Wednesday, December 14, 2016

FENDIxIPOH | MERONDA-RONDA SEKITAR BANDAR IPOH PART II

Assalamualaikum,

Bersambung Part II..

Dalam kunjungan aku kali ni, memang rasa lebih puas hati sebab dapat menyelesaikan misi mencari 7 lukisan mural yang popular di Ipoh. 6 lukisan aku jumpa masa hari pertama dan 1 lagi lukisan aku jumpa masa hari ke dua.

Kalau betul-betul nak meronda dalam setengah hari sahaja dah boleh selesai. Yang jadi lama tu bila singgah sana dan singgah sini.

 Hummingbird

 Bijih timah

 Paper plane

 A cup of coffee

Trishaw and black plastic bag


Girl

Aku google map kawasan sekitar, tapi tak faham baca map. Buta map betul aku ni. Akhirnya, aku ikut suka je berjalan keluar masuk lorong. Rasanya pusing-pusing tempat yang sama juga.


Cafe-cafe hipster. Tak sempat singgah sebab sibuk meronda.

Dapat juga cendol. Heaven betul dapat sedut cendol tengah-tengah panas.

Burung merpati mencari makan.

Jalan punya jalan, masuk pula di Concubine Lane. Kat sini ada jualan tepi-tepi jalan. Barang-barang yang dijual berbentuk souveniors dan juga makanan.







PLAN B AT KONG HENG

Seterusnya aku masuk ke kawasan Plan B sekadar untuk mengambil gambar sahaja. Of course kawasan Plan B ni jadi salah satu tumpuan dari pengunjung sebab landskap dia memang sangat-sangat superb. Kali ni, tak pekena ice ball sebab nak jimat duit. Lagipun, di ruang-ruang pejalan kaki tu ada buka booth jualan.

Oii dah whatsapp suruh tunggu depan hotel sebab kitorang nak ke majlis nikah member.






CHOKODOK RAGGAE HOUSE, IPOH

Selesai pernikahan Masirah dan pasangan, aku dan Oii lepak di Chokodok Raggae House, Ipoh. Lokasinya terletak di Jalan Sultan Idris Shah. Menu yang disediakan pelbagai juga. Ada nasi, ada menu-menu sampingan dan lain-lain.

Oleh sebab aku tak lunch siang tengah harinya tu, jadi aku orderlah nasi goreng. Kecewanya bila dibagitau yang hari ni takde menu untuk nasi goreng. Sebagai ganti, aku order set nasi putih dan asam pedas ayam. Nasib baik la menepati selera aku. Kira ok la juga taste asam pedas tu.

Menu-menunya seperti di atas.

 Taken by Iphone 6. Clear bak hang gambar dia.

Taken by action camera cap ayam serama. Suram-suram je hasilnya.



 Check in Chokodok Raggae House.

Makanan yang Oii order. Makanan aku belum sampai. Kebulur dah time ni, gigil-gigil tangan kaki.

Kat luar dah hujan. Memang dari masa sampai tu, dah renyai-renyai. So, lepak lama sikit kat kafe ni sementara nak tunggu hujan reda tapi sampai ke sudah hujan tak berhenti. Dekat-dekat pukul 8.00 malam, kitorang gerak balik. 

p/s : mmber bagitau yg bandar Ipoh ni kalau malam dah jadi macam bandar pencen.. takde apa dah hiburannya..

1 comment:

  1. wah bestnye kalau dpt selfie hahaaa

    ReplyDelete