Showing posts with label BERSAMA FAMILI. Show all posts
Showing posts with label BERSAMA FAMILI. Show all posts

Tuesday, November 5, 2019

FENDIxJOHOR | PANTAI DESARU

Assalamualaikum...

Berasal dari Johor, tapi aku tak pernah lagi jejakkan kaki ke Desaru. Eh sebenarnya banyak lagi tempat di negeri kelahiran aku tu yang belum aku jejak.

Bila kawan-kawan tanya mana tempat menarik di Johor, pasti akan dijawab dengan perkataan "entah..". Kalau rajin nak jelajah, sure akan jumpa banyak tempat-tempat best, tapi aku ni bukan jenis macam tu.

Jadi, masa cuti Deepavali yang lepas, aku balik kampung. Kami sefamili plan nak berpiknik. Pantai pilihan kami adalah Desaru. Aku baru tahu kalau dari Pasir Gudang ke Desaru cuma ambil masa sejam sahaja sebab lalu lebuhraya. Dekat sangat dah tu. Lepas ini,kalau balik kampung bolehlah lepak-lepak Desaru.

Kami bergerak dua kereta. Mak Usu dengan sepupu aku pun ikut sekali. Masa balik dari Salak Tinggi ke Johor, aku singgah Parit Sulong jemput dorang berdua.

Mak aku sebenarnya tak berkenan kalau kami ke pantai atau laut. Dia paling risau kalau cucu dia main air laut. Tapi kakak aku yakinkan mak aku sebab ada je pakcik makcik yang akan jaga cucu kesayangan mak tu.

Kalau ke Desaru ni, banyak jugak resort dan hotel yang ada. Kalau nak bermalam, boleh booking bilik mengikut kemampuan sendiri. Oleh sebab kami memang datang untuk suka-suka, isi masa lapang hari cuti, makanya kami cuma bentang tikar lepak atas pasir. Alhamdulillah, cuaca panas dan orang agak ramai. Tak susah untuk kami cari port, cuma kena tahan panas sikit.

Nak masuk ke kawasan pantai dikenakan bayaran RM6.00 untuk setiap kereta. Berbaloi dengan bayaran sebab pantainya bersih. Parkir pun banyak.



Anak buah aku dah siap bawak peralatan piknik dia. Lepas tu, main sekejap je. Ditinggalkannya macam tu sahaja. Aku pulak yang sambung main.

Aku menyesal sebab tak bawak baju spare untuk mandi. Next time kena datang lagi lah ni, mandi-mandi pulak. Geram je tengok orang berendam main air.

 Yang bertudung tu anak buah aku. Sekejap je dia bertudung. Bila dah basah baju, terus dia campak tudung.


 Pemandangan di Desaru memang mendamaikan. Mak aku yang mula-mula macam tak redha nak pergi tu pun dia happy bila dapat duduk-duduk ambil angin tepi pantai. Aku ambik kesempatan lah posing-posing, lepas tu upload kat ig. Heee...

Ada budak tu tak puas main air. Golek-golek atas pasir pulak.

Dalam pukul 1.00 tengah hari kami kemas-kemas untuk balik sebab matahari dah mencanak atas kepala. Siap ambik payung dalam kereta. Berpayung bawah pokok kelapa.

fendi.

Thursday, June 1, 2017

FENDIxLANGKAWI | FAMILI TRIP KE LANGKAWI - DAY 2

Assalamualaikum,


16 Mei 2017 - Ikut perancangan, pagi ni nak sarapan di Nasi Dagang Pak Malau, kemudian terus ke Makam Mahsuri tapi malangnya kedai Nasi Dagang Pak Malau tutup atas alasan cuti kecemasan. Kitorang terus gerak ke Kuah. So, berubah rancangan. Breakfast di food court area Jetty Kuah tu, kemudian berjalan-jalan di Dataran Lang.

DATARAN LANG, KUAH

Inilah untungnya kalau bercuti time orang lain tengah bekerja. Cuma beberapa ketul orang je yang ada di Dataran Lang ni. Mak aku cakap dia kena bergambar kat sini, bukti dia dah sampai Langkawi.



Settle aktiviti bergambar di Dataran Lang, kitorang pergi mall yang dekat Kuah tu. Apa ntah namanya mall tu. Sebenarnya niat masuk mall sebab malas nak berpanas-panasan. Tapi bila masuk je, rasa macam takde apa pulak nak dibuat dalam mall tu. Nampak Brand Outlet, singgah kejap dan "ter"beli baju. Mak aku cari baju untuk anak buah. So, terbazir sikit duit kat mall walaupun KL berlambak je Brand Outlet.

KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP(HIG)

Masa untuk shopping. Awal-awal aku dah warning, membeli belah tu kena berpada-pada. Jangan sampai terlebih had bagasi. Kitorang nak beli coklat je. Barang lain memang takde dalam senarai.




Untuk hari ni, aku tengok-tengok harga dulu tapi akak dengan mak aku dah mulakan sesi memborong coklat. Aku buat relaks-relaks je dulu. Gituh.. Kalau dah masuk HIG ni memang rambang mata (untuk mereka yang hantu coklat). Memang pantang nampak, semua nak dimasukkan dalam bakul. Meronda di bahagian atas, tengok pinggan mangkuk. Tengok je, takde makna nak membeli.

LAKSA SEKOR, AIRPORT LANGKAWI

Lepas memborong coklat di Kompleks HIG, kitorang balik ke homestay sebab dah tengah hari. Boleh rehat-rehat sekejap. Nak keluar balik selepas Zuhur. Petangnya tu, kitorang pergi cari laksa yang terletak berdekatan airport Langkawi.

Ini adalah tempat wajib kalau bercuti ke Langkawi. Maksud aku, kalau kau jenis peminat laksa, boleh la ke sini. Sebenarnya kat sini bukan ada jual laksa je. Macam-macam jenis makanan ada. So, takde masalah nak cari makanan lain. Kitorang makan laksa dan pasembor. 

Sambil makan, boleh layan view laut dan juga kapal terbang landing. Syiok woo.. Tempat lepak yang best di Langkawi.





KOTA MAHSURI LANGKAWI



Lokasi seterusnya adalah Kota Mahsuri. Walaupun kitorang macam tak berapa nak pergi sangat Kota Mahsuri ni, tapi terpaksa juga pergi. Tak tahu sebab apa nak pergi. Bila dah siap park kereta semua, pergi ke kaunter tiket. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah RM12.00. Erkkk macam mahal je kan. Bila diskus balik, aku memang dah pernah masuk, so untuk kali ini kalau tak masuk pun takpe. Akak aku sorang tu pun dia kata dah pernah masuk dan tak nak masuk. Mak dan akak aku lagi sorang tak berapa minat benda-benda macam ni, so kitorang tak jadi masuk. 

So apa nak buat? Di hadapan Kota Mahsuri ada kedai-kedai jual baju-baju dan barang cenderahati, jadi mak cari baju untuk anak buah aku. Opcos la, berjalan ke mana-mana mesti mak akan belikan baju untuk cucu dia. Bosan dah kat sini, terus berdesup ke tempat seterusnya.

BERAS TERBAKAR

Sebelum-sebelum ni, bila datang Langkawi dan singgah ke Beras Terbakar, aku memang tak pernah minat nak tengok apa benda beras terbakar tu. Untuk kali ini, aku nak tahu juga apa rupa beras terbakar tu kan.

Wahhhh banyak kedai-kedai cenderahati juga kat sini. Nasib baik tak terikut nafsu nak membeli, jadi kitorang sekadar lalu je kedai-kedai tu semua walaupun peniaga-peniaga dah memanggil-manggil untuk tengok-tengok barang yang dijual.



Kena paksa baca sejarah Beras Terbakar

Kain batik jawa kat sini cantik-cantik coraknya. Mak dah belek-belek tapi dia tak cakap pulak nak beli.

MINYAK GAMAT NUSANTARA


Orang kata kalau dah sampai Langkawi, kena singgah mana-mana kilang gamat untuk tengok sendiri macam mana minyak gamat tu dimasak. Ok la, kitorang singgah Minyak Gamat Nusantara. Memang ada nak beli minyak gamat dan minyak panas. Kilang minyak gamat ni dibuka sehingga jam 6.00 petang. Kitorang sampai dalam jam 5.00 petang, jadi masih berkesempatan nak tengok minyak gamat yang sedang dimasak.



PANTAI KOK

Bila petang, kitorang mesti tak tahu nak ke mana sebab mak kan tak berapa minat pantai-pantai ni semua tapi kitorang bawak juga ke pantai. Terus je pergi Pantai Kok untuk ambil angin petang. Nasib baik mak ok je dan layan anak-anak dia ni.





Puas dah bergambar-gambar, kitorang balik ke homestay sebab hari dah lewat petang. Malamnya, kitorang dinner di restoran berhampiran Pantai Cenang.

aksarafendi

Thursday, May 25, 2017

FENDIxLANGKAWI | FAMILI TRIP KE LANGKAWI - DAY 1

Assalamualaikum,

Berakhir sudah percutian ke Pulau Langkawi dengan mak dan kakak-kakak aku. Percutian bermula 15 Mei sehingga 18 Mei 2017. Tiket beli dari tahun lepas waktu promosi, time tu saja lah yang murah. Tiket beli guna duit tabung sehari RM2.00 yang pernah aku ceritakan sebelum ni.

Tiket Penerbangan Air Asia :

 RM523.58 
tiket pergi balik untuk 4 orang berserta luggage pergi (15kg + 20kg) dan balik (15kg + 20kg) 

15 Mei 2017 jam 8.00 pagi :

Kitorang dah bersiap-siap awal walaupun flight jam 12.00 tengah hari. Pertama kali nak bawa mak naik flight, biar sampai awal ke KLIA2. Kitorang naik ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2. Park kereta di Park & Ride ERL Bandar Baru Salak Tinggi dengan caj RM3.00 sehari. Tambang ERL dari Bandar Baru Salak Tinggi ke KLIA2 adalah RM4.90 untuk seorang dewasa.

Sampai sahaja di KLIA2, terus self check in di kiosk. Bila nak check in untuk mak, katanya tiada seat yang disediakan. Berderau darah jugak. Apa kes kan? Bila rujuk kepada kaunter, rupanya dorang kena settingkan seat untuk mak aku. Pelik jugak apa sebabnya? Time tu dah blur dan tak terkeluar suara nak tanya kenapa jadi macam tu. Then, kitorang drop luggage dan Alhamdulillah orang tak berapa nak ramai masa queue. Cuma aku baru tahu yang power bank dan apa-apa barang yang berunsurkan bateri tak boleh letak dalam kargo, so terpaksa punggah beg untuk keluarkan aku punya power bank. Semua urusan selesai. Oleh sebab ada masa yang banyak lagi, jadi kitorang lepak sekejap di food court KLIA2.

Jam 10.00 pagi - Kitorang masuk ke balai pelepasan walaupun boarding time kitorang lambat lagi. Takde apa nak buat lagi kat epot, so tunggu je lah.


Jam 12.00 tengah hari - Kami berlepas dan terbang ke Pulau Langkawi. Perjalanan dari KLIA2 ke Pulau Langkawi mengambil masa sejam. Perjalanan sangat lancar dan aku tidur. Dah dekat nak sampai baru terjaga.





Sepanjang di Pulau Langkawi, aku ambil pakej homestay bersekali dengan kereta. Owner tanya nak Almira ke City? Aku pilih City sebab pernah bawa City.

Pakej homestay + kereta untuk 4H 3M :
RM700.00 (tak boleh melebihi 7 orang. Kalau tak, charge adalah berlainan)
Bayar deposit : RM150.00. Baki bayar masa check in.

Nama homestay : Humairah Homestay

Lokasi homestay di Ulu Melaka. Owner banyak homestay, so dia akan bagi mana yang kosong. Homestay yang aku sewa ada 3 bilik dan ketiga-tiganya ada aircond dan kipas. 2 bilik air. Ada mesin basuh. Ada wifi. Ada peti ais (penting untuk letak coklat). Iron baju disediakan dan ada kelengkapan memasak. Lengkap kan?

Contact number :
012-5067 437 (Ismail). 
Boleh whatsapp. Owner mesti respond.

Homestay yang kami sewa

Kereta yang kami sewa

 Kiri | Ruang tamu
Tengah | Bilik ketiga. Siap ada buai baby
Kanan | Bilik kedua


 Kiri | Master bedroom
Kanan | Dapur & ruang makan

Owner jemput kitorang di epot dan bawak ke petrol pam untuk isi minyak. Kemudian, owner bawa terus ke homestay. Lepas check in, kitorang rehat-rehat sekejap sambil usya-usya sekeliling homestay. Rupanya kawasan ni dikelilingi oleh sawah padi tapi aku takde ambik gambar. Rugi betul.

Untuk hari pertama ni, kitorang lunch di Kak Yan Nasi Campur Ulu Melaka. Kalau google tempat makan menarik di Langkawi, memang kedai ini termasuk dalam list. Yang bestnya, lokasi kedai makan Kak Yan ni memang dekat je dengan homestay. Makanan dan lauk pauk pun pelbagai.

4.00 petang - Hari pertama ni, mood masih biasa-biasa, jadi kitorang pergi area Cenang dulu. Tempat pertama adalah Laman Padi.

LAMAN PADI, CENANG

Datang sini sebab nak tengok sawah padi secara dekat. Sebelum-sebelum ni memang aku tak pernah singgah ke Laman Padi, untuk kali ni aku kena singgah. Tiada bayaran dikenakan, tapi tengok kat board, ada tour package yang disediakan berserta bayaran.


Waktu operasi : 10.00 pagi - 6.00 petang

Di dalam Laman Padi ini juga terdapatnya restoran dan spa. Kalau nak menjamu selera sambil menghadap sawah padi, bolehlah cuba.






Selain dari restoran dan spa, terdapat juga Galeri Padi di sini. Masa kitorang pusing-pusing dalam ni, penjaga tu tanya nak masuk dalam galeri ke sebab dia nak kunci. Aku cakap taknak sebab aku rasa macam takde apa je kan dalam tu. *kut la. Lagipun tujuan kitorang datang sebab nak tengok padi. Galeri-galeri tu semua bukan tujuan utama.









 Petak-petak sawah.

 Peralatan untuk menumbuk padi.


PANTAI CENANG

Singgah Pantai Cenang petang-petang hari sambil minum air kelapa. Mak aku bukan peminat pantai, jadi mood dia agak tak berapa kalau nampak laut ni. Aku ingat nak ambik gambar dekat sigboard LANGKAWI PERMATA KEDAH tu. Rupanya tempat tu kat hujung dunia sana. Kitorang pulak kat hujung dunia sini. Ambil gambar mana yang patut je. Buat syarat dah singgah Pantai Cenang.




Gituh..time bercuti ni lah jerawat nak muncul.

Oleh sebab kitorang takde nak mandi manda ke, jalan-jalan pesisir pantai ke atau berlari-larian di gigi air, jadi kitorang pergi lepak kat benteng dekat-dekat dengan Porto Malai. Nice view kalau lepak-lepak situ, sambil tengok bot-bot nelayan.





Kat sini pun kitorang tak lama, singgah sebab nak bergambar je. Ikut planning, malam ni nak makan besar kononnya tapi masing-masing masih kenyang sebab lunch lewat. So, kitorang singgah pasar malam Ulu Melaka. Dekat dengan homestay. Siap beli durian sebiji sebab mak nak makan durian. Yang kitorang pulak masing-masing dengan pulut duriannya, dengan kuetiaw la, nasi ayam la..hehehe..

Malam takde aktiviti, lepak rehat kat homestay je..

Apa aktiviti esok ye?

aksarafendi