Tuesday, November 5, 2019

FENDIxBANDUNG | TERAS BINTANG - GLAMPING LAKESIDE - RANCA UPAS

Assalamualaikum

Hari ini kami sewa Supir. Mudah sikit kalau hendak ke tempat yang jauh-jauh. Lagipun, pagi ini kami check out hotel sebab petang nanti akan ke Lembang dan check in di sana pula.

Contact number Supir di Bandung : 
+62 823 1614 5638 (Cepir)

Supir ni kawan aku yang recommend kan sebab masa dia bercuti di Bandung, dia gunakan perkhidmatan yang sama dan dia sangat berpuas hati. Supir ambil kami di lobi hotel dan kami angkut semua luggage kami, sumbat dalam kereta. 

RANCABALI

Lokasi kami pada pagi ini adalah ke Rancabali. Ada beberapa tempat yang akan kami singgah. Antaranya adalah Teras Bintang dan juga Glamping Lakeside.

Tak ingat berapa harga untuk masuk ke tempat ni. Tapi ianya adalah secara pakej. Boleh pergi banyak tempat di dalam kawasan ini. 


Teras Bintang merupakan satu kawasan untuk melihat pemandangan sekitar. Kita boleh melepak di pelantar yang diperbuat daripada buluh dan bergambar. Bagi yang suka bergambar, kemudian upload di ig, ini merupakan salah satu lokasi yang sesuai. 




Aku rasa macam banyak je gambar yang aku tangkap guna kamera Oey tapi yang dia bagi aku cuma tiga keping sahaja. Mungkin gambar aku yang lain dah kena padam dengan Oey. Sedih...

Seterusnya kami ke Glamping Lakeside.


Di sinilah terdapatnya kapal besar ala-ala kapal titanic yang tersadai tepi tasik dan kapal itu sebenarnya adalah restoran. Kalau nak lepak-lepak order makanan pun boleh. Kalau tak nak pun tak apa. Boleh sahaja naik dan bergambar.


Untuk ke kapal tersebut, kena lalu jambatan gantung. Macam biasa, kalau naik jambatan gantung tak boleh naik ramai-ramai. Jadi, kena lepaskan sikit-sikit.



Kami ada bergambar dengan Supir tapi tak jumpa pulak gambarnya. Jadi, tepek gambar muka aku dengan Oey dulu lah.



Cuaca mendung dan berkabus. Risau juga kalau hujan lebat sebab risaukan ada kejadian tanah runtuh masa nak balik. Tapi Alhamdulillah, cuma renyai-renyai sahaja.


 Pemandangan tasik. Di persisir tasik ni boleh sewa rumah khemah. Kalau bermalam kat sini mesti lagi syiok.

Pemandangan yang diambil menghadap depan. Orang ramai. Nak cari port terbaik untuk bergambar memang agak susah.

Kalau turun ke bawah, ada gerai-gerai jualan makanan. Aku dengan Oey dan lapar. Kami cuba cari dan tengok-tengok apa yang menarik yang boleh isi perut. Tengah-tengah sejuk ni, perut memang cepat lapar.



 
Makan indomee tepi tasik memang nikmat. Tak cukup semangkuk mee, order lagi pisang goreng dan lain-lain. Makan selagi boleh makan uolls.

RANCA UPAS

Kami ke Ranca Upas sebab nak tengok rusa. Tengok dalam internet, tempat ni nampak menarik. Selain ada ladang rusa, Ranca Upas juga menyediakan tapak perkhemahan bersuasanakan hutan. Hutannya tu tak adalah hutan sangat.


Expectation aku tinggi, tapi bila depan mata? Tempatnya biasa biasa.


Kalau nak beri makan pada rusa, kena beli bakul berisi lobak. Rusa-rusa kat sini memang kuat makan. 






Jika tak mahu turun jejak ke tanah, pengunjung boleh beri makan kepada rusa dari pelantar sahaja. Rusa akan datang pada kita.

fendi.

No comments:

Post a Comment