Masjid Bandaraya Kuching - Oleh sebab aku sudah masukkan Masjid Bandaraya Kuching di dalam senarai untuk dilawati, jadi aku kena cari juga untuk aku tengok depan mata aku sendiri bagaimana rupa bentuk masjid ini. Aku dapat rasakan yang Masjid Bandaraya Kuching dah dekat-dekat dengan tempat aku berada sekarang tapi cuma aku tak nampak mana kedudukan masjid tu. Aku hampir putus asa juga disebabkan langit semakin gelap dan gerimis sudah semakin lebat. Jalan dan terus berjalan, akhirnya aku ternampak kubah masjid berwarna keemas-emasan di atas bukit di hujung bangunan kedai. Yeahhhh aku jumpa....
"Masjid Bandaraya Kuching adalah masjid pertama dan paling tua di Negeri Sarawak dan menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid ini dibina pada tahun 1847 oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama, iaitu Datu Patinggi Ali dan keluarganya"
Di kiri dan kanan laluan masuk ke arah masjid, terdapatnya tanah perkuburan. Kalau dari apa yang aku nampak, kebanyakan kubur adalah kubur-kubur lama sebab batu nisan diperbuat daripada kayu. Senang cerita, nampak klasik.
Kombinasi warna yang menarik. Pink dan emas.
Aku tak masuk ke bahagian dalam sebab aku nak balik segera ke Waterfront. Tambahan lagi tadi aku dah solat jamak Zuhur & Asar. Sebenarnya boleh sahaja nak tunggu waktu Maghrib, tapi aku gerak dahulu ke tempat seterusnya.
5.45 petang - Sejurus aku keluar dari kawasan masjid, hujan dah mencurah-curah turun. Aku lalu kawasan kaki kedai untuk mencari tempat berteduh. Ternampak pulak Elektra House. Aku tak tahu apa yang ada di Elektra House ini. Aku cuma nak tumpang berteduh je dahulu. Aku ingatkan hujan sekejap sahaja, rupanya semakin lama semakin lebat. Tadi masa perjalanan dari airport ke hotel penginapan memang driver grab ada bagitahu yang setiap petang akan hujan. Nasib aku tak berapa baik, tahun lepas masa bercuti di Kuching pun hujan lebat juga. Masa pergi Bandung bulan Mac lepas pun hujan juga.. Huarghhhh...
Tengah berteduh tu, boleh pulak ternampak signage ais krim bergula apong. Macam nak lari ke seberang je tapi tengah hujan lagi kan ni. Dah selesema dah ni, jangan sampai demam sudahlah.. tengok pada board gerai aiskrim tu, katanya dibuka dari jam 3.00 pm sehingga 5.00 am. Wowww tengah-tengah malam pun buka juga ke??
Kiri | Tokti ada temankan hujan-hujan ni.. Ada juga kawan.
Kanan | Ada mural di kawasan ni. Esok kita jelajah sini lagi ye.
6.45 petang - Masih lagi hujan tapi renyai-renyai. Kepala aku dah mula berdenyut-denyut, maybe sebab aku tak lunch. Last aku makan masa di KLIA2. Aku kena redah juga hujan ni. Aku singgah ke Plaza Merdeka untuk cari makan dan cari surau. Aku tak jumpa pulak suraunya. Cuma nampak signboard, mungkin surau dah ditukar tempat. Oleh sebab tak jumpa surau, jadi aku pergi cari food court untuk dinner. Kalau ikut itinerary aku ni, aku kena balik bilik dan berehat dan malam nanti baru keluar untuk dinner dan tengok Kuching Waterfront Musical Fountain. Dah alang-alang kat luar, baik terus merayap. Nanti malam terus balik bilik, mandi-mandi dan tidur..
Dinner aku malam ini adalah Nasi Ayam Penyet. Hurmmm tak ada rasa ayam penyet pun..nasinya keras, tak ada sup, ayam pun tawar sahaja. Syukur lah Fendi, kau masih ada rezeki untuk dinner...heee hujan masih lebat tak agaknya di luar??
Hujan masih renyai lagi. Berjalan kaki di bawah hujan, menikmati keindahan Waterfront di kala malam. Bangunan DUN Sarawak dan Jambatan Darul Hana sangat cantik dilimpahi dengan lampu berwarna-warni. Aku batalkan rancangan untuk menyaksikan musical fountain sebab hujan. Aku balik ke hotel penginapan melalui kaki lima kedai-kedai cenderahati. Sempat lagi aku rasa tester kek lapis, belinya tak jugak. Esok aku plan nak ke Kampung Boyan cari kek lapis di Dayang Salhah dan Kedai Kek Lapis Mira. Aku singgah juga kedai-kedai cenderahati, tengok-tengok pasu ukiran. Memang cantik tapi aku tak boleh beli lah. Leceh nak bawak balik ke Salak Tinggi.
Aku dah mula keletihan. Sampai di bilik, terus mandi, solat dan rehat. Terpaksa lepak di dalam bilik walaupun malam masih muda.. Malam memang masih muda tapi kalau dah hujan, tak ada maknanya yang muda-muda tu... Jomlah tidur...
fendi..
No comments:
Post a Comment