Tuesday, December 6, 2016

FENDIxEXAM | PEPERIKSAAN ONLINE SKIM PEN.PEGAWAI TADBIR N29

Assalamualaikum,

Entry ini adalah sekadar panduan bagi mereka yang memerlukan info berkaitan dengan Peperiksaan Online Skim Penolong Pegawai Tadbir N29. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri menduduki peperiksaan pada 05 Disember 2016.

Seminggu sebelum hari peperiksaan, kerap juga aku google-google untuk mencari info bentuk soalan yang bakal keluar tapi nampaknya tak banyak hasil yang aku perolehi. Yang ada pun banyak link e-book tips untuk peperiksaan.

Jadi, untuk memudahkan mereka yang bakal menduduki peperiksaan yang sama pada sesi yang akan datang, mari baca apa jenis soalan yang keluar. Mana yang aku ingat, aku akan tuliskan kat sini tapi at least nampak la jugak bayang-bayang soalan tu macam mana kan. Soalan adalah objektif.

BAHAGIAN A : PENGETAHUAN AM

Untuk bahagian A ni, soalan yang dikeluarkan adalah mengenai sejarah, projek-projek kerajaan, fungsi kementerian/jabatan, ICT, pengetahuan am dan beberapa isu lain.

Antara soalan yang dikeluarkan adalah :

1.   Agensi-agensi kerajaan yang menggunakan anjing pengesan dalam tugasan operasi.

2.   Apakah reptilia terbesar?

3.   Apakah mamalia terbesar?

4.   Pelaksanaan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dalam mengurangkan beban hutang * lebih kurang                 macam tu la.

5.   Kegunaan RAM (Random Access Memory)

6.   Penubuhan Malayan Union

7.   Tindakan British untuk menghalang kemaraan Komunis di Tanah Melayu

8.   Pelaksanaan NBOS

9.   Inisiatif KPT dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran di IPT

10. Fungsi Data Raya

11. Program/projek MSC

12. Sistem 4 lapis semasa zaman kesultanan

Sebanyak 50 soalan yang dikemukakan. Aku cuma ingat soalan-soalan yang kat atas tu je. Nampak soalan dia macam senang kan? * ke memang senang? tapi pilihan jawapan yang diberikan tu yang mengelirukan. Soalan-soalan lain tu agak susah, jadi lempar dadu lah. 

BAHAGIAN B : PENYELESAIAN MASALAH

Bahagian B ni adalah soalan penyelesaian masalah. Soalan sebanyak 40 soalan selama 45 minit. 

Soalan yang keluar adalah mengenai :

1.  Min, Mod, Median

2.  Pecahan

3.  Peratus

4.  Kebarangkalian

5.  Isipadu

6.  Sudut

7.  Ukuran & jarak






Gambar ni semua member aku post dalam group whatsapp. Sempat pulak dia nak snap-snap, aku nk pegang hp pun tak sempat.

Soalannya tak berapa nak susah pun. Tahap-tahap PMR je, tapi "tempoh masa" yang diberikan tu yang jadi halangan paling besar. Maklum lah, dah lama tinggalkan sekolah, so lambat masuk gear nak mengira-ngira ni. Bila enjin dah panas, baru lah boleh buat dengan confidentnya (walaupun tak berapa nak confident)

Good luck pada mereka yang akan ambil exam untuk masa akan datang.

No comments:

Post a Comment