Wednesday, April 9, 2014

BERCUTI KOTA KINABALU : 27 - 30 MAC 2014 - PULAU MANUKAN & RUMAH TERBALIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Hari yang ke tiga di KK – perancangan hari ni nak pergi Pulau Manukan dan jugak Rumah Terbalik kat Tamparuli.


Aku bangun pagi dengan agak kemalasan. Macam iye tak iye je nak pergi ke pulau tapi oleh sebab aku dah tanam dari hati yang percutian kali ni mesti manfaat sepenuhnya, so aku menggagahkan diri jugak bangun dari tempat beradu.


Memandu je Jesselton Point dan beli tiket. Untuk makluman, kaunter tiket kat bangunan yang kaler oren tu ye. Dalam tu ada banyak kaunter-kaunter dan kita boleh survey harga untuk dapatkan mana yang murah. Oleh sebab masa aku sampai tu masih dikira pagi, so masih tak ramai orang dan bila aku nak beli tiket, orang kaunter mintak pergi kaunter lain sebab cuma aku sorang je yang baru nak beli. Harga tiket RM30 dan nanti bila dah sampai kat pulau, kena bayar lagi RM3.00 untuk caj di pulau. Tak tau apa motip nya. Mungkin caj untuk menjaga kebersihan pulau.





Sebenarnya dorang ada offer tiga pulau – Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamanuk. Oleh sebab orang kata Manukan tu cantik, so aku pergi Manukan je lah. Jimat duit sikit dari aku bazirkan duit pergi dua or tiga pulau kan.
Perjalanan naik bot tak lama sangat. Dalam 20 minit macam tu je lah. Yang bestnya dalam bot tu aku sorang je orang Malaysia. Tapi satu perkara yang agak menyedihkan aku bila kebersihan laut tak diambil berat oleh orang-orang yang ada di situ. Aku tak tau nak salahkan pelancong atau penduduk tapi kelihatan botol, plastik dan sampah-sampah banyak di atas laut.

Apa aktiviti kat pulau? Korang boleh mandi, boleh snorkelling dan boleh berkelah. Terpulang lah pada korang. Aku duduk-duduk tengok keindahan pantai je. Terasa rugi pulak sebab tak bawak baju spare. Ishh kalau tau pulau ni sangat best, sure aku bawak baju dan bermandi manda. Aku habiskan masa jalan-jalan kat tepi pantai. Matahari dah terik waktu tu. Tak tahan panas sangat. Aku balik semula ke Jesselton Point pukul 12.00 tengah hari. Bukan apa, aku memang dah rancang nak ke Rumah Terbalik kat Tamparuli. Tambah-tambah lagi, dah dua hari hujan lebat waktu petang. So, baik aku sediakan payung sebelum hujan!!!!

Rumah Terbalik ni terletak kat Tamparuli. Dah sehala jalan nak menuju ke Kundasang. Sepatutnya masa hari kedua aku pergi Kundasang tu boleh singgah sekali tapi oleh sebab aku ke Kundasang awal pagi, so Rumah Terbalik masih belum buka. Memang dah terpikir nak singgah waktu turun dari Kundasang, tapi nasib agak tak menyebelahi bila hujan turun lebat. So, nak tak nak kena jugak pergi pada hari ke tiga ni. Lepas balik dari Pulau Manukan, terus aku gerak ke sini. Untuk kali kedua lalu tempat yang sama, aku dah tak perlukan WAZE. Dengan berlagaknya aku dah boleh drive sendiri. Tapi kan, kena berjaga-jaga, jangan terlepas sebab Rumah Terbalik ni betul-betul tepi jalan.
Bayaran masuk adalah RM10.00 untuk seorang dewasa. Parking tak banyak. Aku park kereta tepi jalan je sebab aku tengok ramai je orang buat macam tu. Selesai beli tiket, kena beratur dulu sebab kita akan bergerak group by group.


Kita Cuma dibenarkan ambik gambar di luar rumah sahaja. Bila dah jejakkan kaki ke dalam rumah (bila pintu rumah dibuka), kamera dan seangkatan dengannya dilarang sama sekali digunakan. Dengan erti kata yang paling mudah ialah DILARANG MENGAMBIL GAMBAR DI DALAM RUMAH TERBALIK. Sadis kan? Kalau kantoi ambik gambar, sekeping gambar dicaj RM100.00 dan kalau video pulak, video akan disuruh padam serta merta. Masa nak masuk dalam rumah tu, kita akan dipandu oleh seorang jurupandu dan dia akan ceritakan serba sedikit berkenaan dengan Rumah Terbalik tu. Konon-kononnya kisah rumah terbalik tu bermula dengan kenakalan seorang budak sehingga menyebabkan rumah tu terbalik. Kalau korang pergi nanti korang layankan je lah cerita tu sebab cerita tu dongeng semata-mata.
Pandangan aku – Rumah Terbalik biasa-biasa saje.  Tiada apa yang menariknya pun. Cuma keunikan rumah tu je yang buat ia nampak istimewa. Oleh sebab dah sampai ke KK, tu yang pergi jugak. At least bila orang tanya, boleh aku kongsikan cerita. Bayaran RM10.00 pun macam tak berbaloi je. Rumah tu bukan besar mana pun.

Kataku:
Bolehlah daripada tak ada

No comments:

Post a Comment