Assalamualaikum...
Walaupun merungut sakit kaki, tapi masih gigih berjalan jugak. Ingatkan nak balik bilik untuk berehat tapi rasa macam tak puas pulak. Ok, sambung jalan...
Mural Kuching - Mural di Kuching boleh tahan cantik juga. Daripada tak ada benda nak buat, marilah kita ber "mural hunting"..
Mural berdekatan dengan Elektra House...
Di Jalan Carpentar pun ada mural kucing macam kat bawah ni...
Jalan-jalan lagi, jumpa pulak mural di Wayang Street..
Yang ini mural di Majestic Riverside Hotel..Mungkin sempena Rainforest Music kut ni.
Di antara banyak-banyak mural, aku paling suka yang di Jalan India ni sebab nampak perpaduan di situ... Melayu dan Cina..
Yang ini pun cantik..
Kuching Old Courthouse - Eh..sekali lagi aku merayap di Kuching Old Courthouse. Suka betul aku ke sini eak.. Hahha sebenarnya takdak lah suka benor, cuma memang kerap sangat aku lalu kat sini.
Kanan | Suka betul aku tengok view Kuching Waterfront dari arah sini.
Verandah
Usaha TANGGA kejayaan
I Luv Kuching. Kau luv siapa pulak?.. Kalau malam, area sini ditutup sebab orang suka melepak sambil mabuk-mabuk.
Macam bangunan sekolah semasa zaman pemerintahan British.
Jalan India - Masa untuk mencari selipar. Kaki rasa macam dah hancur sangat dah ni..Heee drama lebih eak. Tak boleh tak, memang kena beli selipar. Bagi kaki bernafas sikit. Jalan India merupakan deretan kedai yang menjual pakaian. Ada juga kedai makan kat sini. Jalannya tak panjang tapi bangunannya berwarna warni. Macam di Bombay..
Kanan | Selipar sudah di kaki.. Perghh nikmat dunia betul lah..
Selipar pun dah dapat..Marilah kita pulang ke bilik dulu untuk berehat dan solat. Petang sikit baru keluar untuk misi seterusnya..
Selipar = RM15.00
Bersambung ke Bahagian 2.
fendi...
No comments:
Post a Comment