Monday, October 19, 2015

AKTIVITI BARU | GYM KELAB BUKIT PERDANA

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama asyik merungut berat badan naik selepas raya, jadi aku tekadkan hati membuang rasa malu untuk ke gym.

Tak perlu nak pergi gym perlukan bayaran. Membazir duit je semua tu.

Kalau diimbas balik cerita dulu-dulu, ada satu tempoh tu aku rajin ke gym rakyat KBS. Kat situ equipments memang complete. Gym pun luas. Kiranya tak perlu malu kalau kau baru berjinak-jinak dengan dunia gym ni.

Oleh sebab kekangan masa dan tahap kemalasan yang semakin menebal, setebal lemak-lemak yang memenuhi badan aku, jadi aku terus berhenti dari kunjung gym.

Sebenarnya niat ke gym tu bukan nak dapat body ketul-ketul pun. Just lari atas treadmill, then angkat lah besi-besi yang ada tu, kira dah ok. Yang penting body fit dan stamina bertambah ok.

Sekarang ni pula, entah macam mana semangat aku tetiba datang balik dan aku dah kembali berjinak-jinak mengunjungi gym. Aku pergi gym kat opis ni je. Kat JPM.

Selesa jugak walaupun gym tu tak besar mana. Peralatan pun not bad. Ada 2 set treadmill. Bolehlah panaskan badan selama 30 minit setiap kali senaman.

Kemudian, boleh cuba mesin-mesin yang ada. Dumbell dan barbell pun ada dengan pelbagai berat.

Untuk lelaki, turn penggunaan gym adalah pada hari Isnin, Rabu, Jumaat(petang) dan Sabtu(tengahari). Manakala untuk wanita, turn mereka adalah pada hari Selasa, Khamis, Jumaat(tengahari) dan juga Sabtu(pagi).

Orang pun tak ramai. Sepanjang aku pergi, paling ramai pun 5 orang dan paling kurang orang yang datang adalah 3 orang.

Adalah juga sorang dua yang memang badan dah cantik dan tak kedekut nak tunjuk ajar cara penggunaan peralatan dengan betul. Cuma kadang-kadang tu segan jugak bila dorang boleh angkat besi berkilo-kilo beratnya, aku pulak nak mengangkat besi yang kecik pun macam nak mati rasanya. Hahahha..

Kalau boleh, tak nak miss buat work out di gym sebab kalau sekali je terlepas, mesti akan timbul rasa malas dan bertangguh. Kalau boleh biarlah konsisten sebab ini melibatkan kesihatan diri.


Bila usia dah semakin meningkat, kesihatan pun perlu semakin dijaga. Kalau sakit nanti, siapa yang susah? Pikir sendiri.





Nampak tak aku di celahan itu??

Nota kaki:
Bila kita buat sesuatu yang baharu, mesti ada yang pertikaikan. Tak payah layan orang macam tu.

No comments:

Post a Comment