Wednesday, November 30, 2011

HATI SEKERAS KERIKIL

Ada seseorang pernah bagitau aku yang hati aku ni keras macam batu.. Ego terlalu tinggi, tak mudah nak  meminta maaf atas kesilapan yang dah dibuat dan tak mudah nak memaafkan kesalahan orang..

Entah ye..semuanya sebab pengalaman lepas..pengalaman menjadikan aku seorang yang keras hati, ego tinggi dan tidak mudah memaafkan orang.

Dan nak aku katakan kat sini, jangan salahkan aku atas sikap aku ini tapi salahkan lah pengalaman-pengalaman lepas yang menjadi punca dan sebab aku bersikap begini.

" batu yang punya hati dan perasaan "

Kataku : Kenapa manusia tak pernah nak mengakui kesilapan diri?


KERJA ITU SATU IBADAH

Kerana masih berpegang dengan kepercayaan KERJA ITU SATU IBADAH itu lah aku masih lagi mampu tersenyum untuk bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.. opppss silap, untuk ke pejabat..


Penat? Ya penat...penat semalam dan kelmarin masih belum hilang, akan bertambah lagi penat untuk yang seterusnya.. Merungut? Ya, kadang-kadang terpaksa merungut..bukan sengaja untuk merungut tapi terpaksa..


Mak selalu pesan " cari duit untuk masa depan, untuk simpanan di saat-saat terdesak "..betul kata-kata mak tu..Aku lupakan masa untuk diri aku sendiri sampaikan diri sendiri tak ada masa rehat secukupnya sampaikan ada kata-kata sinis menerjah kat telinga " bangla pun cuti la hari Ahad "..ya, itu Bangla..tapi aku orang Malaysia..aku bekerja dan kerah tenaga untuk Negara ( katanya..)


Kadang-kadang orang atasan terlalu mendesak dan mendesak untuk bekerja..orang bujang, boleh habiskan masa untuk bekerja..katanya..yelah, itu kata-kata orang yang sudah berkeluarga, menyerahkan segala-galanya kepada orang bujang.


Eh..orang bujang ni memang tak perlu ada life sendiri ke? Orang bujang memang tak layak untuk keluar tengok wayang ke? Keluar shopping ke? Keluar dating? Hurmmm...oooooOOO dalam pemikiran mereka, orang bujang tu perlu bekerja dan tenaga orang bujang perlu diperah sehabis mungkin.


Kadang-kadang aku rasa lelah..Otak ni jadi sakit.. Terpaksa tolak pelawaan kawan-kawan untuk keluar hujung minggu. Terpaksa curi masa untuk ke pasaraya beli barang keperluan diri, semuanya terkejar-kejar..nak bercuti kena fikir banyak kali..katanya..tak ada orang nak membantu kerja..hurmmm..yelah..itu kata mereka..


Kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila agaknya akan berterusan macam ni? Sampai tua? Sampai pencen? Hurmmmm..yang pastinya memang tidak, tapi ketahuilah yang aku ni jugak manusia biasa, ada rasa penat, ada perasaan, ada keluarga, ada kawan-kawan dan yang penting...aku ada diri yang perlu aku jaga..KERJA BUKAN SEGALA-GALANYA..


Kataku : Terlalu lama pendam..

Sunday, November 27, 2011

YA..KITA SESAMA ISLAM

" Berilah peluang Encik, kitakan sesama Islam "

Itulah ayat yang dikeluarkan oleh si B apabila si A menegur dan menyatakan peraturan yang telah dibuat oleh organisasi P.


Si B telah melanggar polisi yang ditetapkan oleh organisasi P bilamana si B telah berniaga tanpa kebenaran di dalam organisasi P


Macam mana tu ye? Kita sesama Islam memang ingin membantu antara satu sama lain, tapi apabila saudara sesama Islam tidak mengendah dan melanggar peraturan yang ditetapkan, adakah perlu si B mempergunakan perkataan Islam untuk mematikan hujah si A?


Rasa serba salah kan?


Ya, si A jadi sangat serba salah tetapi dia juga perlu tegas dalam menegakkan kebenaran.


Islam juga mengajar untuk kita menghormati pendirian sesama Islam asalkan pendirian itu tidak melanggar hukum Allah.


Kataku : Islam Itu Tersangat Indah



Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 H 

Banyak pengertian yang boleh ditafsirkan berkenaan dengan Hijrah. Semoga kita sebagai umat Muhammad dapat melakukan perubahan dalam diri dan juga dunia serta mampu membawa keamanan sejagat.

Islam itu terlalu indah, jom berubah menuju ke Jalan Yang Diredhai Allah

* Esok akan berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) dengan tema Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Kataku : Hayatilah pengorbanan Rasulullah SAW demi menegakkan ISLAM

Friday, November 25, 2011

KENAPA KOTOR?

Eh tak paham la dengan sikap penduduk kuarters kerajaan ni
Tak pandai jaga kebersihan ke?
Anak-anak or mak bapak yang buat sepah ni?




Dalam lif, kat lobi, kat laluan jalan kaki.
Kat mana-mana aje sampah bersepah
Jangan nak harapkan cleaner saje untuk bersihkan sampah.
Kita ni pun kena lah jugak ada kesedaran sivik betapa pentingnya kebersihan dalam hidup.

Kataku : Sama-samalah jaga persekitaran perumahan kita

Thursday, November 24, 2011

SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEH



Comey betol tengok aksi budak ni
Dia follow je gerak geri ayah dia tengah solat
tapi waktu sujud tu boleh pulak dia terus meniarap
hahahhahahha...
Semoga budak ni membesar dengan sihat dan tak tinggalkan solat 5 waktu dia
insyaAllah..

masa dia nak kuar surau tu, tetiba pulak dia muah muah kat aku
siap buat flying kiss..
hahhahahhaha
memang comel gelagat budak ni

Kataku : Melentur buluh biar dari rebungnya

Wednesday, November 23, 2011

METROJAYA MEGASALE 23 - 27 NOVEMBER 2011


Metrojaya buat Mega Sale sekali lagi kat PICC..
Jom warga Putrajaya, datang beramai-ramai untuk bershopping.
Jualan akan berlangsung selama 5 hari bermula 23 sehingga 27 November 2011..

Bagi wanita-wanita yang nak cari handbag & kasut tu, boleh lah datang jenguk-jenguk ye..

Kataku : Sambutan agak menggalakkan untuk hari pertama


BENDA NI BERNYAWA KE?

Orang kata, kalau kita nak beli sesuatu barang baru, jangan cakap depan-depan barang yang lama. Contohnya lah kan, kita kata nak beli kereta baru, so jangan cakap waktu kita tengah dalam kereta. Nanti seminggu dua lepas tu sure kereta tu akan ada masalah..Konon-konon macam merajuk la kan. Tapi x boleh la nak percaya benda-benda macam tu sebab semua benda yang jadi, Allah yang tentukan walaupun benda tu kita nampak remeh.

Cuma mungkin lah jugak kita nak tukar barang lama kepada barang baru sebab barang lama dah nampak buruk or lusuh & kebetulan jugak, barang lama tu rosak sebab dah lama kita gunakan. Semua benda ni jadi secara kebetulan saje.

Aku pernah alami jugak benda macam ni. Sebelum ni kan aku niat nak beli jam tangan baru dengan harapan nak buat koleksi jam tangan. Boleh lah tukar-tukar jam tangan tiap hari. Hurmm belum sempat nak beli jam tangan baru, jam tangan lama tu dah buat hal. Ada ke patut tali jam tu putus. Perghhhh sangat hangin satu badan ok bila jadi macam tu sebab aku suka sangat pakai jam tangan bertali color brown tu. Ha, seminggu lepas tu dapat lak jam baru. Tu pun sebab dapat cabutan bertuah waktu dinner. Alhamdulillah.. Jimat duit, x payah la nak beli jam baru & tali jam lama tu pun aku masih belum tukar-tukar. Huh nasib badan ko la wahai jam lama.

Kes terbaru lak bilamana aku niat nak buat cermin mata baru. Baru je niat nak buat cermin mata baru, sekali je 2 cermin mata aku yang lama buat hal pulok.. Satu tu patah & satu lagi tu bengkok sebab aku bawak tidor.. Sebenarnya tertido sambil pakai cermin mata. Hahhaha bak kata mak aku " yang kau pakai cermin mata time tido tu kenapa? Kalau mimpi nanti nak nampak jelas ke?"...ha kena sekali sound dengan mak aku..Aduh mak sayang oit, tertido dengan cermin mata lah, bukan sengaja nak pakai cermin mata time tidor.

Dengan berat hatinya terpaksa lah aku buat cermin mata baru dengan harga yang agak mencekik leher.. TERPAKSA..TERPAKSA & TERPAKSA jugak aku buat cermin mata. Sebelum ni kebiasaannya buat cermin mata kat The Mines je, tapi oleh sebab nak cepat punya pasal, aku buat kat Menara Optic Alamanda.. Oh..memang kena ikat perut la jugak kan sementara nak tunggu gaji esok..hahahha..Sebenarnya aku biasa pakai contact lens je sebab lebih selesa dan dah biasa pakai sejak mula-mula rabun lagi. Tapi dah 2,3 bulan ni mata ada masalah sikit.

So, lepas ni kalau aku nak beli benda-benda baru, aku tak nak cakap depan-depan benda lama. Nanti merajuk, pastu buat hal pulak. Tapi kan, kenapa kalau nak beli baju baru, baju lama tak buat hal pulak eak? Hurmmmm....mungkin sebab keluarga baju ni tak ada sikap cemburu & merajuk-rajuk kut...

 walaupun mereka dari keluarga cermin mata, tapi mereka saling berhasad dengki sesama sendiri..kantoi lak pakai bio oil..hahha tu utk hlgkan kesan jrawat tu.

tamatlah riwayat kesan degil..patah jugak akhirnya..

Kataku : Lepas ni nak beli apa pulak eak?....

Tuesday, November 22, 2011

WORLD WALKING DAY











ORANG INDO PUN BAGUS JUGAK

Rey Borneo dari Samarinda, Indonesia



Redy dari Yogyakarta


Pagi tadi bila bukak je FB, berderetlah kat wall kawan-kawan sibuk post tentang kemenangan Harimau Muda merangkul pingat emas dalam sukan bola sepak.

Bila belek dan belek, terpandang status yang dibuat oleh 2 orang kawan dari Indonesia. Ternyata bukan semua warga Indonesia tu benci sangat kat negara kita dan bukan semua jugak yang suka dengan provokasi dan hinaan yang dibuat oleh orang-orang Indonesia terhadap pasukan negara.

Kebiasaannya mereka yang berpendidikan rendah atau langsung tak terpelajar sahaja yang suka buat benda bodoh dan benda yang boleh memalukan negara. Aku yakin yang 2 orang kawan aku nih terdiri dari golongan yang berpendidikan tinggi dan tahu apa yang baik dan buruk serta apa yang positif dan apa yang negatif, yang perlu dan tidak perlu untuk dilakukan demi menjaga keamanan kedua-dua buah negara.

Tersenyum jugak bila baca status FB dorang ni dan terasa bangga bilamana negara kita juga dipuji oleh mereka. Namun, post dorang tu pun sebenarnya sedikit memberi perasaan tidak puas hati kepada kawan-kawan senegara yang lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia tak akan buat benda bodoh  sebab aku yakin yang kita ni dah terdidik menjadi warga yang berbudi bahasa dan tahu menghormati negara-negara lain. 

Kataku : Senyum je lah hari ni walaupun.............................

SANA SINI BOLA

Penangan sukan bola sepak memang hebat kalau nak dibandingkan dengan sukan-sukan lain. Walaupun atlet-atlet acara lain pun dah mengharumkan nama Malaysia dengan kutipan pingat emas, namun acara bola sepak juga yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanahair. Syabas dan sekalung tahniah sekali lagi diberikan kepada barisan pemain Harimau Muda dan juga jurulatih Ong Kim Swee atas kilauan emas malam tadi.

Permainan banyak dimonopoli oleh pasukan lawan tapi pasukan kita juga tak kurang hebatnya. Walaupun bolos dengan 1  jaringan, tapi pemain kita dapat mengejar dengan baik walaupun ada sedikit kepincangan yang dilihat dalam permainan. Terima kasih Asrarudin Putra Omar sebab dah menyamakan jaringan dengan pasukan Garuda.

Setelah terikat 1 sama, akhirnya tendangan penalti menjadi penentu kepada kemenangan Malaysia. Huh...cemas gileeee..sampai kecut perut nak tengok..ada masa sampai tak sanggup nak tatap tv tu, siap tutup-tutup mata tu ( serius cam taik..igt tgk cite antu ke? )..

KFCM dah sah-sah jadi wira Malaysia kan sebab berjaya tepis tendangan pemain Indo..Cerita-cerita peribadi tolak tepi, fokus pada permainan. Baddrol Bahtiar melengkapkan kemenangan pasukan kita dengan tendangannya yang agak mendebarkan. Sangat hebat.




..Sekali lagi, TAHNIAH HARIMAU MUDA, teruskan ngauman..

..TAKZIAH GARUDA, belajarlah untuk terbang lebih tinggi setelah patah sayapnya

Kataku : Malaysia Tetap Di Hatiku

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA

Akhirnya Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas bagi sukan bola sepak Sukan SEA 2011.

Tahniah kepada para pemain dan tahniah jugak kepada Khairul Fahmi Che Mat..

Engkaulah wira Malaysia...

Kataku : Huh....taknak kutuk Indonesia..biar dia sedar diri sendiri...

MAS vs INA

Malam ni satu lagi debaran akan terasa bagi peminat-peminat bola sepak negara.
Malaysia akan bertemu dengan Indonesia sekali lagi bagi memburu kilauan emas di Sukan SEA XXVI.

Perlawanan yang akan berlangsung jam 8.30 malam ini pasti memberikan gerak permainan yang sengit dan sedikit ancaman atas keghairahan penyokong-penyokong tuan rumah di Stadium Bung Karno, Jakarta.

Jom beramai-ramai kita sokong pasukan Malaysia dan bertindak rasional dengan tidak membuat penghinaan kepada pihak lawan.

Selamat Maju Jaya Malaysia.

Malaysia Pasti Boleh !!!!!!!


Kataku : Kerana sukan, negara boleh bergaduh..

BEST WOO JALAN KAKI

World Walking Day 2011 anjuran Nestle dah berlangsung kat Pusat Rekreasi Air, Presint 6 Putrajaya pada 20 November 2011 ( Ahad ).

Awal-awal pagi lagi, Pusat Rekreasi Air dah dipenuhi dengan para peserta yang rata-rata datang dari Putrajaya dan juga sekitar Lembah Kelang. Aku datang dalam jam 7.00 pagi dan berkumpul dengan kawan-kawan. Nasib baik khemah ambik baju tak ramai orang, so dengan tersenyum lebarnya dapat aku melangkah bangga ambik baju saiz L berwarna hijau dari kaunter.

Majlis bermula pukul 8.00 pagi. Sebelum acara berlangsung, peserta-peserta berkumpul untuk buat warm up dan selepas itu, kami semua dilepaskan untuk berjalan kaki. 5000 langkah disasarkan daripada permulaan langkah sampai penghabisan langkah. Jalan beramai-ramai ni sebenarnya tak memenatkan langsung. Pelbagai kaum dapat dilihat, secara tiba-tiba terfikirkan semangat 1 MALAYSIA...hehehheeh..

Group kitorang sampai ke garisan penamat dalam pukul 9.00 pagi. Habis je acara berjalan, terus terpa ke gerai-gerai Nestle yang menyediakan sarapan pagi bijirin (2x ambik), Milo (4 cawan aku ambik), Nesvita ( 1 cawan je ) dan jugak Maggie (1 mangkuk). Sambil-sambil menunggu cabutan bertuah, sambil tu lah mulut mengunyah.

Majlis berakhir pukul 10.00 pagi selepas selesainya cabutan bertuah.

Boleh disimpulkan yang acara ni adalah satu acara yang sangat menarik untuk disertai oleh seisi keluarga. Tahun depan sure aku akan join lagi..

 yang 3 orang lagi tu dtg semata-mata ambik baju..tak aci langsung


 WWD - World Walking Day

 tengah ushar tempat sebelum buat aksi tak senonoh

 semangat macam ni lah yang kita nak kan..


 abang kuda dan kuda yang sentiasa menjadi perhatian


3 orang gadis yang sama-sama berjalan .. linda, fatin, diyana

Kataku : Berjalan untuk jantung yang sihat


FFM DAH HABIS

Sangat mengantuk bila tengok live FFM 24 nih. Mungkin pengisiannya agak tidak mesra walaupun pengacara tidak menjemukan. Aku tak nak cerita pasal pemenang sebab esok akan keluar kat paper senarai pemenang malam ni.

Cuma nak ucap tahniah kepada pemenang terutamanya filem Merong Maha Wangsa dan KL Gangster dah kaut banyak anugerah pada malam ni.

Jujurnya aku tak pernah tengok Merong Maha Wangsa sampai habis. Serius membosankan, tapi mungkin dari aspek teknikal, filem ini mempunyai banyak kelebihan. Hahaha so kepada pengarah-pengarah dan produser semua, banyakkanlah buat filem guna teknologi terkini macam CGI tu semua. InsyaAllah boleh menang festival filem akan datang.

Kepada pihak penganjur ( walaupun dorang tak baca blog ni ), tahun-tahun akan datang tolonglah cari artis-artis yang terkenal untuk membuat persembahan supaya majlis lebih mengujakan. Lagi satu, rasanya tak perlulah sertakan penari-penari yang macam menyemakkan pentas.. Menyampah gila tengok penari-penari dengan kostum yang entah apa-apa.

Tadi pun sempat tengok Red Carpet sebelum majlis bermula. Bukan beriya nak tengok artis, cuma nak rasai sendiri pengalaman tengok Red Carpet. Sambil-sambil tu dapatlah jugak snap gambar artis-artis yang ada.

 Didie Alias & Ariel AF..rambut Didie dah macam lalang

 ter"snap" gambar Amanda Imani plak..seksi ke tak dia malam ni?

 Tan Sri Dato' Jins Shamsudin..anak bujang dia copy paste muka dia

 Liyana Jasmay sangat comel..baju cantik

 Hye Maya Karin..macam anak dara walaupun sebenarnya janda

 Imuda & isteri

 Aziz M. Osman & isteri..pengarah yang sangat sempoi







 Dafi baik punyerrrr..buat persembahan  tapi biasa-biasa je

 Marsha gedik



 bakal primadona...Neealofa

 macam anak patung..Juliana Evans

 maaf la Zizan, gambar blur..ko xreti duduk diam

 aksi apakah yang kau buat tu Jimmy?

 Ana Rafali yang biru

 Arja Lee..ehemmm dalam botol

 penampilan Rizal dengan rambut macam tu nampak serabut

 sekali dia lentik...huh menggiurkan tapi dia xlah cantik sangat pun

 sekali dua si duda Zul ni bawak

 sape-sape tau ni siapa..dia berdiri kat situ, so aku ambik je la gambar

 korang teka ni sape? hahha ni lah Awal & Scha

 Remy Ishak ni nampak biasa-biasa je kat luar..Tiz  setia menemani

 Diana Danielle..sempat ambik dari belakang

 Lisdawati & Fauzi Nawawi..baju Lisdawati cantik..fullstop

 Eja..serius jelita wanita ni..

 Awie dan handphone..kebetulan dia berhenti depan aku

 Kamal Adli & Intan Ladyana..antara orang terakhir yang sampai

Kataku : Kebanyakan artis sangat hipokrit..dah mula kurang minat dengan beberapa artis