Monday, October 17, 2016

FENDIxHIKING | CABARAN BUKIT BROGA, SEMENYIH

Assalamualaikum,



"Bukit Broga"

Check in..

Tajuknya macam gempak. Cabaran Bukit Broga katanya, padahal pada orang lain, mendaki Bukit Broga tidaklah mencabar mana, cuma jangan kita duk perlekehkan sesuatu tempat tu sebab setiap tempat ada cabarannya.

Sabtu lepas aku ke Bukit Broga. Saje mengisi masa lapang dan mencabar diri sendiri. Nak tengok juga, stamina ok ke tidak. Maklum lah, beriya sangat workout dan jogging di gym selalu, adakah sudah cukup stamina?

Aku pergi dengan akak aku berdua je. Lepas Subuh terus gerak lalu hiway LEKAS. Perjalanan mengambil masa 40 minit jugak. Bila sampai tu, of course dah banyak kenderaan di kawasan parkir. Tapi kitorang dapat juga parkir selit-selit tepi pokok. Bayaran parkir adalah RM3.00. Lepas warm-up sikit-sikit, terus mulakan mendaki Bukit Broga. Orang memang ramai. Ramai nak naik dan ramai juga yang nak turun. Yang turun tu mungkin dorang naik awal-awal pagi sebelum Subuh agaknya.

Mula-mula tu nak saing dengan kakak aku, tapi oleh sebab terlebih excited, aku "ter" tinggalkan dia. Alhamdulillah..segalanya lancar. Tiada drama tak cukup nafas ke apa ke sepertimana pendakian aku sebelum ni.

Aku ni tak expert pun tentang laluan ke atas. Cuma ikut orang je. Nasib baik lah memang orang sentiasa je ada. So, mudah kerja aku. Ikut bontot orang je la kaedahnya. Takde rasa penat sangat ke apa. Lagipun awal-awal lagi aku dah breakfast dari rumah. Cukup sekadar roti dan air kosong je.


Dari checkpoint 1 nak ke checkpoint 2.



 Syiok je view time matahari tengah nak naik. Panas jugak time ni.

Oleh sebab orang ramai, aku kena cepat untuk naik ke checkpoint ke tiga iaitu puncak kepada Bukit Broga ni. Mencabar diri panjat batu guna tali. Actually aku tak tahu pun ada laluan lain yang tak payah panjat-panjat tali. Maklum la, kita ni amatur je.


Ambil langkah selamat. Berpaut pada tali untuk naik ke atas.

Ni tengah queue untuk panjat tali. Time ni aku dah debar-debar. Boleh ke tak boleh. Nak patah balik je rasa dalam hati, tapi bila toleh belakang, mak aii ramainya orang. Kita kan abang-abang, kena tunjuk kuat sikit..Keh3.. Eh nampak tak girl yang cekak pinggang tu? Bawak handbag naik bukit. Kau mampu????

Akhirnya sampai!!!! Ramailah orang tengah tunggu turn nak bergambar kat signboard merah tu. Oleh sebab aku sorang-sorang je, so malas nak bergambar.

Aku call akak aku tanya dia dah sampai mana. Dia kata dia kat check point ke dua. Tak nak naik ke atas dah. Aku mintak dia tunggu je kat situ dulu. Bagi aku rehat-rehat kat check point terakhir ni.


 Bersama kumpulan gadis-gadis yang tengah bergosip.

 Best duduk-duduk sambil tengok pemandangan. Puas hati sebab dapat sampai atas.


 Gigih panjat batu untuk bergambar. Be careful ye adik.

Masing-masing ambil kesempatan untuk berehat sebelum turun semula ke bawah. Tengah duduk-duduk berehat, ramai pula yang baru sampai secara berkumpulan. Kita bagi chance pada orang lain pulak untuk rehat-rehat kat atas ni.


Selfie sekali. Pecah rahsia sikit, time ni kan memang bau peluh dah macam apa ntah. Aku rasa macam bau bangkai dah. Keh3...

Untuk turun tu, aku ikut laluan trek yang ke dua tapi perlu berhati-hati sebab agak curam dan licin. Hanya bertahan menggunakan tali yang dipasang di tepi trek.

Dah turun dari check point ke tiga. Sempat lagi toleh ke belakang. Dalam hati siap cakap "berjaya juga aku naik batu tu guna tali"..

Aku ber"jejak kasih" semula dengan akak aku kat check point ke dua. Dia tengah berehat-rehat.


 Sempat lagi mereka tulis nama atas batu. Kira vandalisme ke tidak ni?



 Kanan | Budak ni dalam semak dia berselfie..Gigih kau dik.

 Kau ada naik bukit pakai tudung kakak Fareeda?? Takde kan?? Dia sorang je yang buat.

Bila dah puas tengok pemandangan dari atas, kitorang pun turun semula ke bawah. Sempat lagi la bergambar sekeping dua, kemudian simpan hp. Fokus untuk turun pulak.


 Masa nak turun tu macam scary sikit sebab berpasir je. Takde rumput-rumput. Kalau tergelincir ni, memang terus tersembam ke bawah. Double triple hati-hati kat area sini.

Orang kata kalau turun bukit lagi mudah dari mendaki. Bergantung pada individu. Bagi aku, aku ok je untuk naik dan turun. Cuma masa turun tu, rasa sakit sikit pada bahagian lutut. Mungkin sebab banyak menahan diri menggunakan lutut. Akhirnya sampai juga ke bawah.

Puas hati??

Memang puas hati sangat-sangat dan Alhamdulillah semuanya selamat. Next time InsyaAllah boleh mendaki lagi. So, lepas ni target aku adalah Tanjung Tuan, Port Dickson. Ambik yang biasa-biasa je sudah. Untuk suka-suka je.

Bukit Broga...check out...

No comments:

Post a Comment