Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Cerita
percutian ke Seoul, Korea ni dah lama aku tangguh. Bila nak menaip je, mula
rasa malas. Terus cancel. Dari tahun lepas kut, ni dah masuk 2014 dah. Dah
bulan April dah pun. Tapi aku sedaya upaya jugak nak masukkan cerita ni
walaupun aku dah lupa apa aktiviti yang kitorang buat masa kat sana.
Perjalanan - Penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Incheon International Airport mengambil masa 6 jam. Memang
dah tahap kematu buntut duduk kat seat AirAsia yang kecik tu. Demi excited
punya pasal, aku gagahkan jugak. Percutian selama 8 hari bermula 18 September
sampai 25 September 2013.
Perbelanjaan - Ok
aku cerita sikit pasal tiket penerbangan. Aku dah book awal dan total untuk
tiket ni dalam RM1200.00 termasuk dengan bagasi dan jugak meal. Kemudian,
kitorang gunakan tourist guide kat sana dan termasuk sekali dengan
pengangkutan, tiket masuk ke tempat-tempat berbayar dan jugak hotel penginapan.
Yang ini kitorang bayar RM1600.00. Untuk khidmat tourist guide, Cuma 5 hari je
kitorang ambik, 3 hari lagi kitorang buat style free and easy. Jalan sendiri
kat negara orang, memang best!!! Aku habiskan belanja makan dan shopping pulak
dalam anggaran RM1000.00 sahaja. Aku mention kat sini bukan sebab nak menunjuk
ye, just sebagai guide bagi sape-sape yang merancang nak bercuti ke sana nanti.
Ahli Rombongan – 4
orang je yang join percutian Pak Meon ni. Aku, Oii, Puan Kay (boss opis) dan
jugak member kepada Puan Kay. Aku panggil dia Umi. Jangan timbulkan spekulasi
ye. Dorang tu dah macam mak-mak kitorang je. Jangan pikir yang bukan-bukan!!!
Cuaca / Musim –
Kalau bab-bab musim ni aku agak tak pandai sangat tapi apa yang aku dipahamkan
masa sebelum pergi, musim di sana dah masuk autumn. Happy la konon sebab agak
sejuk-sejuk + daun-daun warna warni gitu tapi bila sampai sana rupanya cuacanya macam kat Malaysia
jugak. Panas-panas manja macam tu tapi ada masanya bila berangin, memang terasa
sejuknya. Hari terakhir kitorang kat sana, barulah terasa perubahan cuaca. Rugi
jugaklah sebab tak merasa musim yang berbeza dari negara sendiri.
Hotel – Hotel yang
kitorang inap nama nya Hotel EV Chain Parkside, Guro Dong. Bilik amat-amat selesa tapi memang dah jadi trend
kat negara sana bilamana bilik hotel yang tak berapa nak star ni, keluasan agak
terhad tapi dari segi kebersihan dan kepuashatian, memang aku bagi 5 bintang.
Kataku:
Cerita secara rawak
No comments:
Post a Comment