Tuesday, May 28, 2013

29 TAHUN - ANGKA YANG BESAR..SEBESAR DIRI AKU


Terima kasih ya Allah atas kurniaan umur dan pinjaman udaraMu kepada aku dan juga keizinanMu yang menghindarkan aku dari apa juga penyakit berbahaya.

Dalam usia 29 tahun ni, tiada apa yang aku harapkan, cuma rasa kesyukuran kepadaMu kerana melanjutkan usia aku.

Terima kasih jugak kepada mak yang dah melahirkan aku dan mendidik serta menjada aku dengan penuh kesabaran. Jugak kepada arwah abah yang berkongsi kasih sayang dia dengan mak sehingga terciptanya aku.

Bila usia semakin meningkat ni, tiada lagi sambutan besday yang over-over sampaikan aku rasa tarikh 25 Mei tu macam tarikh biasa je. Tapi jauh di sudut hati, aku sangat-sangat menghargai ucapan hari lahir dari keluarga dan jugak kawan-kawan.

Kepada geng-geng “teruna” yang lepak sama-sama kat Sunway Pyramid, sambil tengok movie Fast 6, aku sangat hargai korang.. moment best dalam usia menjengah 29 tahun..

Kepada yang belanja makan kat Subang, kepada yang belanja kek kat Serai Restaurant, Cyber jaya.. Thank you so much.
sambutan dengan kawan-kawan opis


 aku suka kek ni..spesis pavlova jugak la ni agaknya..yang ni Faisal banje kat Serai Restaurant, Cyberjaya
Kataku :
Hanya mendokan aku dipanjangkan usia dan mampu capai 30 tahun

2 comments:

  1. hepi besday AF..muda lagik usianya..akak js ni dh msk 4series dh...alhamdulillah atas kesihatan dan kurniaannya...semoga AF pun senantiasa dibawah lembayung rahmat Ilahi...insyaallah..

    ReplyDelete
  2. hehehhe..ala sya xmuda dah JS..dah brusia gak ni ha..TQ JS atas ucapan tu..n smoga JS n family jgak sntiasa dlm lindungan Allah..aminn

    ReplyDelete