Friday, November 15, 2019

FENDIxKUCHING | HARI PERTAMA DARI KLIA KE KUCHING

Assalamualaikum...

Jangan ditanya kenapa aku memilih Kuching untuk percutian aku kali ini. Aku sendiri tak ada jawapan yang konkrit tentang pemilihan Kuching. Tapi apa yang pasti, masa mencari-cari tempat bercuti, aku terus terbayangkan Kuching.

Percutian bermula 09 November sehingga 12 November 2019. Tiket sudah dibeli pada bulan Ogos 2019. Itu pun beli secara berasingan. Beli tiket pergi dahulu, barulah beli tiket balik. Bajet tak berapa nak ada waktu tu. Itu sahajalah cara terbaik supaya tak terasa banyak sangat duit perlu dilaburkan. Heee...

09 November 2019 - Semua persiapan aku buat last minute. Baju-baju aku pack subuh hari sebab masih membuat pertimbangan nak bawak beg tarik atau bag pack sahaja. Kemudian berkira-kira nak bawa motor atau kereta ke ERL Salak Tinggi. Benda kecil macam tu pun menjadi complicated bagi aku. Mungkin mood bercuti aku tak berada pada tahap maksima, itu yang membuatkan aku banyak membanding-bandingkan tambahan lagi percutian ini adalah "me time" punya cuti atau senang cerita bercuti solo.

Jam 9.00 pagi, aku keluar rumah dah memilih menaiki kereta sebab aku bawa beg tarik. Parkir kereta di ruang terbuka ERL Salak Tinggi untuk 4 hari 3 malam. Aku naik ERL untuk ke KLIA 2. Sampai sahaja di KLIA2, aku terus check in di Kiosk sebab tak ada luggage yang nak di check in. Sementara nak tunggu boarding time, aku bersarapan dulu di Bibik Heritage. Sebenarnya di rumah aku dah breakfast awal pagi, tapi oleh sebab bosan tak ada apa nak buat, jadi aku lepak minum-minum dulu.

Bayaran Parkir Kereta (4H3M) = RM27.00
Tambang ERL Salak Tinggi - KLIA2 = RM4.90
Sarapan = RM11.30

"KLIA Transit ini menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sila berdiri di belakang garisan kuning".. Terngiang-ngiang kan announcement macam ni di setiap ERL Station.

 Chicken porridge dan teh tarik. Pasport tu acah-acah sahaja tapi memang gunakan pasport untuk cop imigresen.

Travel sorang-sorang, makan sorang-sorang. Forever alone betul lah.

Waktu penerbangan aku adalah jam 11.30 pagi. Masa untuk boarding dan tiba masanya, terbang meninggalkan semenanjung. Macam biasa, naik sahaja flight dan selepas tengok penerangan kecemasan, aku akan lelap.

1.20 petang - Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.  Melepasi pemeriksaan Imigresen dan terus mencari tandaassss.. Aku book Grab Car untuk ke tempat penginapan di Jalan Padungan. Kali ini, aku menginap di Rainforest Budget Stay. Nama macam menarik kan? Heee... kita tengok menarik ke tidak penginapan yang aku book ni. Masa dalam grab car, driver cakap nasib baik flight aku tiba selepas tengah hari sebab pagi tadi jalan tutup. Aku pun jenuh pikir kenapa jalan tutup pulak kan? Owhhh baru teringat yang hari ini adalah Maulidur Rasul. Jadi, ada perarakan dan majlis di Padang Merdeka, Kuching. Baru faham....

Tambang Grab Car = RM14.00

PENGINAPAN - RAINFOREST BUDGET STAY, JALAN PADUNGAN

Aku buat tempahan penginapan melalui booking.com sebab kebiasaannya booking.com akan tawarkan harga yang agak berpatutan. Kenapa aku memilih penginapan ini? Sebab harga yang ditawarkan mampu bayar dan aku perlukan bilik yang kecil dan berdekatan dengan waterfront.

Bayaran Penginapan 4H3M = RM154.30



Bilik adalah untuk single room dan bila aku masuk sahaja dalam bilik, hurmmmm...mood aku merudum. Kenapa dalam review, macam cantik sahaja biliknya? Tapi bila aku alami sendiri, indah khabar dari rupa. Tapi aku cuba positifkan diri, dah nama pun bajet stay kan, harganya murah. Tapi.....walaupun murah, janganlah nampak macam bilik kotai... Tahu apa tu kotai? Kotai tu rumah pekerja-pekerja asing di tapak construction. Aku review sikitlah pasal bilik penginapan aku ni.

Itulah hotel bajetnya, bukan yang cantik berlorek-lorek tu ye. yang itu Batik Boutique Hotel. Harga satu malam dalam RM200.00 ++.

Kelebihan - Dekat dengan waterfront, jalan kaki dalam 5-10 minit. Dekat dengan kedai-kedai serbaneka, lokasi di tepi jalan, dekat dengan kedai makan, kedudukan selamat sebab tempat laluan public. Dekat juga dengan UTC Kuching, jadi sesiapa yang sukakan seafood bolehlah dinner di TopSpot UTC Kuching. Dekat dengan Mekdi, berhampiran juga dengan Plaza Sarawak. Bertentangan dengan hotel ini juga ada dobi layan diri yang beroperasi 24 jam. Jalan Padungan ini merupakan kawasan Cina, jadi banyak restoran cina yang ada. Kemudian ada 21Bistro, pub/bar yang ada live band. Kalau malam-malam tak boleh tidur, boleh pergi layan live band. Wifi di hotel bajet ini pun not bad.

Kekurangan - Bilik terlalu simple, tv tiada channel sebab management belum tukar kepada siaran TV Digital (demmm aku senyum je bila receptionist bagitahu macam tu, tapi dalam hati terbakaaarrr). Walaupun bilik aku booking ini adalah no smoking room, tapi masih ada bau asap rokok. Mungkin kesan dari penginap sebelum ini yang merokok. Laluan masuk ke penginapan ada dua iaitu laluan hadapan dan belakang. Agak kurang secure sebab mudah orang akses. Maybe untuk kes-kes kebakaran, bagus sebab banyak laluan tapi kalau melibatkan kes jenayah, agak merbahaya. Bilik aku di bawah tangga (can u imagine?), jadi kerap dengar tapak kaki orang berjalan menaiki tangga. Jahanam betul hotel bajet macam ni kan?.. Selain itu, tombol pintu bilik aku pun tak berapa nak kukuh, sama juga dengan pintu. Kalau sekali tendang sahaja, pintu dah pecah. Aku cas handphone pun lambat betul nak fully charge padahal hp aku ni dalam 40 minit pun sepatutnya dah boleh penuh. Banyak betul complaint aku kan? Walaupun hotel bajet, tapi janganlah bajet sangat kemudahan yang disediakan. Kami perlukan keselesaan. Menyesal tak book Tune Hotel padahal harganya tidak terlalu jauh beza.

Pengajaran - Untuk masa akan datang, jangan kedekut nak spend money bagi penginapan.

fendi

No comments:

Post a Comment