Thursday, September 22, 2011

NAK CERITA PASAL JAMUAN RAYA JPM BOLEH?


Semalam dah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran Jabatan Perdana Menteri bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). Meriah wokkk..memang meriah. Meriah dengan warga JPM yang sanggup bersesak-sesak untuk sama-sama meraikan majlis dan menikmati juadah yang disediakan di 13 buah gerai mengikut tema negeri.

Seperti catatan aku sebelum ni, aku dah bagi tahu yang Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa ( BIUPA ) digabungkan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah ( BPH ), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP ) dan Jabatan Perangkaan yang diamanahkan untuk mempromosikan makanan dan budaya masyarakat di negeri Kedah. Macam-macam makanan yang disediakan di gerai negeri Kedah Darul Aman ni. Mengambil lagenda Mahsuri sebagai daya penarik, sebuah pondok beratapkan rumbia / dauh nipah ( aku tak pasti daun apa sebenarnya ) dan jugak props seperti kuali dodol dan juga tampi beserta lampu-lampu, suasana di gerai Kedah nampak agak menarik. Ditambah lagi dengan bendera negeri yang gah digantung di atas pondok. Juga logo 1 Malaysia yang dipasang di dinding.

Gerai-gerai negeri lain pun tak kurang meriahnya. Dengan penari-penari, dengan MC yang dibawa khas untuk memeriahkan gerai dan juga pintu gerbang yang dihias indah. Gerai-gerai memang cantik tapi kesian juga kat tetamu-tetamu yang datang. Lama sangat nak menunggu tetamu VVIP iaitu YBhg. Perdana Menteri. Mungkin dia agak busy kut. Tu yang datang lambat tu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian PM kita melawat gerai-gerai yang disediakan. Berpusu-pusu betul warga JPM nak ambik gambar PM dan semestinya PM sangaaaaaaaaaaaaaaaaaattt mesra dengan anak-anak buahnya. WE LUV U PM !!!!! ( sambil mendepakan tangan & dengan harapan tahun depan dapat bonus banyak lagi ).

Majlis sambutan ni sebenarnya simple saje. Selesai PM meronda melawat kawasan, majlis jamuan dimulakan. Sebenarnya kitorang dah serbu gerai dulu sebelum PM habiskan rondaan ke gerai. Pasti jugak makanan memang cepat habis. Kalau buat bisnes tu, memang SOLD OUT. Sape-sape yang memang tengah kebuloq kan perut tu, kena usaha lebih la meredah lautan WARGA KERAJAAN untuk dapatkan makanan.

Aku ? Hahahha cuma dapat Nasi Ulam ( maap..tak engat dapat kat gerai mana )..yang aku nampak cuma tangan orang hulur makanan aje. Kemudian, kitorang TERPAKSA balik semula ke gerai Kedah untuk dapatkan makanan yang berasaskan pulut. So, dapat lah sambar Pulut Kuning, Pulut Sambal dengan Tapai Pulut. Adoiiiii....pulut-pulut aje yang masuk dalam perut aku. Terus badan rasa sengal-sengal ubi kayu ( cari dalam kamus Dewan, memang tak adooo... ) Aku dah tak sanggup nak meredah cari makanan. Kepala dah sakit..Habis makan, terus kepala ting tong..mata jadi kuyu..kompem..ye..kompen aku punye kolestrol naik mencanak-canak. Memang ada usaha nak membunuh diri dah ni.. Terus tetiba nak berpuasa untuk hari-hari seterusnya..adoiiii...

Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian... Malas nak transfer gambar dalam PC.

Kataku : Saje je nak meriahkan majlis..bukan nak makan sangat pun.



No comments:

Post a Comment