Assalamualaikum...
Masuk hari ketiga. Kami gunakan perkhidmatan supir selama dua hari untuk bawa kami ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Bali. Bukan semua tempat kami akan pergi, mana-mana tempat yang terpilih dan satu arah.
Kalau ikutkan banyak tempat best di Bali. Kalau nak habiskan dalam tempoh empat hari memang tak sempat sebab perjalanan dari satu tempat ke satu tempat makan masa, ditambah dengan traffic jammed. Masa banyak terbuang dalam perjalanan sahaja.
Aku dah book siap-siap supir sebulan awal. Takut pulak kalau fully booked. Hasil dari risikan melalui google dan blog-blog orang Malaysia yang pernah ke Bali, kebanyakan mereka mencadangkan Pak Yanto sebab servisnya tiptop. Kalau nak booking boleh melalui whatsapp sahaja. Confirm Pak Yanto akan reply.
Pak Yanto : +6281236540997
Mula-mula aku listkan lokasi-lokasi pelancongan yang aku nak pergi tapi Pak Yanto kata tempat yang aku nak pergi tu laluannya bertentangan. Jadi, dia cadangkan itinerary dari dia sendiri. Menarik juga tempat yang dia cadangkan.
BARONG DANCE / TARIAN BARONGAN
Perhentian pertama kami ini sebenarnya tak termasuk dalam list. Tapi oleh sebab semalam tak dapat nak tengok tarian kecak, jadi kami singgah sini sebagai ganti.
Hasil dari pengalaman mereka yang pernah pergi tengok show ni, kebanyakan mereka kata bosan. Aku pun macam dah agak yang show ini agak bosan tapi nak juga tengok.
Macam biasa, beli tiket dulu. Kemudian masuk ke tempat show. Duduk paling depan sebab orang tak berapa nak ramai.
Hasil dari pengalaman mereka yang pernah pergi tengok show ni, kebanyakan mereka kata bosan. Aku pun macam dah agak yang show ini agak bosan tapi nak juga tengok.
Macam biasa, beli tiket dulu. Kemudian masuk ke tempat show. Duduk paling depan sebab orang tak berapa nak ramai.
Kiri | Penonton akan dibekalkan dengan summary show supaya lebih faham. Sebenarnya tak faham juga dengan jalan ceritanya.
Kanan | Barongan dah keluar. Macam singa, macam monyet. Layankan je lah.
Dua orang puteri menari-nari, turun dari kayangan.
Berlaku pertelingkahan antara si gemuk dan si kurus.
Macam-macam watak yang keluar.
Masa ni aku dah rasa bosan sebab hilang fokus. Tak dapat nak hadam apa cerita yang cuba disampaikan.
BERGERAK KE KERAJINAN BATIK, BALI
Lokasi seterusnya adalah Kintamani, tapi on the way tu kami singgah di kawasan perusahaan batik dan perhiasan-perhiasan berasaskan perak. Supir tanya kami sama ada nak singgah di mana-mana pusat pembuatan, tapi kami tak nak sebab tak berapa minat. Lagipun harganya mesti mahal gila.
Kami singgah di salah satu pusat batik. Pengunjung hanya dibenarkan mengambil gambar di bahagian pameran luar. Once dah masuk dalam outlet, tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
aksarafendi
Proses mencanting batik. Sama sahaja prosesnya macam di Malaysia.
Hasil batik.
Kiri | Mesin tenun
Kanan | Pencetak batik
Hasil batik di sini memang menarik. Macam-macam dijual di sini. Harga pun boleh tahan jugak. Di sini, aku belikan sehelai kain batik lepas untuk mak aku.
KINTAMANI
Lokasi seterusnya yang kami nak pergi adalah Kintamani. Pemandangan cantik kat sini. Kami singgah makan kat restoran dengan harga buffet. Agak mahal juga kan harga buffet untuk satu kepala dan aku tak ingat apa nama restoran tu. Boleh google saje sebab kebanyakan supir akan bawa pelancong singgah ke restoran ini.
Kiri | Pintu gerbang selamat jalan.
Kanan | Tiket parkir/masuk. Nak tengok view pun kena bayar tau. Tu belum masuk harga makan lagi.
Gunung Batur. Orang datang sini sebab nak tengok pemandangan ni je sambil makan.
Wajib abadikan sekeping gambar berlatarkan gunung. Dah kenyang time ni. Jalan-jalan kejap buang lemak.
Berbaloi ke singgah Kintamani ni?
Bagi aku, kalau setakat nak makan macam tak berbaloi sebab boleh dapat makanan yang lebih sedap lagi di warung-warung tepi jalan yang ada.
Kalau nak tengok view semata-mata, rasanya ok lah. Kalau ditanya sama ada aku nak ke Kintamani lagi ke tak, rasanya jawapan aku adalah tidak.
aksarafendi
pemandangan maybe priceless kan tapi tang makan memang membunuh rege nya dekat kintamani ni
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr.Wb
ReplyDeleteMohon ijin nak ikut promosi kat blog Tuan / Puan
Jom ke BALI?
Kami dari Maira Tours Bali menawarkan Bali private tour driver , pakej tour murah full day
Untuk selengkapnya sila Contact : Call/WhatsApp +6282235160518 Website : www.mairatours.com