni dia punya pinggan je.
Nasib baiklah dia ni yang belanja. Tu yang untung kalau jenjalan dengan kakak sendiri. Jangan cakap kakak tak payung ok!!
Adik dia main order je. Tamak sangatkan hidup kau tu..
Dah puas melantak dan menjahanamkan diet yang katanya baru dimulakan semula, abang aku whatsapp bagitau dah sampai ERL Salak Tinggi. Berdesup lah kitorang pergi pick up dia.
Gigih abang aku datang dari Johor naik bas ke KL. Pastu turun ke Salak Tinggi. Tujuan datang sini sebab nak sambut merdeka kat Dataran. Kau rasa?? Tinggi ke tidak semangat kenegaraan dia?
Sebenarnya dia penyokong "baju kuning"..
Seterusnya kitorang ke Mitsui Outlet Park. Parking penuh.
Ada sales merdeka katanya.
Abang aku aim Adidas. Nak cari kasut. Aku pulak saje nak cuci mata je tapi masuk jugak ke outlet New Balance. Ala..baru nak tengok-tengok kasut jenjalan, tapi yang banyak cuma running shoes.
Hurmm..dalam kata nak cuci mata je, akhirnya terbeli jugak dua helai baju kat Cotton On. Ada sales lah, jangan lepaskan peluang. Kalau takde sales, memang tak ada nya nak membeli.
Yang belah kiri temanya bunga setaman. Belah kanan temanya hijau daun. Harga sehelai RM30.00. Boleh lah untuk buat tambah koleksi baju t-shirt berkolar. Aku pun jarang beli baju sekarang ni. Lagipun 6 September ni ada wedding kat Melaka, boleh pakai salah satu baju ni.
Oleh sebab orang ramai dan kitorang pun dah penat, lokasi seterusnya adalah balik rumah dan rehat.
Malam merdeka kitorang cuma duduk rumah tengok tv.
Esok paginya 31 Ogos, abang aku sorang-sorang pergi dataran naik train.
Adik dia??
Duduk rumah..TIDO...
Nota kaki:
Plan tahun depan nak ke dataran tengok perarakan. Tu pun kalau rasa rajin lah.
pergh iza kalau masuk kaiso tak sah kalau tak membeli.
ReplyDeletememang peminat tegar brg kaison tau.
hehe.
niat nak beli wallpaper..tp msa pegi tu rak banyak kosong..
Delete