Wednesday, March 25, 2015

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : PERMULAAN

Assalamualaikum..

20 Mac 2015 (Jumaat)

Jam 6.15 pagi aku dah gerak dari rumah selepas selesai Subuh. Risau sangat kalau terlepas flight. Cukuplah sekali pengalaman mengejar flight masa bercuti ke Miri dulu. Memang seboleh2nya biar pengalaman tu sekali saje seumur hidup. Flight aku ke Bali jam 9.20 pagi. Difikir2kan rasa macam terlalu awal, tapi jangan diikutkan kata hati sangat, takut nanti menyesal. Kali ni, penerbangan aku adalah dengan menaiki Malindo Air.

Dari rumah Salak Tinggi aku naik motor ke ERL Salak Tinggi. Park motor kat situ untuk 4 malam dengan bayaran RM1.00 sekali masuk. Naik ERL ke KLIA 2 dengan tambang RM3.20. Hanya sebagai bagpackers, sebiji beg galas je yang aku bawak dan beg isi laptop. Orang bujangkan, tak payah nak pikirkan baju-baju yang perlu dibawa. Mana yang selesa dan tak memberatkan, itulah yang aku bawak.







Sampai-sampai je kat KLIA 2, terus aku tuju ke kaunter check in dengan niat selepas check in nak terus pergi breakfast. Masa nak check in tu, petugas di kaunter kata ada masalah untuk check in. Oh tidak !!! aku dah berderau darah. Rupanya, selepas 10 Mac, setiap penerbangan ke Indonesia akan dikenakan caj tambahan (katanya airport tax) sebanyak RM58. Dah le dalam wallet cuma ada RM50 saje. Nak tak nak terpaksa lah pergi tukar duit dulu sebab duit RM dah tukar ke RP. Hahha eksited sangat kan nak jejakkan kaki ke sana.

Ini adalah first experince aku naik Malindo Air. Selama ni loyal sangat dengan Air Asia kan, jadi try ubah angin pulak. Actually not bad lah Malindo Air ni.


Flight Attandent dia semua wanita ye, tak ada lelaki. So, wanita-wanita sekalian jangan berangan nak cuci mata tengok steward-steward sado. Memang tak akan ada.



Yang ini paling aku suka. Ruangan kaki luas. Jadi, aku sangat selesa sepanjang 3 jam perjalanan. Tak adalah rasa lenguh-lenguh lutut macam naik Air Asia tu. Mintak maap Tony Fernandez.. Terkutuk pulak.


Makanan yang disediakan cumalah biskut nanas dan satu cup mineral water. Macam Firefly jugak. Boleh la, daripada tak ada. Kalau nak makan sedap-sedap, kena lah beli sendiri.


Tidak lah bosan penerbangan bila disediakan skrin macam ni. Walau pun hiburan yang disediakan biasa-biasa je, tapi seronok juga melayan daripada aku membuta tak tentu hala tu kan. Aku memula tak tahu nak melayan cerita apa. Jadinya aku layankan Just For Laugh, kemudian bukak Glee pulak. Last-last layankan Ada Apa Dengan Cinta. Menengok AADC di awan biru uolls. Feeling dia lebih sikit. Yang tak bestnya, lagi beberapa minit nak habis, kapal nak mendarat dah. Skrin automatik switch off.



Aku dapat seat 20F, tepi tingkap. Happy banget. Tapi bila tengok seat, rupanya dapat kat sayap. Sengaja je Malindo Air ni, banyak-banyak seat, kat sayap jugak diletak nya aku. Nak lihat view tu agak terbatas. Cuaca sangat ok. Alhamdulillah..




Abam duduk sensorang sebab tak ramai penumpang yang nak pergi Bali. Abam berkawan dengan lion yang kat luar tu je. Itu saje yang mampu dipandang. Sedihnya, lion tu tak sudi nak pandang abam.

Oleh sebab penerbangan sangat smooth, maka kitorang landing tepat pada masanya. Pukul 12.20 tengahari dah sampai di Airport Ngurah Rai, Denpasar. Waktu di Malaysia dan Bali adalah sama. Jangan memandai nak ubah-ubah waktu.

Airport Ngurah Rai sangat cantik dan besar tapi aku tak explore lebih-lebih. Katanya ini airport yang dah direnovate. Memang layak airport ini dibuat cantik-cantik. Memang jadi tumpuan pelancong satu dunia.

Peringatan : Jangan lupa untuk isi form Arrival dan form perakuan kastam. Kalau AA, dia bagi siap-siap dalam flight. Bila naik Malindo Air ni, kena isi kat airport.

Dari Airport aku ambik teksi untuk ke tempat menginap. Beli di kaunter tiket. Awal-awal lagi dah dimaklumkan yang jalan banyak ditutup sebab petang nanti akan ada pertunjukan Ogoh-Ogoh di merata-rata tempat. Tambang juga dinaikkan sebab kena cari jalan alternatif lain. Senang betul kau buat duit kan?? Caj tambang adalah RP140,000(RM40.60). Sangat mahal bagi aku.



Aku sampai dah tengahari Jumaat. Yang muslim dah siap-siap nak ke masjid. Aku??? Alamak kantoi..

Jalan nak menghala ke tempat penginapan aku memang dah ditutup. Terpaksa turun di jalan besar dan menapak. Tak de hal lah nak menapak. Itu bukan masalah, yang menjadi masalah adalah di mana tempat penginapan aku tu? Kalau datang tempat orang, mulut jangan berat sangat. Kena rajin bertanya. Lepas bertanya dan rasa malas nak jalan, aku naik ojek iaitu motor teksi. Betul ke explanation aku tu? Hahha.. Dalam wallet memang tak ada duit kecik, pejamkan mata je lah aku bagi RP50,000 (RM14.50). Dah rezeki dia kan. Semoga Allah akan berikan rezeki berlimpat ganda untuk aku pulak.

Akhirnya sampai jugak ke tempat menginap. Waktu tu pukul 1.30 petang. Nasib baik dapat check in awal.

Aku book bilik melalui booking.com, harga murah je. Untuk 2 malam adalah RP440,000(RM127.60). Actually aku tak klasifikasikan tempat ni as a hotel. Dia lebih kepada chalet or homestay. Ada kolam renang tapi sayangnya aku tak pandai berenang. Lenkali saje lah mandi manda kat kolam renang. Malaysia pun ada kolam renang. Jangan nak jadi batak sangat.

Penginapan aku adalah di D' Kubu Daje, Jln Legian Bendesa.


Queen Bed. Puas aku golek-golek dan guling-guling sendirian


Lemari satu pintu. Jangan dipandang pada baju dan seluar yang digantung tu. Macam tu lah keadaannya bila pergi bercuti, asal boleh gantung.





Toilet besar. Aku berdiri di pintu, depan pintu sinki & cermin. Selesa jugak toiletnya.




Perbelanjaan yang dikeluarkan :

Parking Motor : RM1.00
Tambang ERL : RM3.20
Airport Tax KLIA2 : RM58.00
Teksi Airport Ke Legian : RM40.60
Ojek : RM14.50
Penginapan : RM127.60
Jumlah : RM244.90

Tiket Flight Beli Tahun Lepas : RM300.00

Nota kaki:
Tak sabar nak explore Bali

8 comments:

  1. bestnyerrr....... kalau ke bali lagi blh join nie...hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh.....tq 4 information. amat berguna utk aku ke bali pada 20-23.01.2016 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..enjoy your moment kat bali nanti..make sure pergi sume tempat yang menarik ye..percutian saya just untuk rehat2 je..tak banyak tempat pergi..

      Delete
    2. kalau ke uluwatu, transport mcm mana? ada no tel pak supir?....

      Delete
    3. di dalam entry berkaitan uluwatu ada saya letakkan no. pak supir.. awak boleh contact sukadana : 081 856 9435 .. emel:gwisnawa@yahoo.co.id

      Delete
    4. saya gunakan servis dia sbb dia agak friendly dan suka bagi info berkaitan tempat2 yang kita pergi. Dia juga boleh berbahasa English.

      Delete