Assalamualaikum,
Sekali lagi aktiviti mendaki Bukit Puchong yang terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor. Plan asal nak hiking di Bukit Gasing, PJ tapi oleh sebab malas nak keluar awal pagi, jadi tukar lokasi. Aku pilih Bukit Puchong sekali lagi sebab nak tengok laluan A untuk mendaki. So far dah nampak dah laluan A dan B macam mana. Sama je sebenarnya, so untuk aktiviti kelab pada 11 Mac nanti, aku decide untuk naik ikut laluan A dan turun di laluan B.
Kali ini, aktiviti mendaki berdua dengan Oii. Kitorang gerak sendiri-sendiri. Dia dari Cheras dan aku dari Salak Tinggi. Keluar rumah masa yang sama (pukul 6.30 pagi) tapi di sampai dulu. Dia sampai dalam pukul 7.00 pagi dan aku sampai dalam 7.30 pagi. ,Macam biasa, nak cari parkir tu memang "berchenta" sikit lah. Kena park jauh dan menapak ke tempat permulaan.
Untuk aktiviti ni, aku bangun awal pagi. Siap buat kuih keria dan goreng keropok lekor untuk bekalan kitorang. Tak sempat nak breakfast dari rumah.
Lebih kurang pukul 7.45 pagi, aku mula bergerak. Pagi tu, orang agak ramai. Mungkin sebab belum jam 8.00 pagi kan, so orang tengah ramai. Orang keluar mendaki awal-awal pagi lagi.
Memulakan pendakian.
Untuk kali ini, tiada banyak gambar yang aku ambil sebab tak nak habiskan masa berhenti untuk bergambar. Lagipun, sama je pemandangannya. Pagi tu, tanah agak licin. Mungkin sebab malam sebelumnya hujan.
Tadaaaa!!! Dah sampai. Orang punyalah ramai. Rasanya dorang mendaki dalam berkumpulan. Sebelum ni masa aku pergi, takde ramai macam ni.
Kanan | Aku sengaja bergambar kat situ sebab nak curi-curi ambil gambar atok tu. Percaya atau tak, atok tu mampu mendaki sampai top hill. Bravo!!!!
Sepatutnya sampai je atas ni, nak terus bukak bekal. Tapi Oii segan-segan pulak nak makan depan orang. Kitorang try cari port lepak, tapi tempat tu pun jadi laluan orang. So, terpaksa lah tutup balik bekalan dan simpan semula.
Kat tophill ni tak lepak lama. Singgah sekejap, bergambar dan terus turun. Oii taknak lama-lama kat atas.
Macam biasa, aku turun ikut laluan B. Di laluan B ni tak ramai orang. So, jalan boleh relaks-relaks je. Aku bagitau Oii yang kat area sini ada air terjun. Satu tu kawasan larangan dan satu lagi boleh pergi. Ingatkan dia taknak pergi, rupanya dia teruja. So, target kitorang seterusnya adalah air terjun.
Nasib sangat baik sebab ada 2 orang wanita berbangsa Cina ni bagitau jalan mudah nak ke air terjun tu. Katanya ikut laluan pokok yang bertanda biru (ada cat biru kat pokok). So, kitorang follow je pokok-pokok yang bertanda biru.
Kat otak aku ni fikir laluan ke air terjun tu tak berapa jauh. Aishhh rupanya itu cuma imaginasi je. Jauh wei laluan nak ke sana. Dah macam mendaki semula ke puncak bukit. Nasib baik lah teruja nak tengok air terjun tu, kalau tak memang half way dah surrender.
Cuak jugak la sebenarnya mula-mula tu sebab tak nampak orang lain yang lalu tapi kitorang tekad jugak. Sampai lah satu tempat tu, terdengar bunyi aliran air. Nampak macam anak sungai dengan air yang jernih.
Tenang habis dapat lepak menghadap air sungai ni. Sejuk je rasa.
Berhenti rehat dan melantak kuih keria dan kopok lekor.
Tengah melepak-lepak tu, tiba-tiba dengar suara orang. Risau jugak lah mula-mula tu, ingatkan renjer hutan ke apa kan. Rupa-rupanya group mendaki juga. Dorang nak ke air terjun tu. So, kitorang dapat info dari dorang jalan nak ke air terjun tu.
Sorang akak tu cakap "ni bukan air terjun ni. Ni buat celup-celup kaki je.." Keh3..
Selesai makan dan rehat, aku dengan Oii sambung perjalanan. Confident lah sikit bila dah nampak orang lain. Masa nak gerak, ada lagi satu group baru sampai. Laluan kali ni agak mencabar jugak sebab kena mendaki. Bayangkan, dah le baru lepas makan, kena mendaki pulak. Senak perut...
Antara senak perut dan air terjun, kau pilih mana?? Opcos aku pilih air terjun.. kembali bersemangat...
Betul la kata salah sorang brader tu, "laluan nak ke air terjun tu, kena mendaki, kemudian turun semula, dan naik semula.."...
Akhirnya sampai juga ke lokasi air terjun. Bunyi air dan suara orang je dah buat teruja walaupun air terjunnya bukan lah yang tinggi tu.
Sempat berendam jugak untuk sejukkan badan. Seronok memang seronok, lain kali memang nak singgah lagi. Air terjun ni masih lagi bersih. Tak nampak sampah, harap-harapnya pengunjung yang datang masih boleh kekalkan kebersihan kat sini.
p/s : hilang penat bila dapat berendam.
aksarafendi
No comments:
Post a Comment