Monday, September 24, 2018

FENDIxBALI | HARI KETIGA : AIR TERJUN TEGENUNGAN, KOPI LUWAK & TEGALLALANG

Assalamualaikum...

AIR TERJUN TEGENUNGAN

Masih lagi bercerita percutian di hari ketiga. Banyak tempat yang kami pergi. Singgah sekejap-sekejap saja. Cuaca pun tak menentu. Sekejap cerah, sekejap hujan.

Kami ke Air Terjun Tegenungan. Masa kami pergi, kawasan air terjun tidak dibenarkan mandi sebab air keruh. Mungkin sebab baru lepas hujan. 

Kalau pergi ke sini, stamina kena kuat sebab nak turun ke tempat air terjun, kena gunakan tangga. Bila nak naik tu, kena mendaki tangga. Boleh bayang kan?

 Selamat Datang Uolls..

Di kejauhan ku lihat air terjun








Pemandangan di air terjun memang mendamaikan. Kalau rajin, boleh saja panjat mana-mana batu untuk bergambar, tapi kena berhati-hati kalau musim hujan atau baru lepas hujan.

Dah sampai sini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar. Selagi boleh bergambar, kita belasah bergambar habis-habisan.

LADANG HERBA DAN KOPI LUWAK

Kopi luwak memang sangat popular di Bali, Indonesia. Tapi masih menjadi keraguan sama ada kopi luwak ini halal atau tidak?

Kami singgah di ladang herba dan kopi luwak untuk berehat sebentar sambil pekena teh herba dan kopi free. Bila datang mana-mana ladang herba macam ini, pengunjung akan diberikan teh dan kopi secara percuma sebagai tester.

Sedap kopi-kopi dan teh yang dihidangkan.

Tapi sebelum tu, staff ladang akan bawa dan perkenalkan pengunjung kepada pokok-pokok herba yang ada. Kemudian, baru dibawa melihat proses membuat kopi.

Minum kopi sambil pandang pokok-pokok. Bawah itu adalah ladang owner juga. Kopi belum sampai waktu ni tapi lalat banyak ya ampun.



 Kiri | Proses menumbuk dan mengayak kopi

Inilah dia luwak. Sejenis musang. 

TEGALLALANG

Tempat yang betul-betul aku nak pergi adalah Tegallalang iaitu kawasan sawah padi bukit. Orang kata kalau pergi Bali, wajib singgah ke Tegallalang. Ada juga orang kata, ada sawah padi lain yang lagi cantik compared to tempat ini. Tapi jauh lah tempatnya.

Nak masuk sini dikenakan bayaran juga, parkir pun dikenakan bayaran. Hurmmm duit saja kalau pergi ke sana sini.






 Naik turun naik turun sebab tak nak lepaskan sudut-sudut yang menarik.


Sempat buat baik ambikkan gambar pelancong lain.

Nasib kami baik sebab cuaca sedang elok. Tak hujan dan tak panas tapi bila dah naik turun bukit tu, memang berpeluh jugak. Kami tinggalkan sawah padi tegallalang dengan satu kepuasan.

aksarafendi

No comments:

Post a Comment