Friday, December 28, 2018

FENDIxBANDUNG | PASAR BARU DAN MEMBELI BELAH

Assalamualaikum...


Pasar Baru Mall (22 April 2018) - Untuk kaum wanita, tempat ini akan membuatkan mereka rambang mata. Macam-macam jenis kain yang dijual di sini. Kain telekung, kain cotton, lace. Kain yang menjadi kegilaan kaum wanita sebab harganya boleh dikatakan murah kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia. Tujuan kami ke Pasar Baru Mall sebab nak cari baju batik. Aku temankan Oey sebab dia nak cari baju untuk kerja, tapi aku pula terpedaya. Dapatlah beli beberapa pasang baju untuk aku dan famili. 

Sesampai saja di Pasar Baru Mall, kami terus cari food court sebab nak cari breakfast. Kami pergi ke aras paling atas sebab ada food court di sana. Nak cari breakfast macam tak ada, yang ada menu-menu untuk makan tengah hari. Jadi, tengah hari nanti tak perlu susah-susah nak mencari lunch. Kira brunch jugak lah ni. Selesai makan, misi membeli dan membelah pun bermula.

Setiap satu aras kami jelajah dan masuk kedai-kedai yang menarik perhatian. Dekat sini, Oey tempah baju melayu dan jubah untuk mak dia. Aku cuma beli baju untuk mak dan juga baju batik untuk aku sendiri. Kami habiskan masa lama di sini sebab pusing-pusing carikan baju untuk kawan yang kirim minta belikan baju batik tapi nampaknya bila aku whatsapp baju batik, dia tak berkenan dengan warnanya. Citarasa orang memang tak sama kan. Sebab itu aku malas kalau nak shopping berteman atau belikan baju untuk orang. Style aku, bila nak shopping baju, aku lebih suka pergi sendiri. Jadi, buruk atau tidak baju yang kita beli tu adalah atas tanggungjawab sendiri.




Rumah MODE - Oleh sebab hotel kami berhadapan sahaja dengan mall Pasar Baru, kami singgah balik bilik dulu untuk letak barang dan rehat tengah hari. Lama jugak kan kami shopping. Dari pagi sampai tengah hari. Penat dan sesak dengan orang ramai. Oey banyak survey kedai jugak, itu salah satu sebab kenapa kami lambat. Kalau ikutkan aku, mana kedai yang tawarkan harga yang masih dalam bajet aku, aku akan terus beli sebab aku malas nak pusing-pusing mencari.

Lepas Zuhur, kami ke Rumah Mode. Rumah Mode adalah salah satu outlet yang menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama dengan harga berpatutan. Kami bergerak dengan menggunakan perkhidmatan Grab. Ada sesetengah orang berpendapat, harga barang di Rumah Mode tidak terlalu murah kalau hendak dibandingkan dengan outlet yang lain. Bagi aku pulak, harganya ok. Sesuai dengan barang yang dibeli. Aku tak shopping banyak. Cuma beli baju sahaja sebab kononnya nak pergi ke outlet lain. Tapi kesudahannya, pakaian di outlet-outlet lain tu tak menepati citarasa aku. Nak cari jeans, tapi poket jeans di Rumah Mode tak menarik. 







Dalam Rumah Mode ada kafe. Kalau letih shopping atau tengah berkira-kira nak beli ke tidak, korang boleh lepak dulu. Minum cendol dulu, baru boleh berfikir dengan rasional.

Oleh sebab kami tak ada planning lain selepas shopping di Rumah Mode, jadi aku dengan Oey putuskan untuk jalan-jalan di kawasan sekitar. Mana lah tahu kalau terjumpa mana-mana outlet yang menarik. Tengah berjalan tu, gerimis pulak. Kemudian, hujan agak lebat seketika. Sempat kami berteduh sebentar sementara tunggu hujan berhenti. Kami pun tidak mengejar masa cuma agak terkilan sebab tersalah pilih tempat untuk sigh seeing. Aku pun tak berapa ingat apa kawasan yang kami pergi tu. Tapi yang pasti, jiwa kami bukan di situ. Outlet-outlet yang kami singgah tak menarik perhatian. Untuk ubat hati, kami singgah beli ole-ole Bandung. At least, berbaloi lah kami jalan kaki jauh-jauh kan?

Makan malam di warung - Makan malam kami hanyalah di warung tepi jalan. Barulah namanya Indonesia kan? Order satay dan juga Indo Mee. Airnya mestilah teh manis. Kebanyakan pengunjung luar tak berapa berani nak makan di warung-warung tepi jalan sebab risau keracunan makanan. Mulanya kami pun berfikir macam itu tapi kami cuba-cuba. Alhamdulillah, sepanjang di Bandung semuanya ok.

 Tengah sejuk-sejuk, dapat makan Indo Mee. Terbaik!!!!

Sebelum singgah makan, kami ke Kartika Sari dahulu untuk beli brownies yang maha sedap tu dengan beberapa makanan ringan lain. Biskut ini pun sedap. Sebenarnya tu roti kering je tapi entah lah.. tekak aku rasa semua sedap. Lepas ke Kartika Sari, terus ke Stesen Keretapi Bandung untuk beli tiket balik ke Jakarta keesokan harinya. Dapatlah tiket tengah hari.

Untuk balik ke hotel, kami jalan kaki. Sejenis kegigihan juga tu. Tak jauh pun. Kalau ambik Grab atau Ojek, macam rugi je. Malamnya kami rehat-rehat sebab esok sudah kena bersiap untuk kembali ke Jakarta.

aksarafendi

No comments:

Post a Comment