Friday, September 2, 2016

FENDIxA107 | B-FOLD DOOR

Assalamualaikum...

Perkara biasa, pintu toilet mesti terkopak-kopak sebab reput. Orang jawa cakap dah "geropos" pintu. Pintu toilet kedua rumah aku yang bermasalah macam tu. Sudah le mereput, pintu pun dah tak boleh tutup rapat. Pintu toilet di master bedroom masih ok lagi. Mahu tak mahu kena juga lah tukar pintu baharu. Lama dah mencari kedai di area Salak Tinggi atau Nilai tapi tak berjumpa sampailah satu hari tu terjumpa di satu blog ni pasal satu kedai yang menyediakan perkhidmatan menukar pintu toilet.

Bila dah ada bajet, terus je ke kedai yang dimaksudkan. Tak payah nak bertangguh. Makin tangguh nanti duit tu lari ke tempat lain pulak. Konsep sekarang ni, kalau ada duit terus buat.

Nama & Alamat Kedai

Xin Kim Glass & Aluminium Enterprise
PT 7249, Jalan BBN 1/2A
Putra Point, Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.

No. Telefon : 0126133392 (Kent)


Jenis Pintu

B-Fold door. Jenis lipat dua.

Harga

RM420.00 termasuk pemasangan di kawasan berhampiran sahaja. Caj RM50.00 dikenakan bagi penghantaran dan pemasangan di luar kawasan Nilai dan BB Salak Tinggi. Pintu asal akan ditanggalkan dan dibuang terus. Semua dorang yang akan uruskan.

Corak Pintu Yang Disediakan

Antara corak-corak yang disediakan yang sempat aku snap macam kat bawah ni. Sebenarnya banyak lagi kategori corak yang ada macam corak kartun, corak bunga-bunga penuh dan corak geometrik. Kalau nak corak macam hutan belantara pun ada juga. Kena tengok katalog yang disediakan.


 Aku minat yang minimalis macam ni je. Tak nak yang terlalu penuh. Warna yang aku pilih mestilah white dan grey sebab nak selarikan dengan warna pintu-pintu yang lain dan juga dinding.

Bila dah tengok katalog, terus keliru nak pilih yang mana. Rasa nak pilih corak A, tapi corak B pun cantik, eh tengok corak C, berkenan jugak. 

Tempoh Masa 

30 Julai - Pergi kedai di Nilai untuk buat tempahan. Tapi tokey (Kent) takde kat kedai. So, aku buat tempatan melalui pekerja dia sahaja. Aku pilih corak, tinggalkan phone number, alamat dan nama. Pekerja tu bagitau dia akan inform pada tokey untuk buat appointment ukur saiz pintu.

01 Ogos - Aku follow up dengan tokey by whatsapp sebab risau juga kalau dia tak dapat maklumat tempahan aku. Tokey kata nak datang ukur saiz pintu hari Selasa (02 Ogos) selepas jam 5.30 petang sebab aku kebiasaannya sampai umah pukul 5.30 petang.

02 Ogos - Tunggu punya tunggu, tokey tak datang-datang rumah. Kemudian, dapat whatsapp dari tokey. Dia minta maaf tak dapat datang sebab ada kerja di bengkel yang masih belum selesai dan janji akan datang pada esok hari (03 Ogos).

03 Ogos - Tokey datang ukur saiz pintu toilet. Katanya pintu tu akan siap dalam jangka masa seminggu. Dia akan whatsapp bila pintu dah siap. Bayar separuh daripada harga dahulu. So, aku bayar RM210.00 dahulu. Aku minta dia kalau nak datang pasang pintu, lebih baik datang hari Sabtu sebab aku ada kat rumah dari pagi sampai malam. Kalau hari bekerja macam susah sikit.

31 Ogos - Tokey datang dengan pekerja untuk pasang pintu. Aku bayar separuh lagi bayaran selepas kerja-kerja pemasangan selesai. Pintu dah siap awal (sebab kan dia janji pintu siap dalam tempoh seminggu sahaja) tapi tokey ada tugas kat Sabah. Jadi, terpaksa postponed dan ambil masa lama juga untuk datang rumah. 

Sebelum & Selepas

Inilah rupanya corak dan rupa pintu B-Fold yang telah ditukar. Aku memang puas hati dengan hasil kerja yang diberikan. Next projek, nak tukar pintu toilet dalam master bedroom. Tunggu bajet yang lain. Banyak lagi benda nak fikir untuk cantikkan rumah.



2 comments:

  1. kamu yang buat dulu. saya baru nak buat kertas kerja bagi kat suami. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh3.. pintu dah nazak sangat tu cc..nak tak nak kena tukar jugak..

      Delete