Tuesday, November 19, 2019

FENDIxKUCHING | HARI KEDUA MUZIUM TEKSTIL - MUZIUM SARAWAK - MUZIUM SENI - MUZIUM SEJARAH SEMULAJADI - MUZIUM SEJARAH ISLAM

Assalamualaikum...

Aku minta pemandu Grab Car turunkan aku di Plaza Merdeka. Tujuan aku bukan untuk masuk ke dalam mall tapi aku nak berjalan di sekitar kawasan tu. Hari ini aku nak habiskan merayap dan masuk ke dalam muzium-muzium yang ada di bandaraya Kuching.

Padang Merdeka, Kuching. Di sinilah tempat berlangsungnya majlis-majlis rasmi peringkat nasional seperti Hari Malaysia. Tapi tahun ni, venue bertukar ke dalam stadium sebab jerebu.

Kiri | Plaza Merdeka Kuching. Berhampiran dengan Padang Merdeka.

Muzium Tekstil - Muzium pertama yang aku singgah. Bersebelah dengan Kuching Old Courthouse dan juga Plaza Merdeka. Mudah sahaja nak cari Muzium Tekstil ni. Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam muzium dan tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap pengunjung.

"Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Bukan sekadar pameran yang biasa, anda juga dapat melihat bagaimana tekstil ini dihasilkan dari benang hinggalah ia siap sebagai sehelai kain"

Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat : 
9.00 am - 4.00 pm

Sabtu-Ahad : 
10.00 am-4.00 pm

Alamat :
Jalan Tun Abang Haji Openg


Muzium ini memaparkan tekstil masyarakat yang tinggal di Sarawak. Contohnya adalah corak pua kumbu yang digunakan oleh kaum kaum Iban. Ianya mempunyai corak bermotifkan haiwan, manusia, roh, bangsawan mitos dan juga hal-hal berkaitan cuaca. Begitu juga dengan tenunan Melayu yang mana masyarakat Melayu menghasilkan kain songket corak pucuk rebung. 

Orang Sarawak juga terkenal dengan kemahiran mengayam manik. Manik-manik ini dijahit pada gentian nenas dan manik merupakan bahan pengimportan awal negeri Sarawak. Anyaman manik dijadikan hiasan kepala, pakaian, bekas dan juga alat kegunaan harian.


Selain itu juga, pada zaman dahulu orang Sarawak memakai kain yang diperbuat daripada kulit kayu. Pakaian ini merupakan pakaian terawal sebelum wujudnya idea/kemahiran menenum. Kain kayu dicat dengan warna dari kapur atau "darah naga".. Aku tak dapat tangkap apakah yang dimaksudkan dengan "darah naga".. 


Di ruangan atas muzium pula mempamerkan pakaian-pakaian yang digunakan bagi majlis-majlis perkahwinan. Aku tak dapat nak baca satu persatu fakta yang diberikan sebab kaki aku dah sakit. Sakit bukan sebab lenguh atau penat tapi disebabkan oleh kasut yang aku pakai. Kasut aku pakai tu keras.. Nanti kalau jumpa kedai selipar, aku nak beli selipar saja lah..



 Aku cuma ambik gambar di ruangan bawah sahaja.

Muzium Sarawak & Muzium Seni - Di Kuching sebenarnya banyak muzium yang boleh dilawati. Bukan sahaja kedudukannya yang sangat berdekatan, malah tidak dikenakan bayaran langsung. Benda boleh dapat yang free, buat apa nak bayar kan?? Heeee...

Aku sesat sebenarnya masa mencari Muzium Sarawak. Sepatutnya dari Muzium Tekstil ni, aku pergi jalan terus sahaja sepanjang Jalan Abang Haji Openg tapi aku melilau rentas Padang Merdeka sampai aku berpusing-pusing di tempat yang sama, kemudian masuk semula ke Little India dan juga Kuching Old Courthouse. Ya Allah...fed up aku dengan diri aku. Benda senang, kenapa susah sangat nak mencarinya??? Aku buka google maps dan berjalan berdasarkan panduan yang diberikan.

Akhirnya jumpa tempat yang aku cari. Salah kat aku sendirilah sebab salah jalan..

Bila aku sampai je, terus nampak papan tanda ni...



Muzium Sarawak dan Muzium Seni ditutup untuk kerja-kerja konservasi. Muzium Seni tu memang aku tahu sedang ditutup tapi tak tahu pulak yang Muzium Sarawak pun ditutup sama. Aku jalan jauh kut, sampai-sampai je nampak muzium ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Punah harapan, hancur kecewa...



"The Sarawak State Museum is the oldest museum in Borneo. It was founded in 1888 and opened in 1891 in a purpose-built building in Kuching, Sarawak"

Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat : 
9.00 am - 4.00 pm

Sabtu-Ahad : 
10.00 am-4.00 pm

(Mohon check dalam website sebab sekarang ni tengah ditutup)

Muzium Sejarah Semulajadi - Ada tiga buah muzium di kawasan yang sama iaitu Muzium Sarawak, Muzium Seni dan Muzium Sejarah Semulajadi. Cuma Muzium Sejarah Semulajadi sahaja yang dibuka untuk lawatan. Oleh sebab dah panas dan berpeluh, aku masuk juga ke dalam muzium ini. Nak tahu juga apa yang ada di dalamnya.

"Antara barangan yang dipamerkan adalah koleksi khas yang terdapat di Borneo seperti rangka mamalia, invertebrata, reptilia, burung, ikan dan kerang yang dipulihara. Peluang untuk melihat spesies yang mungkin pupus atau hampir pupus di muzium ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan"

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 
9.00 am - 4.45 pm

Sabtu, Ahad, Cuti Umum :
10.00 am - 4.00 pm

Bagi aku, kalau tak masuk ke muzium ini pun tak apa. Tak ada apa yang menarik tapi oleh sebab masuk adalah percuma, aku singgahlah juga.


Besar betul rama-rama.

Muzium Warisan Islam - Sebenarnya Muzium Warisan Islam tak termasuk dalam list muzium untuk dilawati tapi masa di Muzium Sejarah Semulajadi, staff  cadangkan pergi ke sini. Mungkin dorang kesian pada aku lah kan, datang jauh-jauh tapi muzium tutup. Heee..

 Dari Muzium Sejarah Semulajadi, aku cross bangunan cantik ni. Pak guard kata ni muzium lama yang direnovate. Entah lah..aku tak dapat info pasal bangunan ni tapi surely ini adalah muzium.

 Jumpa. Ini laluan belakang bangunan. Nampak spot elok macam ni, terus setting kamera hp lah.



 "The Islamic Museum presents a clear picture of the rich historical heritage and special culture of the Muslim community in Sarawak and throughout the Malay-Indonesian archipelago. The displays trace the connections of the development of Islam here with the rest of the world. The Islamic Museum building was first built for a school.  It was then known as the James Brooke Malay college.  Later it became known as the Maderasah Melayu Sarawak (1930).  In 1992, the Islamic Museum came into being"

Muzium ini dibahagi-bahagikan mengikut bahagian iaitu pakaian, ekonomi, seni, sejarah kedatangan Islam ke Sarawak dan beberapa bahagian lain. Banyak fakta dan maklumat yang boleh diperolehi di dalam muzium ni. Paling syok bila dapat tengok senarai masjid-masjid utama yang terdapat di Sarawak dan juga di Malaysia.

Muzium Cina - Muzium ini terletak di Jalan Main Bazaar dan berhampiran sangat dengan Kuching Waterfront. Nampak macam bangunan tinggal je, tapi rupanya ianya adalah muzium. Juga tidak dikenakan bayaran. Muzium ini memaparkan tentang sejarah kedatangan orang Cina, lifestyle masyarakat Cina, pendidikan dan senarai politician Cina yang pernah atau sedang berjasa kepada negara.

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat : 
9.00 am - 4.00 pm

Sabtu-Ahad : 
10.00 am-4.00 pm






Ini last muzium yang aku pergi. Aku dah penat dan tak larat. Semuanya kaki punya hal. Lain kali kena beli kasut yang selesa untuk berjalan jauh.

fendi...

No comments:

Post a Comment