Monday, April 14, 2014

BERCUTI SEOUL, KOREA : 18 - 25 SEPTEMBER 2013 - TEMPLE & GYEONGBUKGUNG PALACE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pengembaraan di negara Korea pun bermula. Untuk permulaan, kitorang cuma buat city tour je. Sesi pengenalan katanya kan? Baru nak kenal-kenal dengan tempat orang. So, kitorang disertakan dengan tourist guide. Awal pagi dalam pukul 8.00 pagi tourist guide dah tunggu depan hotel dan bawak berkumpul untuk teruskan perjalanan. Grup kitorang ni bercampur sekali lah dengan mat-mat saleh dan minah-minah saleh, ditambah dengan minah Jepun.




Temple - Aku tak tau langsung apa nama temple yang jadi tempat pertama kitorang singgah ni. First reaksi aku adalah "hah? temple? what the hell bawak kitorang datang sini".. Aku cuma kagum dengan senibina dan kecantikan temple tu sebab bercorak dan colourful. Kat sini ada satu pokok besar yang konon-kononnya pokok jodoh. Sape-sape yang pegang pokok tu dan berdoa akan dipercepatkan jodoh. Aku buat jugak tapi tak sampai-sampai pun jodohnya.. nampak sangat menipukan? Memang lah menipu !!!







Waktu percutian kitorang ni, penganut Buddha tengah sambut perayaan dorang, so kat temple ni penuh dengan orang sebab ada upacara keagamaan. Aku cuma jengah-jengah macam tu je lah. Eh, harus ke aku nak excited kat temple? So, kitorang jenjalan kat luar je sementara nak isi masa yang ada.






Tempat pertama ni tak mengujakan aku langsung sebab banyak dongeng daripada realiti berkaitan dengan tempat ni (matilah aku kalau ada orang mengadu pada orang Korea).

 yang tengah tu Filipino..katanya kerja kat US.. transit kat Korea sementara nak tunggu flight ke Filipina..balik kampung katanya

 yang ni (free hair)  tourist guide kitorang..kadang2 aku paham, kadang2 aku tak paham apa dia cakap

walaupun tak suka tapi sempat ambik gambar sekeping dua..alah, utk kenangan je lah


Gyeongbukgung Palace - Ok, aku bukan pencinta sejarah, tapi kenapa perlu bawak aku pergi tempat-tempat sejarah macam ni?? Untuk sedapkan hati, aku layankan aje. Gyeongbukgung Palace adalah salah satu istana lama yang termasyur kat Korea Selatan. Ha, kalau kita masuk ke istana ni, ada persembahan changing guard. Semuanya dia buat betul-betul macam upacara yang betul. Dari segi pakaian, pergerakan dan jugak muzik dorang. So kita boleh saksikan dengan mata kepala kita sendiri macam mana keadaan atau istiadat yang dilakukan apabila tiba waktu pertukaran shift (betul ke?).




kalau korang tengok dekat-dekat, muka dorang sepesen je tau dan tak semena-mena aku gerun tengok..eh drama sgt ko ni!!!

Kitorang dibawak tengok-tengok senibina dan sejarah yang ada dalam istana ni. Istana ni besar nak mati. Dengan cuaca panas, dengan kasut yang tak sesuai, hambik kau!! Kalau boleh aku nak duduk tepi tembok sambil melayan perasaan je tapi semua tu angan-angan saje. Kena bergerak dalam satu group. Budak skolah tadikan sangat kan? Kalau nak tau sejarah pasal istana ni, boleh google sendiri dalam internet. Malas nak taip. Jomlah layankan gambar sebab aku dah lupa apa yang best kat sini.








Dalam istana ni lah berlaku kes kehilangan dua orang kakak dari Malaysia dan orang tu adalah partner kitorang. Hahhaha!! Mau gelabah aku nak mencari Pn.Kay dengan Umi dalam istana yang luas ni?? Yang jadi masalahnya, handphone tak boleh pakai sebab tak roaming. Aku buat-buat busy mencari ke hulu ke hilir. Geng-geng group lain dah buat-buat muka dan bebel-bebel. Eh relaks la kan? (ayat nak sedapkan hati). Last-last memang tak jumpa dorang dan dorang ditinggalkan. Yesss!!!!

amoi ni dah risau sebab boss dia suh jaga kitorang elok-elok..ayat dia "i will die..i will die" eh lantak ko lah, kubur ko bukan sama dengan aku pun


 nampak tak aku mencari mangsa yang hilang sambil berlenggang kangkung?


 tengah sibuk mencari mangsa hilang, nampak angle ni cantik..wajib lah berhenti jap ambik gambar

 menggaru-garu kepala aku..memang mencabar nak mencari orang kat tempat besar macam ni

ko nampak amoi tu? sibuk desak-desak suh giatkan pencarian..ish3..kalau aku jahat memang dah kena r**** dah tu

Habis dah cerita pasal permainan mencari orang hilang, kita teruskan dengan cerita percutian ni. Kiranya kat kawasan istana ni boleh dibahagikan dalam dua bahagian. Bahagian depan ni singgahsana dan bahagian belakang tu macam taman-taman dan bilik-bilik beradu. Tak dengar sangat apa amoi tu cakap sebab aku kat bahagian belakang dan tambah-tambah lagi aku memang tak minat nak dengar apa dia cakap. Degil sangat orang Malaysia ni kan?








 aku belanja selfie..sila muntah

Kataku :
Cepatlah habis cerita pasal istana ni..bosan!!!

No comments:

Post a Comment