Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Monday, April 11, 2016

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum...

Cerita ini adalah pada 03 April 2016

Ke Cameron Highlands lagi aku hari Ahad lepas (03 April 2016). Kisahnya bermula bila member aku si Yus ambil cuti seminggu. Katanya nak duduk rumah berehat selepas 5 bulan kerja tanpa cuti. Dalam sibuk cakap nak duduk rumah tu, diajaknya pula aku ke Cameron Highlands. 

Aku agak keberatan kalau nak mendaki ke Cameron Highlands tu balik hari. Letih badan dibuatnya. Tapi terpaksa juga ikutkan permintaan kawan. Lagipun dia kata dia nak drive dari sini sampai ke Cameron Highlands tu. 

Kitorang bertolak dari Putrajaya pukul 8.00 pagi. Aku dari Salak Tinggi keluar rumah pukul 7.00 pagi dan letak motor kat rumah Yus di Presint 14. Ingatkan sampai-sampai tu boleh lah terus gerak, eh time tu jugak dia baru nak check angin kereta, nak check air kereta. Hurmm aku dah agak mesti akan lambat ni.

Alhamdulillah.. jalan tak jem dan perjalanan kitorang lancar. Berhenti rehat sekejap di RnR Tapah. Isi perut dulu sebab kitorang tak nak susah-susah cari makan kat atas tu nanti.

Kitorang ikut laluan Tapah dan faham-faham saje lah, kalau ikut laluan ni kena banyak berhati-hati. Permukaan jalannya pun tak berapa elok. Sampai di Cameron Highlands dalam pukul 1.00 petang.

Kitorang tak dapat pergi banyak tempat sebab ada beberapa kawasan yang jem. Ingatkan jem sebab apa, rupanya sebab orang nak berhenti cari parking di beberapa gerai. Punca daripada itu je pun. Jadi, kami banyak habis masa dalam kereta je.

Tak banyak cerita yang dapat diceritakan sebab tempat yang kitorang pergi ni sama je dengan tempat masa aku bawa famili aku datang Cameron Highlands. Planning nak ke BOH Plantations Sungei Palas tu pun tergendala disebabkan oleh jem. Rezeki masih belum ada.

Actually lepas raya nanti aku dengan famili nak ke Cameron Highlands lagi. Kali ni nak stay satu malam. InsyaAllah kalau diberikan peluang dan rezeki, aku nak ke BOH Plantations Sungei Palas dan Kampung Taman Sedia. Kalau boleh nak ke Hutan Mossy tu sekali tapi kalau dah bawa mak aku, takde maknanya dia nak ikut masuk dalam hutan tu.


Pekan Ringlet, Cameron Highlands.

BHARAT TEA PLANTATIONS





 Merasa ais krim strawberry.So-so je rasa dia. Harganya RM1.60

Orang sangat ramai. Takde tempat duduk yang kosong.



LAVENDER GARDEN











"Our Life Cannot Be Always Full Of Happiness, But It Can Be Full OF Love"

Wednesday, September 23, 2015

JALAN JALAN | CAMERON HIGHLAND : BHARAT TEA PLANTATION

Assalamualaikum,

BHARAT TEA PLANTATION

Jangan ditanya Bharat Tea Plantation ni kat mana. Aku pun tak paham sangat lokasi-lokasi Tanah Rata tu kat mana, Brinchang tu kat mana. Hahhaha..maklumlah, baru kali kedua ke datang sini.

Selepas puas mencuci mata kat Lavender Garden tu, aku bawak famili ke Bharat Tea Plantation. Saje nak menghijaukan pandangan mata.

Gigihlah follow GPS untuk ke sini. Untuk makluman, WAZE aku dah uninstall dari HP sebab WAZE banyak bawa kesesatan jalan pada aku.

Kitorang singgah sini sebab nak tengok ladang teh. Biasanya tengok orang post kat FB je, jadi nak juga aku merasa pegang-pegang daun teh kan.








Kakak moks dah penat berjalan. Tengah duduk membelek gambar dalam HP pulak

 Teh Tarik & Lemon Tea. Order air sekadar buat syarat. Tujuan utama sebab nak tengok view.

Masa tengah duduk-duduk melepak, ada segerombolan budak-budak sekolah sampai. Nampak dorang turun ke ladang teh. Teruja sangat dorang.

Macam semut kalau tengok dari atas.

Akhirnya our turn untuk turun ke bawah dan merasai sendiri berada di tengah-tengah ladang teh :-


 Semangatnya mak aku ni. Jaga-jaga mak, mak tu sakit kaki.


 Tengok boleh, petik jangan.


Pekerja ladang teh.. Girls!! what are u doing there?? Turun sini..

 Tolong jaga kebersihan ladang.


Ni tandanya saya check in & saya check out.

Hari pun dah nak petang. Kaki pun dah sakit sebab kena mendaki tangga semula untuk naik ke atas. Masanya untuk kita pulang. Plan seterusnya nak ke MARDI tapi dah terlepas laluannya. Mak kata balik je lah sebab takut sampai rumah malam sangat.

Baliknya tu kitorang ikut laluan Tapah. Laluannya agak scary tapi bagi aku macam takde masalah je nak drive laluan macam tu sebab aku pernah drive sendirian naik Kundasang dan pernah juga drive naik dan turun Genting Highland.

Next time kalau nak datang lagi, aku nak stay satu malam dan nak ikut laluan Tapah sebab boleh tengok air terjun!!!!

Ok tamat sudah percutian di Cameron Highland. Next trip plisss!!!!

Nota kaki:
On the way turun tu boleh pulak kakak aku muntah.. Aiyakkk!!!




JALAN JALAN | CAMERON HIGHLAND : LAVENDER GARDEN

Assalamualaikum,

Seronoknya dapat bercuti lama sempena Hari Malaysia. Aku ambil cuti 14 & 15 September sebab mak dan kakak aku datang dari Johor. Terpaksa lah dorang naik bas sebab abang ipar tak cuti.

Sempat 5 hari melepas rindu pada mak. Sepanjang mak ada kat rumah, dapat lah bawa mak ke Nilai (tempat wajib pergi kalau dia datang sini), Kenanga Wholesale Centre (KWC) dan jugak Cameron Highland.

Actually Cameron Highland tu macam tak plan pun. Akak aku request nak pergi Cholmar Bukit Tinggi tapi oleh sebab tempat tu macam tak mesra sangat untuk mak-mak, so tukar plan ke Cameron Highland.

Ini pengalaman pertama aku drive sendiri ke Cameron Highland dan kali ke dua ke sana. Pertama kali pergi dulu pun sebab berkursus dan naik kereta jabatan. Selepas tu macam tak terfikir pun nak ke sana sehinggalah perjalanan yang kali ini.

Waktu pergi, aku lalu Simpang Pulai sebab ikut kata orang laluan ni lebih selesa dan jalan lebih cantik tapi masa yang diambil agak lama juga. Bayangkan aku gerak dari Salak Tinggi pukul 8.30 pagi, sampai ke Cameron Highland pukul 2.00 petang. Tambahan lagi percutian ini kitorang balik hari sahaja.

Rasa macam fed-up habis nak drive dengan laluan bengkang bengkok tu. Bila dah sampai tu barulah rasa lega dan bersemangat nak berjalan.

LAVENDER GARDEN

Aku dah listkan tempat-tempat yang nak dikunjungi tapi cuma sempat singgah dua tempat sahaja.

Tempat pertama pergi adalah Lavender Garden. Bayaran masuk untuk dewasa RM6.00 dan kanak-kanak RM4.00. 

Tak rugi datang ke sini sebab bunga lavender dan lain-lain bunga tengah cantik. Ceria je mata tengok warna warni.

Dalam garden ni ada gerai-gerai souvenior. Bagi sesiapa yang memang suka membeli belah barang-barang cenderahati, boleh dapatkan di sini.

Mak lah yang paling seronok sebab dia nampak baju budak-budak. Mak belikan untuk cucu dia. Sebagai kenang-kenangan katanya. Untuk anak mak takde ke? hehhehe..


 Parking depan ni je. Kitorang datang weekday, so orang tak ramai.

 Laluan masuk. Snap gambar time dah masuk dalam.

Di bahagian bawah cuma ada garden dan kedai-kedai sahaja.






Emak dan kakak-kakak saya.








 Laluan nak ke bahagian atas. Disajikan dengan pokok-pokok bunga yang sedang mengembang.



Sepanjang laluan ada pokok-pokok berjuntai macam ni.

Sempat bergambar sekeping.

Apa yang ada di bahagian atas?

Kat atas ni ada point view. Kalau nak tengok pemandangan dari aras tinggi, boleh naik di sini.

Pun ada cafe yang boleh lepak-lepak. Tak berkesempatan aku nak melepak kat atas ni sebab masa agak terhad. Yelah, nama pun bercuti balik hari kan?



Kalau kau minat bunga, boleh petik sendiri dengan kadar tertentu yang dah ditetapkan. Selain dari bunga-bungaan, kau juga boleh petik strawberry sendiri tapi hanya dibuka pada Sabtu & Ahad sahaja. Hari biasa tidak dibuka.

Kitorang tak ada lah beriya sangat nak petik-petik strawberry ni, jadi tak ada rasa terkilan langsung sebab dia ada jual strawberry yang dah siap dibungkus.













Merah strawberry dia. Buat topping atas Pavlova confirm menarik.

 Mereka bertiga.

Aku tetap nak sorang-sorang.

Nota kaki:
Next Famili Trip adalah Padang Besar, Perlis.