Thursday, April 10, 2014

BERCUTI KOTA KINABALU : 27 - 30 MAC 2014 - AIR PANCUR PERDANA PARK & PASAR PAGI GAYA STREET

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Masa hari ketiga kat KK, aku dah rancang nak tengok air pancur kat Perdana Park, Tanjung Aru. Semua orang bercerita pasal persembahan ni kalau datang ke KK, aku pun tak nak melepaskan peluang yang ada.

Gigih sangat aku drive menghala ke Tanjung Aru. Tanjung Aru ni dekat dengan epot KKIA 2. Kalau dari arah KK, Perdana Park berada di sebelah kanan kita dan tengok signboard PERDANA PARK. Tempat tu macam-macam aktiviti boleh buat. Boleh berjogging, beriadah, ada taman permainan dan jugak kedai-kedai makan.


Berbalik pada persembahan air pancur tu, persembahan ada empat kali : Pukul 7.00 malam, 7.30 malam, 8.00 malam dan 8.30 malam. Setiap persembahan ambil masa 10 minit. Aku tengok yang pukul 7.00 malam. Niat nak tunggu lagi, nak tengok persembahan pukul 7.30 malam. Kira nak repeat la tengok air tu kan, tapi bila dah badan rasa melengas, ketiak dah masham, so aku balik hotel untuk berehat. Gambar-gambar air pancur macam kat bawah ni tapi sayangnya kualiti gambar out :-






Cerita keesokan harinya - hari keempat di KK (masa untuk membungkus baju-bajuan).

Setiap pagi Ahad ada Pasar Pagi di Gaya Street. Aku tak nak lepaskan peluang walaupun pasar itu adalah sekadar pasar. Eh pasar kat tempat orang tak sama kut dengan pasar kat tempat sendiri. Kat tempat sendiri pun aku jarang pergi pasar. Haha ko mampoo??


Macam-macam jualan yang ada. Dari makanan, pokok-pokok, cenderahati, baju-baju, hiasan sampailah pada haiwan-haiwan peliharaan.

Aku cuma beli baju t-shirt je. Tu pun sebab orang mintak belikan. Kemudian aku beli makanan untuk mengalas perut yang boroi. Best jugak bila dapat bangun pagi-pagi kemudian pusing-pusing kat Pasar Pagi.

Lepas pergi Pasar Pagi, aku jenjalan sekejap kat Segama Bay untuk menikmati keindahan laut di saat-saat terakhir di Kota Kinabalu.


Flight balik aku pukul 2.05 petang dan berakhir sudah percutian di Kota Kinabalu, Sabah untuk kali yang ke dua. Mungkin jugak ada yang ketiga, keempat dan kelima??

Kataku:
Sangat puas bercuti kali ni 

No comments:

Post a Comment