Percutian ke Phuket dah berakhir dengan selamat..Alhamdulillah dapat balik semula ke Malaysia..satu kesimpulan yang dapat aku katakan pasal Phuket..tempat maksiat yang sentiasa panas..giler panas..mengalahkan panas Malaysia..
nak buat kesimpulan dulu sebelum bercerita...hahhahh
Phuket cuma tempat hiburan semata-mata..tempat untuk enjoy dan menghabiskan masa dan sepanjang aku ada kat Phuket,kelibat orang melayu Malaysia sangat kurang..boleh dikatakan cuma 3,4 orang je..yang lain-lain tu mat saleh je yang ramai..
Phuket syurga maksiat...hahha bole ke aku tafsirkan macam tu? penuh dengan kelab dan bar serta show-show tak senonoh..
Shopping? sekadar souveniors tu bole la..untuk lain-lain tu, agak kurang..barang2 yang dah ada kat Malaysia je..
Makanan? bergantung pada tempat jugak..di Patong Beach tak sukar nak cari kedai makan halal..ada tu ada tapi tahap kehalalan tu tak sure sama ada 100% halal atau halal pada logo sahaja.. tawakal dan yakin je dengan apa yang ada..
Aktiviti banyak boleh dilakukan kat Phuket..paling utama of course aktiviti laut.. island hopping, canoe, snorkling, jemur tepi pantai dan jugak aktiviti-aktiviti pantai lain..
Selain tu, wajib buat adalah massage..macam-macam jenis massage yang ditawarkan..bagi yang hidup penuh kesosialan dan kesialan, boleh lepak-lepak kat kelab sambil tengok aksi pole dance...ish buat rosak iman jeh..
Banyak lagi aktiviti...dari segi kebudayaan, boleh tengok show Fantasea yang ohsem..stage besar...tarian yang cantik dan..........nanti aku cerita pasal Fantasea..sangat kagum dengan tempat nih.. Malaysia bila nak ada ?
Untuk entry seterusnya akan aku ceritakan secara lanjut aktiviti kat sana..
Chowww dulu..siapkan keje..
Kataku :
Balik Malaysia je, terus kena gi kelas..penat wooo
syurga maksiat ?? alamak, hilang melayang ilmu di dada mu fendi ... astaghfirullah alaziim .... hhhihihi jgn marah !!
ReplyDelete