Assalamualaikum...
Siapa suka hiking?
Aku acah-acah suka hiking untuk isi masa lapang. Itu pun naik bukit yang rendah-rendah sahaja. Kebiasaannya aku akan hiking di Bukit Melati, Nilai kalau berkelapangan hujung minggu.
Last week, aku hiking Bukit Batu Putih di Port Dickson. Selama dua tahun setengah aku study kat Poli PD, tak pernah terniat nak hiking. Baru kali ini terdetik-detik dan teringin-ingin nak mendaki sebab tengok blog orang lain yang dah berkesempatan naik.
Untuk hiking kali ini, aku bertemankan Oey dan Nija dan juga dua orang anak Nija.
Bukit Batu Putih ini terletak di Tanjung Tuan. Jadi, sebelum masuk dikenakan bayaran RM1.00 setiap seorang. Tanjung Tuan di berada di bawah pengurusan negeri Melaka. Di sinilah terletaknya rumah api Tanjung Tuan.
Bermula dari laluan masuk, kena mendaki atas jalan bertar.
Bila nampak papan tanda ini, naiklah tangga tu.
Bila nampak pemandangan macam ni, apa tindakan kau? Terus keluarkan handphone lah, snap snap snap. Tengah snap picture, peluh masuk mata.. Pedih..
Aku rasa Oey punya gambar je yang dia pegang board elok nampak tulisan.
Nija orang PD. Dia dah biasa naik Bukit Batu Putih. Aku dengan Oey je yang teruja..Heeee...
Puncak Bukit Batu Putih tak berapa luas, jadi kena berhati-hati dan jaga keselamatan. Jangan sebab sibuk nak bergambar, sampai lupa keadaan sekeliling.
Langit terang, itu yang membuatkan gambar jadi cantik. Jadi, kalau hendak mendaki kena tengok pada cuaca. Sebenarnya paginya tu, masa aku whatsapp Nija, dia kata di PD tengah hujan. Waktu itu, rasa risau juga. Takut tak boleh nak mendaki tapi Alhamdulillah...Allah bagi cuaca yang panas untuk kami menikmati alam.
Tu dia..haus sangat Iman tu..
Aku sangat berpuas hati dengan sesi hiking kali ini. Kami berjaya sampai ke puncak !!!!! Padahal tidaklah tinggi mana pun kan.. Aku dah plan dengan Oey, kami akan datang lagi hiking tapi nak dapatkan suasana sunset pula. Plan kami pada Januari 2020. Masing-masing jadual dah penuh, rasanya Januari lah yang free kut.
fendi..
No comments:
Post a Comment