Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Masa untuk melihat tempat bersejarah - War Memorial Park. Bayaran masuk adalah RM2.00 untuk dewasa Malaysia. Jam dah pukul 11.00 pagi tapi kepanasan tu tahap membahang. Panasnya ya ampun!!! Mau terbakar kulit. Tempat ni kecik je, kalau sekali pusing memang sekejap je terasanya. So, aku pusing dua tiga kali sambil ambik gambar dan feeling-feeling macam tourist dari luar negara. Dengan suar pendek bagai, kau memang layak panas kat atas tu. Snap gambar sana sini. Bila dah ada monopod ni senang lah sikit. Selfie je memanjang. Rugi hidup kalau tak berselfie.
War Memorial Park ni macam tempat peringatan untuk tentera-tentera Australia yang pernah ada di Sabah masa satu ketika dulu. Aku bukan baca sangat info-info yang ada sebab tak tahan panas. Puas pusing, aku duduk rehat dan ambik masa sementara nak menunggu masa ke Desa Cattle.
Bila nak gerak ke Desa Cattle tu baru teringat kat satu tempat yang aku pernah pergi sebelum ni. Satu tempat yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan ada rumput-rumput hijau. Bila aku sampai kat tempat tu, nampaknya rezeki tak memihak pada aku. Kabus tebal, bayang gunung pun aku tak nampak, so aku patah balik dan tuju ke Desa Cattle. Yihaa aku suka sangat dengan suasana kat atas ni. Sangat New Zealand. New Zealand di Malaysia!!!! Bayaran masuk RM4.00 untuk dewasa Malaysia.
Apa je aktiviti yang boleh buat kat sini? Pertama sekali mestilah boleh melihat keindahan alam semulajadi yang menghijau. Kalau berpeluang boleh tengok gunung Kinabalu tapi macam aku cakap, time aku datang kabus tebal. Lepas tu boleh tengok lembu-lembu New Zealand yang bagak-bagak tu. Nak tengok kat New Zealand aku tak mampu kan, so bila dah ada peluang macam ni, jangan lepaskan peluang yang ada. Kemudian, boleh bagi makan kat anak-anak lembu dan anak-anak kambing dengan bayaran RM1.00. Boleh jugak tengok proses perah susu guna mesin. Proses ni bermula pukul 2.30 petang. Ada juga jualan fresh milk, sosej, wafer dan jugak eskrem kat sini. Harga berpatutan.
Apa yang penting aku cadangkan beli fresh milk kat sini bagi sape-sape yang suka minum susu. Aku beli yang berperisa coklat dan beli kotak yang besar. Dalam kereta je aku perabiskan sekotak susu tu. Kebulur sangat kut aku time tu. Untuk pendapat aku, aku sangat puas hati berada kat Desa Cattle ni walaupun tak banyak aktiviti yang boleh kita buat, tapi at least kita bangga la jugak bila kat Malaysia ni pun ada suasana yang macam kat obersi.
Langit dah mulai gelap. Kabus sekali lagi bergerak laju menutup pemandangan yang cantik tu. Aku kena cepat turun sebab dah petang. Tak kan aku nak duduk kat atas gunung ni sampai malam kan? Hujan dah turun dan pemanduan turun sangat mencabar. Dengan permukaan jalan yang licin, keadaan jalan yang sedia bengkang bengkok dan naik turun bukit ditambah lagi dengan kabus yang menebal. Aku baca doa, baca ayat kursi, mengucap, baca selawat dan focus sahaja pada pemanduan. Satu pengalaman baharu untuk diri aku tapi pengalaman ini sangat menyeronokkan.
Akhirnya, dengan penuh berhati-hati aku selamat sampai ke bawah dan hujan masih lebat. Hajat nak singgah Rumah Terbalik terpaksa aku batalkan, boleh pergi pada hari ke tiga je nanti. Aku sampai bawah dalam pukul 5 lebih dan keadaan jalan dah jammed sebab orang dah balik kerja. Lewat jugak aku sampai ke hotel. Kaki dan badan aku dah sakit semua. Lenguh-lenguh rasa. So malam nya aku hanya mampu rehat saje kat bilik.
Kataku:
Story Pulau Manukan selepas ini
No comments:
Post a Comment