Thursday, June 1, 2017

FENDIxLANGKAWI | FAMILI TRIP KE LANGKAWI - DAY 2

Assalamualaikum,


16 Mei 2017 - Ikut perancangan, pagi ni nak sarapan di Nasi Dagang Pak Malau, kemudian terus ke Makam Mahsuri tapi malangnya kedai Nasi Dagang Pak Malau tutup atas alasan cuti kecemasan. Kitorang terus gerak ke Kuah. So, berubah rancangan. Breakfast di food court area Jetty Kuah tu, kemudian berjalan-jalan di Dataran Lang.

DATARAN LANG, KUAH

Inilah untungnya kalau bercuti time orang lain tengah bekerja. Cuma beberapa ketul orang je yang ada di Dataran Lang ni. Mak aku cakap dia kena bergambar kat sini, bukti dia dah sampai Langkawi.



Settle aktiviti bergambar di Dataran Lang, kitorang pergi mall yang dekat Kuah tu. Apa ntah namanya mall tu. Sebenarnya niat masuk mall sebab malas nak berpanas-panasan. Tapi bila masuk je, rasa macam takde apa pulak nak dibuat dalam mall tu. Nampak Brand Outlet, singgah kejap dan "ter"beli baju. Mak aku cari baju untuk anak buah. So, terbazir sikit duit kat mall walaupun KL berlambak je Brand Outlet.

KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP(HIG)

Masa untuk shopping. Awal-awal aku dah warning, membeli belah tu kena berpada-pada. Jangan sampai terlebih had bagasi. Kitorang nak beli coklat je. Barang lain memang takde dalam senarai.




Untuk hari ni, aku tengok-tengok harga dulu tapi akak dengan mak aku dah mulakan sesi memborong coklat. Aku buat relaks-relaks je dulu. Gituh.. Kalau dah masuk HIG ni memang rambang mata (untuk mereka yang hantu coklat). Memang pantang nampak, semua nak dimasukkan dalam bakul. Meronda di bahagian atas, tengok pinggan mangkuk. Tengok je, takde makna nak membeli.

LAKSA SEKOR, AIRPORT LANGKAWI

Lepas memborong coklat di Kompleks HIG, kitorang balik ke homestay sebab dah tengah hari. Boleh rehat-rehat sekejap. Nak keluar balik selepas Zuhur. Petangnya tu, kitorang pergi cari laksa yang terletak berdekatan airport Langkawi.

Ini adalah tempat wajib kalau bercuti ke Langkawi. Maksud aku, kalau kau jenis peminat laksa, boleh la ke sini. Sebenarnya kat sini bukan ada jual laksa je. Macam-macam jenis makanan ada. So, takde masalah nak cari makanan lain. Kitorang makan laksa dan pasembor. 

Sambil makan, boleh layan view laut dan juga kapal terbang landing. Syiok woo.. Tempat lepak yang best di Langkawi.





KOTA MAHSURI LANGKAWI



Lokasi seterusnya adalah Kota Mahsuri. Walaupun kitorang macam tak berapa nak pergi sangat Kota Mahsuri ni, tapi terpaksa juga pergi. Tak tahu sebab apa nak pergi. Bila dah siap park kereta semua, pergi ke kaunter tiket. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah RM12.00. Erkkk macam mahal je kan. Bila diskus balik, aku memang dah pernah masuk, so untuk kali ini kalau tak masuk pun takpe. Akak aku sorang tu pun dia kata dah pernah masuk dan tak nak masuk. Mak dan akak aku lagi sorang tak berapa minat benda-benda macam ni, so kitorang tak jadi masuk. 

So apa nak buat? Di hadapan Kota Mahsuri ada kedai-kedai jual baju-baju dan barang cenderahati, jadi mak cari baju untuk anak buah aku. Opcos la, berjalan ke mana-mana mesti mak akan belikan baju untuk cucu dia. Bosan dah kat sini, terus berdesup ke tempat seterusnya.

BERAS TERBAKAR

Sebelum-sebelum ni, bila datang Langkawi dan singgah ke Beras Terbakar, aku memang tak pernah minat nak tengok apa benda beras terbakar tu. Untuk kali ini, aku nak tahu juga apa rupa beras terbakar tu kan.

Wahhhh banyak kedai-kedai cenderahati juga kat sini. Nasib baik tak terikut nafsu nak membeli, jadi kitorang sekadar lalu je kedai-kedai tu semua walaupun peniaga-peniaga dah memanggil-manggil untuk tengok-tengok barang yang dijual.



Kena paksa baca sejarah Beras Terbakar

Kain batik jawa kat sini cantik-cantik coraknya. Mak dah belek-belek tapi dia tak cakap pulak nak beli.

MINYAK GAMAT NUSANTARA


Orang kata kalau dah sampai Langkawi, kena singgah mana-mana kilang gamat untuk tengok sendiri macam mana minyak gamat tu dimasak. Ok la, kitorang singgah Minyak Gamat Nusantara. Memang ada nak beli minyak gamat dan minyak panas. Kilang minyak gamat ni dibuka sehingga jam 6.00 petang. Kitorang sampai dalam jam 5.00 petang, jadi masih berkesempatan nak tengok minyak gamat yang sedang dimasak.



PANTAI KOK

Bila petang, kitorang mesti tak tahu nak ke mana sebab mak kan tak berapa minat pantai-pantai ni semua tapi kitorang bawak juga ke pantai. Terus je pergi Pantai Kok untuk ambil angin petang. Nasib baik mak ok je dan layan anak-anak dia ni.





Puas dah bergambar-gambar, kitorang balik ke homestay sebab hari dah lewat petang. Malamnya, kitorang dinner di restoran berhampiran Pantai Cenang.

aksarafendi

No comments:

Post a Comment