Thursday, September 28, 2017

FENDIxINTERVIEW | KEPUTUSAN TEMUDUGA PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA

Assalamualaikum,

Keputusan untuk Program Pertukaran Belia Ke Korea Tahun 2017 dah keluar bermula 25 September 2017.

Dub dab dub dab.. drama lebih kan?

Buka link dan masukkan no. kad pengenalan..

Keputusannya?

TIDAK BERJAYA...

Hurmm..sedikit kecewa tapi rezeki Allah dah tentukan. Masih ramai lagi yang berikan paling baik untuk temuduga. Punah harapan nak ke Korea tahun ni.

Tahun depan nak cuba lagi ke?

Entahlah..mungkin tidak sebab tujuan mohon pun sekadar nak mencuba dan alami sendiri temuduga.

Kalau sesiapa nak cari rujukan interview, boleh tengok post sebelum ni tapi kena yakin bahawa rezeki Allah dah tetapkan untuk kita. Kita usaha, kalau dah tertulis yang rezeki tu bukan milik kita, makanya kena redha..

Ok bai.. nak buka website AirAsia nak cari tiket ke Korea. Keh3..

aksarafendi

No comments:

Post a Comment