Lama sungguh aku tinggalkan cerita percutian ke Bali. Tergantung terus memori-memorinya. Aku kena abadikan dalam blog ni. Untuk kenangan-kenangan masa tengah kebosanan.
HUJAN & PERANCANGAN KE ULUWATU
Selepas aku ke Legian & Kuta, hujan turun. Mulanya renyai-renyai, jadi aku rasa masih boleh kalau nak ronda-ronda. Makin lama makin lebat, aku kena balik ke bilik juga sementara nak tunggu Oey sampai dari airport. Aku dah siap-siap bagi location hotel dan nombor bilik.
Hujan di tengahari. Oey dah sampai dengan muka bengang. Mengomel sebab katanya kena tipu dengan ojek. Lantak hang la. Aku melayan perut lapar. Dah tengahari, perut kebulur, hujan pula. Krikkrikkrik dalam bilik tunggu hujan teduh tapi tengok pada keadaan, macam tak akan berhenti.
Kami putuskan pergi lepak mana-mana mall yang ada. Singgah satu mall ni dan makan Burger King sambil cari wifi free untuk google maps ke Uluwatu. Perjalanan dari Kuta ke Uluwatu ambil masa dalam sejam. Boleh la, dari takde apa nak buat petang-petang hari. Hujan pun dah berhenti tapi jalan raya masih basah.
Kami redah berpandukan google maps yang kami dah setkan. Sepanjang jalan hujan on off. Kami tetap gigih berhujan. Datang tempat orang, tak kan nak tidur dalam bilik saja kan? Masuk kampung, keluar kampung. Turun bukit, naik bukit. Akhirnya kami sampai di Uluwatu.
Bayaran masuk dah lupa berapa. Kain yang kena pakai untuk masuk tu pun dah basah. Pilih punya pilih tak jumpa yang elok. Ambil saja mana yang ada.
Ini pemandangan selepas hujan. Agak berkabus. Kalau waktu cerah, cantik betul.
Orang datang ke Uluwatu sebab nak tengok Kecak Dance. Sebenarnya itu tujuan kami ke sini tapi terlupa nak beli tiket show. Tak ada rezeki.
Himpunan manusia yang nak bergambar dengan background laut.
Kami meninjau kawasan. Mana spot cantik untuk bergambar. Di sini, tempat untuk cari ketenangan. Kalau yang jenis tak minat dengan alam semulajadi, sini bukan tempat anda.
Kain yang aku pakai tu basah. Bau pun busuk sikit. Tapi dah memang itu peraturan (sebab pakai short), kita kena hormat.
Sang mentari segan-segan nak tunjukkan diri. Bersembunyilah dulu wahai matahari, kami tak marah.
Kiri | Pura/Kuil untuk penganut Buddha.
Kanan | Kena double triple berhati-hati. Jalan licin.
aksarafendi
so sexy
ReplyDelete