Tuesday, December 26, 2017

FENDIxBALI | HARI KEDUA : PANTAI KUTA & LEGIAN

Assalamualaikum...

Double Six Beach, Seminyak

Double Six Beach merupakan salah satu port paling best untuk tengok sunset. Oleh sebab semalam aku sampai hotel dan petang (nak masuk Maghrib sbb sana gelap awal), jadi aku tak berkesempatan nak meneroka pantai. Rasanya bila dah terlepas peluang semalam, memang tak berkesempatan dah nak tengok sunset kat Double Six Beach sebab jadual dah penuh.

Hari ni Oey akan sampai dari KL. Pandai-pandai dia nak cari hotel macam mana. Katanya dia nak naik ojek juga walaupun aku dah cadangkan untuk dia naik teksi saje.

 Hotel yang aku inap di sebelah kanan. Kena jalan sikit dan terlindung balik bangunan kedai.




Kalau dah namanya Bali, memang glamour dengan aktiviti laut, apa lagi kalau bukan surfing. Banyak je orang offer untuk belajar surfing tapi aku tolak baik-baik. 

Aku jalan-jalan je kat pantai. Ambik angin laut dan juga ambik vitamin dari cahaya matahari.

Legian Beach & Kuta Beach, Bali

Dah puas berjalan di Double Six Beach, gerak ke Legian Beach & Kuta Beach. Pantai Legian, Seminyak dan Kuta bersebelahan je. Kalau rajin boleh je lari-lari atau berjalan dari hujung pantai ke hujung pantai. Kira berjogging la kan pagi-pagi tapi aku pemalas.


Mercu tanda di Pantai Kuta. Pelancong suka ke Pantai Kuta sebab ada Hard Rock.

 Suka betul aku tengok gambar ni. Sambil-sambil main air, aku snap-snap. Terhasillah gambar seperti ini.

Sebenarnya aku cuma tengok-tengok kawasan kat area sini je. Kemudian, aku bawak motor ke jalan area Legian. Tak buat apa pun kat Legian, saje berjalan tengok kedai.

 Apa yang syiok kat Legian ni? Takde apa sangat pun benda yang menyeronokkan. Banyak kedai jual souveniors. Masa kat sini, aku disapa oleh seorang penjual baju. Macam paksa-paksa aku beli pulak. Aku cakap taknak dan buat tak tahu, terus jalan dengan penuh kekwat.


 Tau tak ni apa? Ini adalah memorial pengeboman di Bali. Banyak pelancong asing yang terkorban dalam insiden ni. Doa banyak-banyak supaya tiada kejadian buruk sepanjang berada kat Bali.

aksarafendi

No comments:

Post a Comment