Tuesday, November 19, 2019

FENDIxKUCHING | HARI KEDUA - KUBAH RIA PASAR SATOK

Assalamualaikum...

10 November, jam 5.00 pagi - Aku terjaga awal. Mungkin sebab malam tadi aku tidur awal sebab hujan. Lagipun kan, memang sudah menjadi rutin aku bangun awal, dengan masuk waktu Subuh pun awal. Jadi, memang berbaloi kalau aku bangun awal. Mandi, solat dan terus bersiap-siap. Jam 7.00 pagi, aku book Grab Car untuk ke Kubah Ria untuk menikmati suasana Pasar Satok yang hanya beroperasi pada hujung minggu.


"Medan Niaga ini merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA. Sebelum ini semua peniaga berniaga di Pasar Satok lama"

Waktu Operasi :

Sabtu : 
7.00 am - 10.00 am

Ahad : 
7.00 am - 12.00 pm

Tambang Grab dari Jalan Padungan - Kubah Ria, Petrajaya = RM8.00


Aktiviti aku pada pagi ini adalah berjalan-jalan di pasar. Kubah Ria menempatkan beberapa blok bangunan yang mengasing-asingkan gerai/jualan mengikut jenis. Jualan yang terdapat di sini adalah sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan lain-lain bahan mentah. Di kawasan luar pun ada pasar tani. Mungkin inilah pasar yang berpindah dari tapak lama. Pilihan memang banyak dan harganya pun agak murah. 

Jualan di pasar ini mengikut longgok dan juga ikat tapi orang sarawak tak panggil longgok. Orang panggil "tompok"..Unik kan?


 Satu tompok RM3.00. Katanya itu adalah cili.


 Pisang pun pandai memerli tau. Macam ditujukan kepada aku je.


 Belacan sarawak. Katanya belacan sarawak sedap.


Ikan masin.


Tujuan aku sebenarnya nak mencari kuih-muih orang Sarawak tapi macam hampa sahaja sebab tak banyak gerai yang menjual kuih-muih. Aku cuma jumpa satu gerai sahaja dan aku beli kuih dangai. Kuih-muih yang dijual kebanyakannya sama dengan kuih-muih di semenanjung. Selain itu, aku juga beli buah jambu air. Penjual kata buah jambu tu manis, tapi bila aku dah beli dan makan satu, hurmmmm tawar je rasanya.

 Sayur-sayuran.



Ikan bilis.

 Kiri | Pucuk paku kegemaran orang Sarawak. Panggilannya adalah midin.
Kanan | Banyak betul pilihan. Kalau bawak RM50.00 boleh penuh tangan kiri kanan.


Lemang ni memang nampak menarik tapi panjang. Kalau aku beli, siapa pulak nak habiskan? Jadi, aku cuma pandang dan blah..

Ada juga yang menjual kaktus. Beli kat semenanjung aja lah.


 Kiri | Pokok bunga Orkid
Kanan | Gerai menjual cenderamata dan hasil kraftangan bermotifkan Sarawak.


Deretan gerai menjual buah-buahan.


Aku rasa macam dah ber "round-round" aku memusing Kubah Ria ni. Kebanyakan jualannya adalah sama. Di sini juga terdapatnya food court. Jadi, kalau nak bersarapan, tak perlu susah-susah mencari. Segalanya ada di sini. Awal pagi dah ada mee kolok.

Gerai makannya di sini.

Aku order Nasi Goreng Dabai sebab memang dah lama aku teringin nak makan nasi goreng ni. Portion untuk satu pinggan agak banyak dan...... aku tak dapat habiskannya sebab rasa dah full perut. Ehhh tadipun aku dah makan kuih dangai yang aku beli di pasar. Mungkin itu juga salah satu faktor aku cepat kenyang.

Nampak macam sikit kan? Tapi sebenarnya banyak.. Percayalah yang aku cuma mampu habiskan separuh sahaja.

Tempat aku menunggu Grab Car untuk balik ke Waterfront Kuching.

Berhadapan Kubah Ria pun ada Kedai Kek Lapis Mira. Banyak betul cawangan dia..


Tambang Grab Car dari Kubah Ria - Plaza Merdeka = RM6.00
Buah Jambu Air = RM4.00
Kuih Dangai = RM2.00
Nasi Goreng Dabai + Teh O Panas = RM7.20

Pengajaran - Kalau sekadar nak tengok-tengok pasar, better tak payah pergi sebab tak berbaloi bayar duit Grab Car. Pasarnya sama sahaja macam di semenanjung.


fendi

No comments:

Post a Comment