Saturday, November 16, 2019

FENDIxKUCHING | HARI PERTAMA - WATERFRONT KUCHING BAHAGIAN 1

Assalamualaikum...

4.00 petang - Aku memulakan misi berjalan-jalan. First tempat yang harus aku terokai adalah kawasan di Jalan Padungan itu sendiri. Jalan Padungan menempatkan deretan restoran Cina dan juga kedai-kedai kopi. Di sini juga terdapatnya hotel-hotel yang kelihatan menarik dari luaran. Sempat juga aku survey harga menginap untuk satu malam, ternyata harganya melepasi harga siling yang aku dah tetapkan. Heee..


Bajet Hotel MyPlace tu nampak menarik tapi bila google pengalaman orang yang pernah menginap, ceritanya lebih kurang macam yang aku sedang alami sahaja.

Padungan Hotel dan Hotel Longhouse. Katanya Hotel Longhouse tu baru siap renovasi.

Food court Cina. Bersebelahan dengan padang rugbi.

Tugu di Jalan Padungan. Kalau nampak tugu ini, maknanya anda berada di zon Jalan Padungan.

Dari Jalan Padungan, aku merentas jalan menuju ke Kuching Waterfront dan aku melalui UTC Kuching. UTC Kuching terletak bertentangan dengan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuching. Jadi, di UTC Kuching inilah terletaknya foodcourt yang jual seafood yang femes tu. Oleh sebab aku datang sendirian, aku tak bercadang nak makan di sini. Waktu operasi food court tu bermula petang sehingga malam.



Papan tanda parkir untuk ke Top Spot.

Bangunan di sebelah kanan tu adalah Pullman Hotel.

 Kiri | Hotel Hilton. Pernah menginap di sini untuk bertugas tahun 2017.
Kanan | Tune Hotel. Tahun lepas aku menginap di sini. Mudah sangat nak akses ke mana-mana.

Rumah Terbalik Kuching. Tak singgah sini.

Kuching Waterfront / Tebingan Kuching - Tak sah kan kalau pergi ke Kuching tapi tidak jejakkan kaki atau senang cerita, tak melepak-lepak berpeleseran di Waterfront Kuching / Tebingan Kuching. Di sini paling best kalau dapat melepak waktu petang atau malam hari. Apa je nak buat di Waterfront ni kan? Opcos lah bergambar... Tengok view, tengok bangunan dan perkampungan di seberang, tengok ragam orang dan tengok sampan-sampan menyeberang. 

 Kanan | Riverside Majestic Hotel.

Yang terbaharu di Kuching.

 Arca yang mengelirukan. Adakah ini ketam atau kucing atau umang-umang?

 Kampung Boyan di seberang sana. Esoklah baru kita pergi seberang.

 Bangunan DUN Sarawak. Melepak petang-petang ambil angin.

 Dah mendung. Adakah petang ini akan hujan?

Jambatan Darul Hana dari bawah.

 Sarawak Traditional Boat.

Sarawak River Cruise. Pelayaran mewah.. Heee tak adalah mewah pun, cuma mahal sikit lah kalau nak compared dengan Sarawak Traditional Boat tu.

Kuching Old Courthouse - Sambil lalu di Waterfront, sambil aku snap gambar. Oleh sebab hari dah mendung, aku ke Kuching Old Courthouse pula. Percutian aku sebelum ini memang aku ada singgah ke sini tapi tidak dapat gambaran apa yang ada di sini. Aku tengok sekali lagi apa yang ada sebab difahamkan yang katanya di sini ada kafe. Ye betul...memang ada kafe dan juga galeri. 

"The Old Court House was built in the late 19th century to serve as the city’s administrative centre. It now houses a cafe and bar, the excellent Ranee Museum and several venues for art and performance"



Taman di bahagian dalam.

 Kiri | Laluan utama masuk ke bangunan.
Kanan | Tugu James Brooke.

 Roots - The Den 

Commons.


Ranee Gallery. Siapa Ranee?? Pegilah google sendiri. Bayaran masuk adalah RM10.00.

Aku ni kononnya nak beramah mesra lah dengan RELA yang jaga parkir...

"Encik, nak tanya lah..kat sini cuma ada restoran je ke?"

Encik RELA tu pun jawab,

"Ha ah..ada kafe dan restoran. Kalau Encik nak ke bar, ada di bahagian belakang"..

krik..krik..krik...muka aku memang ada muka orang lepak bar ea??

Bangunan Steamship - Bangunan ini terletak di Waterfront dan di tepi Jalan Main Bazaar. Kalau dari Waterfront, bangunan Steamship terlindung dengan khemah besar warna putih.

"Previously the offices and warehouse of the Sarawak Steamship Company, the Sarawak Steamship Building on Kuching Waterfront was built in 1930. It now the home of the Kuching Waterfront Bazaar, with dozens of stalls selling a wide range of handicrafts and souvenirs"

Bangunan ini sekarang dijadikan restoran. Katanya ada gerai-gerai jualan souveniors, tapi bila aku tengok ke dalam bangunan, kosong je. Mungkin tak berapa laku kut gerai-gerai jualan sebelum ini.

 Pandangan dari arah Waterfront.

 Pandangan dari arah Jalan Main Bazaar.

The Square Tower -  Bangunan ini pun telah dijadikan kafe/restoran. Kedudukannya di tengah-tengah Waterfront, berhampiran dengan Jambatan Darul Hana.

"Bangunan ini berbentuk segi empat dan dibina pada tahun 1879. Pada mulanya bangunan ini dijadikan sebagai kem tahanan untuk banduan. The Square Tower kemudiannya ditukar menjadi kubu pertahanan. Malah, ia juga pernah juga digunakan sebagai dewan tarian oleh pemerintahan Brooke"




The Square Tower dan juga Bangunan DUN Sarawak



Masjid India - Jangan ingat di KL je ada Masjid India. Heee.. di Kuching pun ada juga dan merupakan antara tarikan terbaharu di bandar Kuching. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Aku singgah masjid untuk solat jamak. Sebenarnya aku nak cari Masjid Bandaraya Kuching, tapi langit dah semakin menggelap. Kiranya, kalau hujan turun, aku boleh berteduh sebentar di dalam masjid.




Selesai tunaikan solat, aku jengah di luar sekejap. Owhhhh masih belum hujan. Jadi ada peluang untuk aku bergerak lagi, tengok-tengok apa yang ada di kawasan sekitar. Rupa-rupanya....baru setapak dua tapak aku berjalan, hujan dah mula turun renyai-renyai. Aku redahkan sahaja. Tak boleh nak bermanja-manja sangat. Kita tengah mood bercuti ni..

 Dalam berjalan tu, terjumpa dengan kumpulan kucing yang sedang beraksi.

Dan juga mural ni..


Sambung ke Bahagian 2.

fendi..

No comments:

Post a Comment