Monday, September 7, 2009

AKTIVITI KAMI PADA 05 SEPTEMBER 2009

" Arghhh..bosan sungguh lah hari cuti kalau x pergi mana2 "
" Baju aku dah basuh malam tadi, lagik pun ni tengah puasa, mesti tak best kalau duk umah jer "
~ itu lah yang aku getuskan dalam hati aku bila terasa amat tensen lepas bersahur pagi 05 September 2009.

" Agak2nya nak pegi mana eak hari ni? Xkan nak jenjalan Alamanda jer..hurm paling koman pun gi The Mines, ha xpun pegi JJ Balakong or JJ Equine Park "
" Kenapa lah tak cuba pegi tempat yang jauh2 sikit. Baru lah best..mencabar sikit rasanya.. "
Hurm, pagi tu, pas aku tengok Hujung Minggu Malaysia TV1, aku terus je kejutkan Kazar.. Aku sengaja pancing dia suh bangun.. Aku cakap le aku nak jalan.. Nak ikut ke tak nak..
Bila aku cakap je aku nak jalan, dengan sepantas kilatnya dia bangun, tinggalkan selimut dia, campak bantal, terus je masuk dalam bilik belakang kejutkan Asrol yang aku rase masih lagi nyenyak dibuai mimpi di pagi bulan Ramadhan..
Tak sangka plak lah dengan sepantas kilatnya jugak, si Asrol ni lompat dari katil dia, then cam caya tak caya je dengan apa yang Kazar cakapkan tu..
" Eii..ingat aku tipu ker? Aku ni kalau dah ajak jalan, betol2 jalan tau.. Bukan setakat jalan kat luar umah tu jer "
Sementara mereka-mereka tu mandi, aku pun belek-belek lah baju apa yang aku nak pakai. Aku plan nak pakai baju kemeja sebab dah biasa sangat aku pakai t-shirt. Kesian plak aku kat baju-baju kemeja aku sebab dah lama aku tak pakai dorang.. Aku capai lah baju kemeja putih kasual aku yang ada corak kat dada sebelah kiri.. Hahah, aku masih ingat lagi, baju tu aku beli kat The Mines.. Rege dia murah je ( tapi Kazar dakwa baju tu cecah seratus ).. Dakwaan dia tu sume salah belaka.. Aku padankan dengan seluar kodroi yang aku beli kat Alamanda setahun yang lepas ( Seluar tu aku beli semata-mata nak pakai gi tengok teater kat IB ).
Sebenarnya aku tak tahu nak ke mana, padahal dah ajak dorang tu jalan.. Aku plan nak ke JJ Klang, tapi aku tak tahu jalan. Kalau main redah je, sure aku akan sesat sebab aku ni memang blur sket kalo dah tersilap jalan. So, akhirnya kitorang decide pegi ke The Curve kat Damansara je. Aku tak pernah lak pegi ke sini. Tapi nafsu aku membuak2 menyebabkan otak aku bersetuju untuk berjalan2 kat sana..Tukang tunjuk jalan semestinya si Kazar. Harapan aku supaya dia tak lah setakat kata tahu jalan tu cuma kat mulut je. Biarlah dia tahu jalan betul2.. Tapi alhamdulillah.. Memang dia tahu jalan pun..
Sampai je kat The Curve, sesi mengenali tempat tu dulu. Ye lah, tak pernah pergi kat tempat tu, so aku cam blur + bangang sket lah tengok persekitaran kat situ. Kalau nak ikutkan hati aku, nak je aku terjah ke IKEA tu..Aku nak tengok perabot2 dan apa2 jugak lah benda yang best yang ada kat situ.. Sesekali aku terverangan jap. Kunun2 aku beli perabot kat IKEA then hiaskan kat rumah aku ~ wei poda chit..tak de maknanya ko nak hias cantik2 kat rumah yang sememangnya dah bersepah tu ha..
Aku bawah Asrol dan Kazar jenjalan dalam bangunan tu dan jalan-jalan tanpa hala tujuan sebab kitorang memang tak tahu nak ke man..Ahahahah, yang kitorang tahu cuma lah berjalan...jalan..jalan.. Jalan-jalan jek la.. Tetiba lak ternampak Metrojaya..Apa lagi, singgah lah kat situ.. Belek-belek...tengok-tengok..pegang-pegang.. Niat nak membeli memang dah membuak-buak dalam hati aku tapi nasib baik le ada malaikat menenangkan aku supaya jangan terlalu mengikut kata hati. Dari tempat Camel Active, kitorang gerak ke Bonia, then pusing ke Crocodile, pastu tengok baju kat Renoma sehinggalah mata aku terpandangkan Valentino Creation kat satu sudut tepi..Eheheheh, bila da ternampak brand ni, aku try le cari baju yang pernah aku beli.. Saje je nak compare kan harga.. Harga asal memang le sama tapi bila tengok harga after promosi.. HUhuhuu tersentap jap jantung aku sebab harga time sales ni lagi murah RM20.00 dari harga yang aku beli..tapi tak apa lah, aku beli baju tu bukan time sales pun. So, tak perlu lah nak menyesal.. Tumpah air mata darah sekalipun, duit tu tak kan balik pada aku..
Asrol dah berkenan kat dua helai baju. Aku tukang bagi pendapat kat dia.. Aku saje je cadangkan apa2 baju yang aku rasa sesuai untuk dia. Sesekali jeles lak aku rase sebab aku tak boleh nak shopping..Tapi tak apa lah, aku niat minggu depan nak shopping denga Mus kat SOGO. Tu pun kalau jadi lah, kalo tak jadi, aku pegi je JJ Balakong dengan kakak aku..Dialah mangsa untuk aku ajak gi shopping kalau bosan2. Kazar tak puashati sebab Asrol dah capai dua baju.. Dia pun belek2 baju then sambar sehelai baju warna kelabu.. Aku tengok baju tu aku cam berkenan lak tapi dia dah sambar dulu. Takkan lah aku nak beli baju yang sama pulak dengan dia kan.
Aku tak kan puas hati kalo jenjalan tapi tak beli apa..Akhirnya, aku beli beg bimbit yang saiz cam beg balik kampung..Serius aku berkenan kat beg tu bila terpandang..Ingatkan harga dia mahal sangat-sangat tapi bila tengok harga..ha? ha? ah! tak kira, aku kena beli jugak sebab aku memang ada plan nak beli beg cam yang aku nampak tu.. Aku ambik beg tu, bawak gi cashier, bayar dan beg tu jadi hak milik aku.. Senang lah sikit aku nak bawak balik kampung atau travel. Tak payah lah aku nak bawak beg besar2 yang menyusahkan aku jer..
Rasa macam masih tak puas berjalan, tapi masalahnya kitorang ni dah habis pusing.. Kalau time bukan bulan puasa, boleh lah lepak2 minum ke, makan ke tapi ni da time berpuasa, terpaksa lah tahan tekak dari kehausan. Haus tetap haus tapi jalan mesti diteruskan..
Kitorang ambik keputusan nak pergi One Utama sebab dah alang-alang dekat je jaraknya tu.
Masuk ke dalam basement parking, nak mencari lot parking punya lah susah. Berpusing-pusing-pusing baru lah jumpa parking. Tu pun kaki aku dah lenguh tekan cluth dan brake..Ikut kan hati, nak je aku berentikan kereta kat tengah2 laluan..ahahaha
Dalam 3 jam jugak lah kitorang pusing-pusing dalam One Utama. Al-maklumlah, ni le first time kitorang jalan kat sini.. Datang dari kampung, semua tempat nak diterokai..sekurang-kurangnya bila orang tanya, boleh lah kitorang "eksyen" sket.. Bila dah betul2 rasa penat, baru lah plan balik.
Dalam kul 4.00 petang kitorang gerak balik ke Putrajaya. Rasanya aku dah boleh drive untuk balik tanpa petunjuk dari sesiapa ni..
Sampai-sampai je kat rumah, Kazar dan Asrol da "pewai".. Ish dorang ni.. tak cool lah.. terus je masuk bilik, dorang landing atas katil, terus zzZZZZzzzz..
Pukul 6.00 petang, aku ajak diorang pergi Bazaar Ramadhan kat Presint 2, depan MOF.
Nasib baik le aku kejutkan dorang, kalau tak sampai ke berbuka tak beli makanan..
Berpusing-pusing jugak lah kitorang kat bazaar tu mencari makanan.. Tak tahu nak beli apa, balik2..pusing2..gerai jual makanan yang sama jer..Cuma rasa jer lah yang berlainan..
Dalam jam 7.00 petang, kitorang balik rumah.. Buat persiapan nak berbuka walaupun hakikatnya aku ni bukan jenis yang beriya sangat nak wat persiapan.. Iya lah, orang tengah diet, semua nak serba sederhana..Hahahhaha..
Lepas je berbuka dan solat maghrib, kitorang lepak2 dalam bilik sendiri.. Aku sebenarnya nak berjalan le lagi malam-malam hari tapi aku segan lak nak ajak dorang.. Nanti kang dorang kata aku ni robot lak. Jenis tak boleh nak duduk diam. Asyik nak berjalan jer kerja nya.. Tapi memang itu lah habit aku.. Tak boleh duduk diam. Aku suka berjalan..
Dengan tak sengaja nya, Raja Pian ajak lepak kat Kajang.. Lepak kat tempat biasa.. Then, Pyan lak call aku nak ajak pergi Downtown, Cheras. Aku memang dah lama nak pegi Downtown, dah lama tak pergi.. Rindu plak nak ke sana..
Kalau dah pegi Downtown tu, memang rambang mata lah..
Macam-macam ada.. aweks pun ramai..
Boleh cuci mata jap malam-malam hari..
Aku dan Asrol bukan main excited berjalan.. Pyan plak jalan dengan family dia..
Kat setiap gerai jeans, aku ngn Asrol akan singgah.. tanya harga, mintak tawar..
tapi sebenarnya kitorang dah aim satu gerai tu.. Jeans dia canti dan murah tapi tak pe lah, kitorang tetap pusing2 jer dulu..
Nampak kasut, singgah jap tengok kasut..Nampak jam, singgah jap tengok jam..Nampak baju, singgah jap tengok baju. Senang cerita, semua tempat lah kitorang singgah.
Akhirnya, aku beli sehelai jeans, Asrol pun beli sehelai jeans. Tu pun beli time hujan dah nak turun.. Nasib baik lah hujan, kalau tak, memang lagi lama lah kitorang kat Downtown tu.. Lama-lama hujan makin lebat..lebat..dan terus lebat..Aku terpaksa lah angkat kaki pergi kereta..
Rupa-rupanya Pyan ngn family dia dah pun gerak awal sebab hujan..
Dalam pukul 3.00 jugak lah kitorang sampai kat rumah. Tapi aku memang puas hati giler sebab dapat habiskan seharian hari aku pergi berjalan-jalan.. Asrol kata minggu depan nak gi Downtown lagi..eheheh boleh aku sediakan duit lebih sikit wat beli apa-apa yang aku berkenan nanti...

No comments:

Post a Comment