Assalamualaikum...
Aktiviti seterusnya yang kitorang
nak buat adalah menikmati pemandangan kota Seoul melalui jalan air iaitu
dengan menaiki Eland Cruise.
Ada 3 lokasi dock yang kita boleh pergi :
1. Yeouido
Dock
Turun di
Yeouinaru St. (Line 5), Exit 3. Yeouido Dock terletak 5 minit dari station.
2. Jamsil
Dock
Turun di
Sincheon St. (Line 2), Exit 7. Ambik teksi untuk ke Jamsil Dock.
3. Ttukseom
Dock
Turun di
Ttukseomnyuwonji St. (Line 7), Exit 3.
Ttukseom Dock berada 300m dari station.
Kitorang pilih untuk naik di
Yeouido Dock. Aku dah lupa cara dari Gapyeong St. nak ke Yeouinaru St. ni tapi
aku rasa macam berpusing-pusing dan banyak pula tukar line subway. Cadangan aku, kalau nak naik cruise ni, kena plan betul-betul supaya tak habiskan masa
yang banyak dalam train. Rasanya tak digalakkan ke sini selepas pergi Nami Island sebab perjalanannya panjang.
Macam dah diperkatakan, information sentiasa ada.
Lukisan di tangga. Awal pagi aku naik tangga je. Bila dah masuk tengahari, tak lalu nak pandang tangga sebab dah letih.
Bila keluar dari Yeouinaru St.,
kena jalan lalu park dan penuh dengan anak-anak muda Korea yang tengah
melepak-lepak, dating dan berpiknik. Sosial sangat life dorang. Berpeluk-peluk,
cium-cium di khalayak ramai.
Kanan | Laluan menuju dock.
Anak-anak remaja Korea berpiknik menghadap Sungai Han. Next time boleh lah join melepak-lepak kat sini.
Masa kitorang sampai di kaunter
tiket, jam lagi 10 minit ke pukul 5.00 petang dan cruise yang terdekat adalah jam 5.00
petang. Nampaknya sempat lah kitorang nak naik yang pukul 5.00 ni. Sebelum beli
tiket, kena isi form dulu kemudian baru bawa form tu ke kaunter.
Harga tiket cruise = 12,000KRW
(RM42.00)
Aku punya handphone bateri dah
nazak, power bank aku pun dah kong, bateri kamera dah nyawa-nyawa ikan. Ya
ampun… aku sempat bergambar mana-mana yang sempat je.
Aktiviti yang boleh dibuat atas
cruise ni adalah lepak-lepak sambil feeling-feeling ambik angin. Seronok juga bila
dapat peluang macam ni. Boleh tengok pemandangan kota dari cruise. Malam-malam pun ada jugak cruise ni tapi
harganya mahal sikit. Kalau naik time malam mesti lagi best kan, dengan cuaca
sejuknya dan dengan bangunan-bangunan bermandikan cahaya lampu.
Pelayaran kitorang ni agak
terganggu dengan kehadiran rombongan budak sekolah yang buat bising. Baru nak
relaks-relaks, sekali dorang naik, adoiilah..bising je. Bila cruise mula
bergerak, ada sekumpulan burung-burung camar terbang rendah dan ikut pelayaran
kitorang. Mula-mula seronok, tiba-tiba ada pulak burung-burung yang berak. Lari
kejap ke bahagian bawah. Mus dengan TJ dah macam taknak bergerak je. Jadi, aku
pusing-pusing cruise sorang-sorang sambil mencuba nasib ambik gambar dari
sisa-sisa bateri yang ada. At least ada juga gambar kenangan aku atas Eland
Cruise ni.
Kiri | Burung di belakang aku. Haruslah selfie jap.
Time ni burung-burung banyak atas kepala. Kemudian, mula lah buat kerja membuang najis masing-masing.
Pelayaran ni mengambil masa 40
minit dan tak terasa masa cepat betul. Bila cruise patah balik, baru terperasan
dan hampir-hampir 40 minit ia belayar. Naik cruise ni takde apa yang menarik sangat.
Cuma untuk santai-santai sahaja. Kalau tak naik pun takpe. Boleh jimat belanja.
Duduk sorang-sorang menahan sinar cahaya matahari Korea.
Selfie ke bang?? Keh3 -)
Berlabuh setelah selesai pelayaran Sungai Han.
Selesai di Eland Cruise, kitorang
decide ke Myeongdong untuk cari barang yang orang dah order.
Cara dari
Yeouinaru St. – Myeongdong St. :
Yeouinaru St. (laluan
Gongdeok) – turun di Gongdeok St. – tukar laluan Line 6 (laluan Bonghwasan) dan
turun di Samgakji St. – tukar laluan Line 4 (laluan Danggogye) dan turun di
Myeongdong St. Exit 6.
Bila keluar dari station tu,
toleh kiri dan akan nampak bangunan Nature Republic dan Uniqlo. Kitorang dah
sampai di Myeongdong. Myeongdong ni bestnya kalau datang petang-petang ke malam
sebab banyak orang berjualan di tepi-tepi jalan. Macam-macam ada, lebih-lebih
lagi street food. Bagi yang berani nak mencuba, boleh cuba makanan asli Korea.
Di sini tak nampak pulak dorang jual pork secara terang-terang tapi kena tengok
menu betul-betul sebab ada je menu-menu dorang berasaskan pork.
Aku masuk ke Nature Republic
sebab nak carikan barang orang. Eh dalam mencari barang orang tu, salesgirl
boleh pulak rekemenkan aku face mask. 10 + 10 keping. Malas nak melayan salesgirl tu mengayat
dengan kata-kata manis, terus je aku beli face mask. Hahahha siapa nak pakai tu
nanti? Aku ni memang tak rajin nak pakai benda-benda ni semua.
Face Mask Bamboo Base = 9,500KRW (RM33.25)
Kitorang cuma jalan-jalan tengok
kawasan dan tengok ragam orang. Walaupun bukan hujung minggu, kawasan ni tetap
juga hidup dengan orang ramai. Nak bergambar memang tak dapat sebab semua
bateri dah mogok dan kong beramai-ramai. Sambil-sambil berjalan tu, terpedaya
dengan aiskrim ikan.
Aiskrim Ikan = 4,000KRW
(RM14.00)
Inilah rupa aiskrim ikan tu.
Luarnya roti bentuk ikan,
aiskrimnya didalam mulut ikan, ditabur dengan serbuk green tea (rasanya sebab
warna hijau) dan ada potongan honey di atas aiskrim. Yang menjadikan aiskrim ni
sedap adalah honey yang ada di atasnya tu.
Oleh sebab kitorang pun dah tak
tahu nak mencari apa lagi, jadi kitorang pun pusing-pusing balik untuk cari
subway balik ke Itaewon. Eh, dalam duk pusing-pusing tu, kitorang lost sekejap.
Kitorang masuk ke underground myeongdong market dan tak jumpa mana subwaynya.
Jadi, kitorang keluar semula dan cuba cari jalan yang betul. Fuhhhh nasib baik
jumpa.
Cara dari Myeongdong – Itaewon :
Myeongdong St.
(laluan Danggogye) – turun di Chungmuro St. – tukar Line 3 (laluan Ogeum) –
turun Yaksu St. – tukar Line 6 (laluan Samgakji) – turun di Itaewon
Tu dia..berkotak-kotak beli barang. Ni barang orang order. Bukan untuk aku.
Sampai je di Itaewon, ingatkan
nak dinner kat luar tapi masing-masing dah sakit kaki dan penat. So, dinner
kitorang malam ni hanyalah Maggie Kari. Maggie pun Maggie lah, asalkan kenyang..
Perbelanjaan hari kedua :
Tambang Teksi - 4,000KRW
Tiket Nami Island - 8,000KRW
Nasi Goncang - 6,500KRW
Pau Kacang - 1,000KRW
Tiket Eland Cruise - 12,000KRW
Face Mask - 9,500KRW
Aiskrim Ikan - 4,000KRW
Total : 45,000KRW (RM157.50)
No comments:
Post a Comment