Wednesday, March 27, 2013

PHUKET TRIP - 4

Aktiviti malam adalah tengok show FantaSea..nak dijadikan cerita, sepatutnya van FantaSea akan ambik kat hotel pukul 5.00 petang tapi..oleh sebab aktiviti kitorang lambat habis, so tertinggal van..yang ni memang kita maklum sebab agen dah bagitau..

Nasib baik agen ni sangat membantu, dia sediakan kereta dan dia hantar naik kereta sendiri tapi bayar sket la..bayar pun bayar la, asalkan dapat tengok show.. Harga tiket masuk adalah 1900bath termasuk sekali dengan buffet dinner. So, tak payah pikir nak makan kat mana.. dah siap semuanya.

Sampai kat FantaSea dalam pukul 8.00 mlm, terus bagi kod nombor kat kaunter untuk dapatkan tiket..so, penjaga kaunter akan mintak kita isi form sket..isi nama dan jugak nama hotel then tiket akan dikeluarkan..dia tanya juga negara asal sebab kat tiket nanti dia akan print dalam bahasa Malaysia.. teruja, sangat international..

Bergambar2 dulu kat luar sebab bila dah masuk dalam auditorium tu, kamera dan juga perakam2 sume tak boleh bawak masuk..

Kitorang terjah gi dinner dulu..masuk kawasan tu macam blur jap sebab tak tau kedudukan restoran..bila cari, jumpa jugak akhirnya..tak susah nak cari pun sebenarnya.. dari jauh dah nampak restoran dan jugak bangunan show tu..teruja sangat2 sebab memang mengagumkan aku sebagai pelancong luar..

Nak masuk dalam restoran kena tunjuk tiket dulu, then dia akan tanya sama ada muslim or not..so, dia akan tulis nombor meja kat tiket dan dibenarkan masuk..ada area untuk makanan halal..so, jangan risau..





Makanan biasa2 macam kat hotel biasa..tak ada yang special tapi puas hati makan sebab berbaloi dengan bayaran dengan ruang makan yang selesa dan paling penting tak sesak..


Habis makan terus gerak tinjau2 keadaan kat luar..kawasan gelap dan bermandikan cahaya lampu sahaja..pencahayaan sangat menarik dan membuatkan kawasan tu sangat sempurna pada mata aku.




Nak tau show apa yang dipersembahkan?

Hahaha..hasil dari pengalaman kawan2 yang pernah pegi, dorang kata memang rugi kalau ter"miss" show ni..


Masuk dalam hall, kena cari tempat duduk dulu dan ada petugas yang akan membantu..so jangan risau kalau tak jumpa seat..


Bila show bermula.......


Pentas besar..props perfect..rasa macam dalam hutan..


Persembahan tarian bermula..ala2 persembahan pengenalan..mempamerkan budaya negara Thailand dengan liuk lentok dan gemalainya.. tergamam kejap..gittuh..


aku dah tak ingat dah turutan persembahan, tapi ada persembahan silap mata yang amat best dan kelakar, ada persembahan akrobatik dalam gelap..yang ni memang aku tak janga..bila hall dipadamkan lampu, aku memang nampak ada benda bercahaya tergantung kat atas..aku ingatkan lampu ke hapa ke..rupanya penari2 akrobatik tu dah standby tergantung kat atas dengan baju bercahaya..seronok dan...dua jari jempol aku bg kat show dorang..


Dalam persembahan seterusnya ada kuar gajah..pastu ada terbang2..terbang pakai tali la kan, bukan terbang betul.. pastu ada satu show tu macam musim tuai padi, ada la props sawah padi bagai sume..ada couple ni duk nyanyi2 dalam bahasa siam, pastu ada kerbau kuar jalan berderet2 dari kanan pentas ke kiri pentas..ingatkan habis kat situ, tetiba pulak ada sekumpulan ayam berlari dalam barisan..bijak betul la ayam tu..tak cukup dengan ayam, kuar kambing pulak...


Paling terperanjat, kuar burung merpati terbang ikut barisan dan tak ada seekor pun yang tersasar..waktu tu memang audiens bertepuk tangan..kagum dengan haiwan2 tu semua, dan kredit pada trainers haiwan tu..hahhahah..memang best..


Persembahan lain tu, macam biasa...ada tarian..lakonan sikit..yang menjadikannya international tu bila mana dari segi props, lighting, gerak tari..persembahan gajah..of coz la gajah diketengahkan sebab tu simbol negara dorang..


So, kalau nak rasa sendiri kehebatan persembahan tu, datang sendiri ye..bayaran tiket memang la agak mahal tapi berbaloi jugak..sekali sekala tengok persembahan di negara orang, tak rugi kan? then terpikir jugak, Malaysia..bila nak buat persembahan or pusat kebudayaan yang hebat macam ni??..bukan nak memburukkan tapi kalau setakat Kampung Budaya Sarawak tu, memang jauh punggung dari pinggangku ini..


Show habis dalam pukul 11.00 malam dan van dah tunggu kat luar.. waktu balik ni, kena tengok tiket..tengok kat zon mana kita kena tunggu van..macam kitorang yang duduk kat Patong Beach ni kena tunggu kat Zon 1... bagus kan? siap datang ambik dan hantar balik..macam ni lah yang kita nak sebab tak perlu risau nak balik macam mana.. berbaloi2 dengan apa yang dah dilaburkan..


Sampai hotel, tak berakhir kat situ..ada tempat lain yang kitorang tuju..tempat mana tu?hahha rahsiaaaaa....





Kataku :
Van tersalah hantar balik sebab salah hotel...aku dah nampak hotel kitorang tapi aku senyap je..motip kan aku?

3 comments:

  1. bestnye...bila la js nk langkau border gak ni...hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..insyaAllah satu ari nnti kak JS mst smpi jgak..

    ReplyDelete