Assalamualaikum...
Helloooo.. lama betul tak update blog. Selalu je buka tapi kesuntukan masa dan idea tak datang untuk aku bercerita dalam blog ni. Tapi, untuk kali ni aku nak share sikit percutian aku ke Bali pada 6 hingga 10 Oktober 2017 yang lepas. Dah 2 bulan, basi dah ye.
Penerbangan Ke Bali, Indonesia
Aku kan penumpang setia Air Asia. Walaupun orang cakap buruk pasal AA, aku tetap setia sebab so far aku takde masalah pun dengan AA ni. So, buat apa nak dengar cakap orang kan? Lagipun AA je yang abam mampu beli, nak naik MAS mahal pulak. Harga tiket pergi balik adalah RM400.00++. Beli bukan time promosi dan beli pun asing-asing. Beli tiket pergi dahulu, beberapa bulan lepas tu baru beli tiket balik. Kononnya nak dapatkan harga tambang murah untuk balik tu, sekali je ambik ko... harga dia mencanak-canak naik.
Percutian ni aku pergi dengan Oey tapi aku gerak sehari awal (Jumaat) sebab Oey tak dapat cuti. Takde hal la nak terbang sorang-sorang, asalkan pandai jaga diri.
Percutian ni aku pergi dengan Oey tapi aku gerak sehari awal (Jumaat) sebab Oey tak dapat cuti. Takde hal la nak terbang sorang-sorang, asalkan pandai jaga diri.
Dah sampai klia 2. Check in dulu.
Ini pun satu aktiviti wajib. Ambil gambar pasport dan juga gambar awan.
Tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali
Touch down di epot bali dalam jam 4.00 pm macam tu la. As usual, check imigresen dll. Untuk percutian ni, aku tak nak ambik teksi untuk ke hotel di Seminyak. Aku naik ojek rasanya lebih murah.
Keluar dari epot, kelam kabut sikit sebab cari convenience store untuk beli air mineral ke apa ke dengan tujuan nak pecahkan duit. Nasib la jumpa dan aku beli la jajan sikit untuk bekalan dalam bilik hotel nanti.
Masa nak mencari ojek pun berlaku drama untuk diri sendiri. Aku tak tahu hala mana nak dituju sebab macam lost. Aku cuba coolkan diri dan tanya orang tempatan cara nak cari ojek. Alhamdulillah, ada yang sudi membantu dan bagitau lokasi nak dapatkan ojek walaupun sebenarnya aku pergi ke tempat yang salah. Orang tunjuk tempat lain, aku tuju kat tempat lain. Apa-apa je lah asalkan yakin. Tu yang penting.
Tambang dari epot ke Seminyak lebih kurang RM20.00 dalam currency Malaysia.
Penginapan Di Seminyak, Bali
Aku pilih Casa Dasa Legian, Seminyak sebagai tempat penginapan untuk 3H 2M. 2H 1M lagi aku akan check in hotel di Kuta.
aksarafendi

Bilik menghadap bilik orang. Untungnya bilik depan takde orang.
Ada hair dryer. Memudahkan untuk aku keringkan rambut.
Flat screen tv. Puas hati.
Katil aku dah bersepah. Aku sengaja letak beg kat katil sebelah supaya tak kosong dan takde yang tumpang.
Jengah ke bawah, ada kolam tapi rasanya bukan kolam mandi.
Harga satu malam adalah RM80.00++. Bagi aku amat berbaloi sebab puas hati dengan kemudahan yang disediakan. Nak cari warung makan halal dan kedai-kedai serbaneka pun mudah.
Kalau nak ke Double Six Beach ambil masa 15 minit kalau berjalan kaki. Daripada penat jalan kaki, baik sewa motor. Sewa motor untuk sehari pun murah. Aku sewa skuter dari hotel. Harga sewaan motor sehari RM20.00 dan aku sewa pada hari kedua. Hari pertama ni, masa untuk aku survey tempat je.
aksarafendi
No comments:
Post a Comment