Thursday, April 3, 2014

BERCUTI KOTA KINABALU : 27-30 MAC 2014 - KUNDASANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Second day di Kota Kinabalu - apa plan hari ini? bila dah ada kereta memang langkah semakin jauh. Harini plan nak seharian di Kundasang. Niat hati nak gerak awal pagi tapi bila pikir-pikir balik, kalau awal sangat nanti kena balik awal. So dalam pukul 8 pagi aku mulakan perjalanan dari bandar KK. Drive sorang-sorang ke Kundasang. Sebelum ni (masa 1st time datang), aku naik ke Kundasang bertemankan member. So taklah gerun sangat. Actually aku sangat confident nak jalan tanpa GPS tapi bila pikirkan balik, aku on kan jugak WAZE. Takut sesat dan merugikan masa je nanti.

Cara nak ke Kundasang - dari KK drive menghala ke UMS dan One Borneo. Drive sampai hujung dan akan jumpa simpang tiga dan ada traffic lite. Masuk kanan dan drive straight. Drive terus sahaja sampai jumpa simpang tiga lagi dan ada traffic lite. Masuk kiri. Kalau ke kanan kan masuk ke bandar KK semula. Ikut signbord Tamparuli dan teruskan memandu. Kita akan jumpa round bout yang kecik-kecik. Jangan takut, ambik pukul 12 sampailah jumpa 1 round bout yang ada signboard tunjuk Tamparuli dan Ranau pada pukul 3. Drive terus menerus dan follow signboard Kundasang dan Ranau. Naik sampai atas.

Bila dah mula mendaki, kita akan nampak kabus-kabus di kiri kanan. Sangat cantik. Sangat!!!! Aku cuma mampu menjeling-jeling je. Nak snap picture memang la tak dapat sebab aku drive kut. Kena lah fokus pada pemanduan, nak-nak lagi naik tempat mencabar macam tu.




First place yang aku singgah - Kinabalu Park. Kat sinilah pendaki-pendaki akan mula kan pendakian, tapi kena drive kereta naik sampai ke satu penghujung ada signboard SELAMAT MENDAKI. Tak sempat aku nak ambik gambar sebab tempat tu sempit. Kenderaan dah banyak park, so aku kena u-turn untuk turun semula. Ngeri jugak lah wei, tapi kena bawak dengan berhati-hati. Dalam turun tu, aku singgah jugak tempat-tempat menarik untuk bergambar. Aku jakun pada kabus-kabus tu sebenarnya. Gunung Kinabalu?? Tak nampak bayang pun sebab kabus tebal.




Puas berjalan kat dalam Kinabalu Park, aku drive naik ke atas lagi. Nak tengok kat mana Desa Cattle tapi malangnya aku dah terlepas drive ke Ranau. Niat nak terus ke Poring Spring tu tapi aku batalkan niat. Jenjalan jap kat pekan Ranau dan patah balik ke tujuan asal. Tempat tujuan adalah War Memorial Park dan Desa Cattle.

Direction - Kalau dari arah KK dan sampai ke Pekan Kundasang ni, akan jumpa rounbout besar dan akan nampak flyover kat sebelah kanan. Ambik pukul 9. Masa aku datang tu ada Pasar Tamu. Kalau kita dari arah Ranau, kita kena ambik pukul 3. Landmark kat situ kita akan nampak kedai-kedai kat tepi dan jugak KFC. Nanti bila dah masuk jalan tu, akan nampak War Memorial Park di sebelah kanan. Desa Cattle kena mendaki lagi ke atas bukit. So, mendaki lagi lah kita ye!!

Sebelum tu, aku singgah Pasar Tamu dulu. Beli epal. Maklum lah, bila dah berjalan ni, makan pun tak menentu. Aku banyakkan makan buah. Elok juga untuk pelawasan waktu bercuti ni kan. Harga sebiji epal RM1.00 sebab epal fresh. Aku tengok makanan memang sedap-sedap tapi aku tahan napsu sikit lah. At last aku cuma singgah kat sebuah restoran dan pekena nasi ayam saje.




Kataku:
Lepas ni cerita pasal War Memorial Park & Desa Cattle

No comments:

Post a Comment