Sunday, September 27, 2009

AKU HARAP AKU LEBIH KUAT SELEPAS SYAWAL

Aku selalu berdoa pada Allah supaya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan aku ini yang aku sendiri tak tahu sampai bila agaknya hayat aku ini. Entah kan lepas ni terus nyawa aku diambil atau aku akan menghadapi masa tua. Kadang2 aku terfikir sejenak, di saat2 sepi.. Apa amal yang dah aku buat sebagai umat Islam dan sebagai hamba Allah? Adakah amalan yang aku buat selama ini mencukupi untuk aku dimasukkan ke dalam Syurga? Adalah amalan yang aku buat selama ini ikhlas dan di terima Allah? Sebelum ini aku kabur.. tak nampak masa depan aku.. Apa perancangan masa depan aku?
Entah..aku pun tak tau..
Yang aku tahu, aku akan hidup lama lagi tanpa aku memikirkan yang nyawa aku bila2 masa saja boleh diambil. Selama ini, aku seakan mengendahkan apa yang diwajibkan oleh Allah pada hambaNya.

Aku lalai..Aku lupa dan aku alpa..
Kadang2 aku teringat dan kadang2 aku terlupa..
Aku cuma mencari kebahagiaan duniawi sedangkan kebahagiaan dan jaminan ukhrawi lebih nikmat..
Hawa nafsu dan  hasutan iblis telah dahulu menguasai aku..

Aku sedar..usia aku bukan tidak berganjak..sebaliknya usia aku akan sentiasa meniti dari satu angka ke satu angka..Tanda nya, aku semakin tua. Sepatutnya, pada usia yang yang dah menginjak 25 tahun, aku dah ada segalanya.. Ada harta, ada cinta dan ada kasih dan sayang untuk aku memberi dan menerima..

Tapi...cuba pandang pada diri aku sendiri..Apa yang aku ada?
Pernahkan aku memberi cinta dan kasih sayang aku pada yang memerlukan?
Aku rasa..tidak..
malah aku menolak rasa itu dan memberikan pada orang yang tidak selayaknya kerana hati aku telah aku kunci rapat pada orang lain sedangkan...
ianya tidak akan kekal..

Tidak kekal dan akan hilang begitu saja..

Allah, Kau bimbing lah aku ke jalan benar..
Tenangkan lah hati aku..Berikan aku hidayah taufiq supaya aku sentiasa di bawah lindungan Mu dan kerahmatan Mu selalu

...AMIN YA RABBIL ALAMIN...

No comments:

Post a Comment