Showing posts with label RUSHAI. Show all posts
Showing posts with label RUSHAI. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

CLUTCH FOR MEN - RUSHAI


Sebelum ni kan aku ada story pasal beli kasut kat outlet “ Rushai” kat Pertama Comlpex kan? So, selepas sebulan aku pergi lagi sekali untuk beli wallet pulak.

Wallet yang jenis besar-besar tu dipanggil clutch kan? Clutch bukan untuk wanita sahaja, tapi ada untuk lelaki.

Dah biasa pakai wallet yang kecik-kecik ni kan, so sekali sekala teringin jugak bergaya dengan beg besaq2 sket, dari jauh orang nampak macam bawak ipad or tab kan? Mampooo??

Aku beli dengan harga RM 200.00 dan member beli dengan harga RM 150++ ( i cannot remember the price ) dan dia belikan purse kulit jugak untuk wife dia sempena Hari Ibu..

Aku akan pakai bila jalan-jalan sebab senang nak sumbat semua benda dalam tu termasuklah handphone cikai aku, pasport ( mention jugak tu..maklum la jenjalan luar negara je ) dan jugak apa-apa slip yang nak kena bawak.

Aku dah mula suka beli barang-barang leather plak nih, mati le nak kena bajet duit setiap bulan. Mungkin lama-lama aku akan cakap Good Bye ZARA..hahhah
ini yang aku punya..bila tutup, camni la size dia..

kalau dibukak, haaa hambik ko..macam-macam boleh isi..

 yang ni  member aku punya..kalau bukak pun nampak nice...

Kataku :
Sekarang ni macam-macam benda nak beli..banyak ke duit ko tu Fendi??cer jimat2 sket..












Monday, April 29, 2013

RUSHAI LEATHER


Last week singgah Pertama Complex, KL sebab nak jumpa tailor, nak tempah baju. Sementara nak tunggu kedai jahit tu bukak, jenjalan dulu sambil meninjau apa yang menarik.

Singgah plak kat satu kedai barangan kulit dan terminat kat satu kasut dan akhirnya kasut tu dah jadi hak milik aku.

Kalau sesapa yang minat barangan kulit, boleh singgah kedai ni. Nama dia Rushai Leather, bukan setakat jual kasut kulit, tapi ada belt, beg dan jugak wallet dari kulit.

Selain dari berkenan kat kasut-kasut, aku berkenan kat wallet dia dan harga barangan dalam lingkungan RM 150 ke atas. Berbaloi sebab kualiti dan hasil buatan memuaskan.

Aku dah aim satu wallet berzip. Mungkin lah next month akan sambar wallet tu pulak.






Kataku :
Rak kasut perlu ditambah