Thursday, April 17, 2014

MELANCONG SECARA SOLO - YA ATAU TIDAK??

Melancong secara solo? Ada yang kata ya dan ada yang kata tidak. Bagi aku, solo atau berdua atau berkumpulan, takde aku kisah. Pengalaman pertama bercuti secara solo ke Kota Kinabalu sangat-sangat menyeronokkan. Terpulang pada diri sendiri. Berani atau tidak? Bajet atau tidak? Ada positif dan ada negatif, tapi bagi aku akan ada percutian secara solo untuk diri aku sendiri. Berikut adalah apa yang akan kita alami apabila bercuti sendirian :-


Cintai diri sendiri
Melancong sendirian akan membuatkan anda semakin menyukai rakan perjalanan anda iaitu diri sendiri. Setiap saat sangat tepat untuk mengenal diri sendiri secara lebih mendalam.

Apabila rasa cinta terhadap diri sendiri itu semakin kuat, anda pastinya punya kekuatan untuk terus me­ngembara sendirian dengan tenang, berani dan gembira.


Masanya menjadi egois

Ketika melancong sendiri, anda boleh memutuskan segala-galanya mengikut kemahuan anda tanpa harus berkompromi dengan orang lain.

Tidak akan ada yang melarang anda untuk ke mana saja yang anda inginkan seperti ke muzium, galeri seni atau hanya sekadar menikmati hiburan malam.

Ini perkara paling berharga yang akan membuatkan perjalanan anda penuh kebebasan.


Percaya diri

Kunci utama melancong sendirian adalah percaya kepada diri sendiri. Jika keliru arah mana mahu dituju dan ingin melihat peta serta buku panduan, cari tempat yang tidak terlalu menonjol


Waspada terhadap bahaya

Bahaya boleh datang di mana saja walaupun ketika di rumah. Statistik menunjukkan hanya sedikit pe­ngembara yang terkena insiden serius. Namun, sikap waspada tetap diperlukan untuk menghindari bahaya terutama ketika bercuti sendirian.


Luangkan masa untuk makan di luar

Idea untuk menikmati makan malam sendirian mungkin mengerikan bagi sesetengah orang.

Namun, meluangkan masa untuk makan malam ketika melancong sendirian juga punya kebaikan kerana boleh fokus terhadap makanan yang anda sedang nikmati sambil sibuk dengan fikiran sendiri.

Makan malam sendiri juga mung­kin boleh mempertemukan anda dengan rakan baru yang sama-sama melancong sendirian atau secara berkumpulan.


Jangan terlalu sibuk dengan media sosial

Kini, media sosial menjadi sebahagian daripada aktiviti seharian masyarakat. Saat melancong sendirian, tahanlah sikit keinginan untuk berkongsi segala cerita mengenai perjalanan solo anda di media sosial.

Fokuskan perhatian pada keadaan di sekitar anda dan nikmati suasananya. Ini membolehkan lebih banyak cerita apabila pulang nanti.


Lebih mahal dan lebih berharga

Melancong sendirian mungkin memerlukan perbelanjaan lebih mahal. Tidak ada teman untuk berkongsi bayaran penginapan atau makanan.

Namun, kesenangan yang diperoleh dengan memiliki masa sendiri tanpa harus berkompromi de­ngan orang lain adalah lebih berharga dibandingkan jumlah wang.

 bercuti solo memang memerlukan monopod..kalau tak sape nak ambikkan gambar kita??

Kataku:
Cubalah walau sekali dalam hidup..memang seronok!!

No comments:

Post a Comment